Tuesday, June 29, 2010

Ketinggalan kereta api atau kapal terbang


Tapi rasa2nye takat tertinggal kereta api ok lagi kot.


Korang tau tak ape mende kat atas tu. Baru-baru ni jalan2 kat k.l banyak nampak mende ni kat jalan TAR kot kalu xsilap. Mula2 tengok mmg comel. Just assume mende ni adalah botol air yang comel yang menjadi trend sekarang. Tak terasa nak beli sbb memang dah banyak botol air kat umah. Tapi agak wonder apesal banyak btol kedai yang jual mende ni. Takat botol air je kot. Tapi baru2 ni jugak lepas blogwalk terjumpa la gambar yang menunjukkan rupa2 nya ianya adalah DECO UMBRELLA!!!! Dan apabila di 'google' mende ni mmg dah banyak jual merata2 tempat!!!! Yaaa memang comel dan yaaa YaMie kamu memang dah ketinggalan hehehe

Sunday, June 27, 2010

Mana mahu cari...

Bulan Ogos kite puasa. Dah abis ganti puasa? Sudah!!!(ceh ada nada berlagak). Kalau kaum pompuan sekarang mesti dah sibuk2 cari kain pasang untuk tempah baju raya nanti. Nak lagi advance dah hantar tailor dah suh jahit. Nak advance lagi, baju raya kamu dah siap 4 pasang untuk tahun ni!!! Hoish semangat betol. Tapi itula realitinya kaum pompuan, nak2 kalau lambat2 tukang jahit dah tak mahu terima dah akhirnye muke pun monyok di hari raya kerana xda baju baru untuk dilagakkan hehehe. Tapi saya tak bleh kalau baju raya siap awal2 sangat kerana akan rasa geram terpaksa menunggu sehingga hari raya baru boleh melaram baju baru huhuhu Yela kalu baju tu siap awal msti la rasa seronok nak pakai, tapi kalau kene tunggu lama mmg agak tidak sabar juga.

Mahu beli baju yang dah ditempah memang tak pernah buat la perangai camtu. Sbb memang dari kecik pun baju kurung saya semua pun ditempah. Kalau masa kecik dulu selalu kecik hati ngan mak sebab die msti ada baju kurung baru setiap bulan. Yela orang tu pakai hari2 baju kurung g keje, ko g sekolah pakai baju seragam sekolah je. Kalau rasa nak tubuhkan persatuan berhaluan kiri boleh la buat perangai pakai baju kurung raya g sekolah hehehe

Tapi kat area kuantan ni xtau nak cari tukang jahit mana yang bes. Standard sekarang orang amik upah pun dah RM30 ke atas huhuhu Itu baru baju kurung biasa, kalau nak berfesyen2 memang up sket la harga kan. Penah tempah kat sorang akak ni upah mmg murah gile, ada la jugak orang syorkan tapi tengok2 hampeh. Dua baju hantar tempah, dua2 pun macam !@#$%^^& Oh tukang jahit yang berbakat dimanakah kamu menyorok.

Atau kite perlu buat seperti tahun lepas? Kite shopping di zleqha ek hehehe Oh kalau ada sesiapa yang berminat nak tukar selera jadi minah arab pada raya tahun ni dan ingin mencuba jubah yang lawa2 ada lagi satu site yang bleh tahan juga design nye. Najjah.com ni milik si faradeeba pengacara tv3 tu. Tapi kan kak, sanggul tinggi2 tu bukan haram ke?

***gambar amik dari najjah.com juga***

kalau buat baju tunang boleh tak hahaha

Sunday, June 20, 2010

No more entry like this pleassseeee

Wishing my boo has a goodnight sleep
Xrehat lagi since pagi tadi, malam layan kerenah 'budak-kecik-yang-mengada-ni-plak' =)


p/s:
1. yang aku xtido lagi ni nape (-_-")
2. hati berbunga2 selepas sebulan, rasa mahu update status kat fb selang 5 minit..okay itu terlalu annoying

Thursday, June 17, 2010

Pembuli buli-buli zaimon



Siang tadi ada baby kecil datang ofis
Kawan punya anak
Sungguh tembam kamu dan sungguh aktif
Asyik menggagau nak capai2 seme barang
Habis tudung makcik2 ko tarik ek ( ok saya bukan makcik lagi kekeke)
Oooo kamu mengganas ek
Disebabkan kamu tembam
Dan ada kemungkinan besar nanti kamu jadi jejaka yang hensem
Jadi saya picit2 paha kamu yang montel
Dan picit2 sampai merah2 pipi kamu yang gebu itu
Hasilnya.....
Kamu menangis teresak2 hehehe
Akhirnya misi saya berjaya

Minta maaf baby kecil
Saya tidak pandai nak main agah2 (ke main agar2 atau penyu agar2 (-_-")
Saya memang tidak pandai melayan kanak2 kecil
Saya memang kekok dengan budak kecil
Biarpun kamu tunjuk mata kamu berkaca-kaca macam Puss dalam Shrek itu
Saya tidak akan bersimpati kepada kamu
Abis kuat pun pipi kamu yang jadi mangsa hehehe

Mungkin kerana saya tidak ada adik kecil
Mungkin itu saya jadi kekok dengan budak2
Kalau dengan adik sendiri pun asyik wrestling je ( ok ini cite masa kecik2 dulu)
Tapi sekarang sudah besar saya sahaja yang selalu kena buli T_T

Kalau perempuan lain jumpe budak kecik je
Mesti nak cakap "Eiiii comel nyeeeeeeee"
Okay saya pun akan cakap begitu tapi akan disusuli dengan adegan kekok keseorangan hahaha
Kalau orang lain akan terus nak amik dan dukung budak kecik tu
Tapi saya tidak

Kebiasaannya saya akan jadi pembuli budak kecil
Buli sampai die nangis kuat2 dan saya akan lari jauh2
Biar orang lain pujuk die hehehe
Sori budak kecil
Saya bukan kakak yang baik
Ingatlah saya sebagai orang yang patut kamu geruni hehehe

Ai ada anak sendiri nanti camne la
Takkan nak buli anak sendiri jugak
Tapi fikir2 ape salahnya
Bila die nangis kuat2 suh la laki pujuk hahaha
Hoi takkan kamu mahu duduk umah sambil goyang2 kaki melihat saya melakukan kerja umah kan

Wah tak sangka sungguh panjang entri kali ni
Mimpi ape ntah YaMie malam ni
Kempunan nak anak ke kah3

Gambar ini benar2 menyatakan saya adalah pembuli budak kecil kerana muke die jadi kabur hehehe Okay gambar ini membuatkan kenyataan saya dah menjadi makcik adalah benar. Nasib baru sorang anak buah (-_-") Wah saya nampak putih dalam gambar ini hehehehe

Wednesday, June 16, 2010

Update secara tiada motif


>
Dr Canggih: Kenape u x amik post tu YaMie

YaMie yg chumel: Ntah la dr, saya takut saya xleh buat keje je

Aiseh adakah betul tindakan saya ini? Post baru meaning keje makin bertambah, gaji sama je, migrain pun semakin kronik, meja semakin serabut, waktu makan makin terbengkalai. Kesudahannya YaMie semakin kurus. Kurus yang sihat xpe gak, kalu kurus banyak penyakit, baik gemuk dan sihat sejahtera je. Mungkin saya bukanlah a good leader, but i'm a good worker. ecececeh =p Semua orang banyak keje dan mungkin memerlukan masa untuk selesaikan satu persatu keje. Apabila saya boleh selesai semua keje saya berasa sungguh puas. Kalau pun keje tu xsiap dlm satu hari tapi kalu saya tahu saya dah buat banyak keje, saya akan berasa puas. Jangan la bagi saya xda keje memang saya akan buat mende2 yang akan melalaikan saya tanpa sekelumit rasa bersalah. Contoh, main game. Iya ralit sangat sampai sanggup xmakan semata2 kerana game hehehe

So motif post ni???? Xtahu. Conclusion:

Mungkin orang akan kata saya tolak tuah atau pun pasif dan tidak optimis.

Pagi : Perasaan normal seperti hari2 g keje
Tengah hari: Wah seronok bekerja secara sibuk
Petang: Wah semua kerja setel secara sistematik
Malam: terasa kurus kerana xmakan malam (ape kene mengena)
Baru sebentar tadi: Pelik. Kenape saya xboleh tapi die sendiri boleh plak. Grrrrrr (ini pun macam xda kena mengena)

****mahu bercakap tapi orangnye dh tutup talian, jadi bagaimanakah???

Monday, June 7, 2010

Keje kawin

Hoh bunyi macam seronok je tak hehehe Ingat tak entri pasal saya teman mak saya g cari bekas untuk letak gula-gula? It turn out bekas itu terlalu fancy, meaning terlalu lawa dan comel sampai makcik saya tak sanggup nak bagi kepada tetamu yang datang. Apa lagi kepada sesiapa yang mahu kawin bolehlah mendapatkan khidmat saya selaku perunding majlis perkahwinan anda hahahaha Okay itu tipu,kamu boleh mendapatkan khidmat saya sebagai tukang habis lauk pengantin hahaha

Okay biarkan gambar2 ini bercerita

Photobucket

Cantik tak? Hasil pilihan warna dan idea mak saya dan saya hehehe (yes ada unsur2 perasan di situ)

Photobucket

aksi bebas melampau

Photobucket

okay gedik

Photobucket



Photobucket

aksi photographer yang gigih =)=)

Photobucket

Photobucket


sekian terima kasih

p/s: xda langsung gambar pengantin hehehe

Thursday, June 3, 2010

Belajar membaca SMS

Baiklah call me lampi or anything. SMS yang di hantar pada 29 Mei 2010 tetapi baru sekarang, hari ini, 3 Jun 2010, saya dapat figure out. It's amazing how u working with ur brain!!! Love it! Gigih la diri ini buke google translate nak tgk ape makna SMS tersebut. Kot2 la gune bahasa italian ke alaskan ke. Hohoho sila la berikan SMS sebegitu lagi supaya otak saya juga akan berputar seperti otak kamu hehehe


Photobucket

Okay ianya bertulisan " Evol u os hcum 2". How is it? Bleh translate tak hehehe

Bertukar!!!!

Okay saya baru tukar layout blog ini. Dari kaler pink comel kepada kaler putih suci bersih ala2 tuannya hahaha Kalu ada sesape yang rajin boleh la komen. Rasanya buat masa ni stay to this layout kot sebab kalau layout camni saya boleh letak gambar besar gabak pastu tulisan pun besar2 sedap sket mata nak membaca kan.

xoxoxo
***YaMie***

Apa saya dan mak saya buat dimalam hari

Photobucket

Menemani ibuku g cari barang2 untuk letak gula2 sebagai door gift orang datang kenduri nanti. Bukan calang2 tempat kami pegi. Ingat ibuku mahu ke kedai terus maju kat batu 3 tu rupe2nye sebelah je. Ada kedai baru buka. Wah boleh tahan la. Ada la jugak barang2 untuk orang kawin, tapi xda la banyak pilihan sangat sebab kedai ni pun bukan specialty dlm barang2 hantaran ni tapi at least ada la jugak. Tu dia ibuku sedang memborong barang2 kat sana. Rasa seronok plak sesekali kuar dengan mak sendiri. Dah lama xkuar sama2 since saya dah bekerja ni. Sebab ape seronok kerana mak saya akan bersetuju dengan idea saya!!! Kaler ape yang sesuai, bunga camne, corak ape. Yea saya boleh menjadi perunding majlis perkahwinan yang berjaya yeahhhhh!!!! ops behave YaMie, baru sekali sudah berangan lebih2.

Ha kedai ni namanye 'happy home' sebab saya pun baru lepas happy berangan hiasan untuk hantaran yang tidak mungkin dalam masa terdekat ini (-_-"). Berangan jela yang saya mampu setakat ini sobs2.

Itu la, lain kali jangan pandang kedai2 ni sebelah mata je. Nampak kedai tepi jalan macam nak roboh tapi bila masuk... ha amik kau semua barang ada, samapikan perabot2 IKEA pun ada. Itu tipu okaaayyyy.


xoxoxo
***YaMie***

p/s: terasa mahu tukar layout blog supaya dapat upload gambar2 yang besar macam gambar 1st itu