Hahaha kenape hari ni boleh pos sampai 2 entri hehehe Dah xda keje ye YaMie.
Ok saya ada tabiat yang apabila menaip dalam english. Esp kalau nak reply emel or letter ngan bos huhuhu. Dapat bos yang english dh macam mother tongue die so kita pun kena la seiring dan sejalan dengan die huhuhu. Saya memang tak berapa fasih berbahasa inggeris jadi kalau nak bercakap kadang-kadang terkulat-kulat jugak memikirkan what the rite words to complete my sentence hahahaha So what i did is:
Gune aja google translate
Oo ini saya tak galakkan sangat sebab nanti ayat yang keluar adalah sebiji-biji translate ikut perkataan, bukan ikut kesesuaian ayat. Dan kita boleh tahu kalau orang tu translate sebiji gune google. Kebiasaanya saya akan gune untuk cari perkataan sahaja. Saya takkan translate the whole sentence, hanya perkataan ye.
Microsoft words!!!!
Ye ini salah satu aplikasi yang selalu saya guna. Contohnye nak tengok ayat tu betul ke tak, kena ke tak. Jadi saya akan taip ayat yang dikehendaki pastu tengok la kalau ada kuar garis-garis merah bawah ayat tu. Kalau ada biasanya dia akan bagitahu samaada ayat tu grammarnye tunggang terbalik. Kan senang situ.
Kalau untuk perkataan pula, biasanya saya nak cari perkataan yang mempunyai maksud yang sama,apa yang saya buat ialah, Right klik pada perkataan yang dikehendaki then cari options synonyms, akan keluarkan segala perkataan yang sesuai. Kan senang gitu.
Itula cara yang biasa saya gunakan. Apesal tiba-tiba rasa macam mengajar orang pulak huhuhu Tidak2 saya hanya bercerita. Mungkin lain orang lain caranya. Untuk orang macam saya yang tak berapa reti ni ini la caranya hehehe
Tapi ada satu lagi cara yang saya akan buat. Tapi yang bergantung kepada ke'free'an masa manusia itula. Saya akan guna kamus bergerak saya, Cik Amnina Azmi!!!!! Iye kalau dia-free-xda-keje-main-fesbuk-update-blog-je bolehla saya mintak tolong die hehehe
Assalamualaikum, saya tahu dah lama blog ni diabaikan. Update pun dh malas, mungkin sebab dulu sibuk dengan segala persiapan, nak update pun xda mood tp nak setakat nak blogwalk tu boleh lagi hehehe
Jadi sekarang saya sudah pun bersuami huhuhu masih menyesuaikan diri dengan sebut perkataan itu. Agak pelik sebenarnya bila tahu kita dah ada suami hehehe Kelakar pun ada malu lagi la, nak pulak inai merah lagi kat jari. Pasni nak tambah inai lagi, kasi lagi merah jari ni hohohoho (bajet pengantin baru sentiasa). Tak salah pun sebab dah kahwin, kalau dulu iye lah, orang kata jangan pakai inai awal2 sgt nanti hilang seri masa kahwin. Serius masa mula-mula pakai inai rasa malu nak kuar rumah, nanti orang tahu kita baru kahwin huhuhu Oooo jangan contohi sikap saya ini, saya sepatutnya berbangga sebab baru kahwin. Tapi sebenarnya saya malu sebab orang akan layan pengantin baru dengan begitu baik sekali.
" Ala pengantin baru jangan la buat kerja2 berat ni".
Yang pasti pengantin baru memang akan selalu kena usik atau sakat oleh orang sekeliling huhuhu Tapi takpe, itu menunjukkan yang kita ni femes hahahaha
Tidak2 kamu tak boleh riak ye YaMie. Jadi pasni camne kehidupan kamu? masih lagi menyesuaikan diri tapi ada beberapa perkara yang dulu masa masih bujang yang saya tak rajin/ rasa malas nak buat tapi sekarang saya perlu berlajar untuk buat. Kalau dulu balik kerja mesti terperap dalam bilik, layan internet sampai ngantuk Stop pun untuk solat. Mandi pun ntah kemana. Kadang-kadang tidur sekali dengan baju pakai waktu siang .Iyeee dulu saya memang malas dan teruk huhuhu Tapi sekarang tidak lagi heehehe. Saya perlu rajin untuk suami saya =) (tiba2 bila sebut perkataan suami jadi rindu plak kat suami sendiri hehehe) Rutin sekarang balik kerja siap-siap bersihkan diri, tolong-tolong ape yang boleh tolong di dapur, kemudian boleh la layan suami, teman dia makan ke, tengok tv sama2 ke dan juga aktiviti romantik2 yang lain ahahah (ok statement ini tiada unsur 18SX ye)
Tapi nak cakapnye apa yang kita buat adalah untuk seseorang sebagai tanda kita taat padanya. Memang kita buat semuanya kerana Allah dan perlu taat kepadanya tapi melalui suami kita la. Sebab kalau dulu redha kita semua bergantung pada kedua ibubapa kita, tapi sekarang semuanya terserah pada suami kita.
Saya memang insan yang lemah dan banyak kekurangannya. Tapi saya akan sentisa berusaha untuk menghiburkan hati suami. Kalau dulu segala tindak-tanduk saya banyak dipengaruhi oleh fikiran saya sendiri tapi sekarang saya perlu menjaga hati suami dan maruahnya. Itu tak masuk lagi keluarga mertua. Sebab kita dah ada 2 ayah dan 2 ibu jadi perlulah menjaga hati mereka juga. Apa yang saya boleh kata, lepas berkahwin kita akan berusaha menjadi orang yang terbaik untuk suami dan keluarga kita. Fikir dulu sebelum buat apa-apa perkara.
Saya harap saya akan berterusan menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga saya akan kekal rajin seperti masa mula-mula kahwin hehehe
Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
InsyaAllah
p/s: buat masa ni entri tiada gambar lagi, gambar masih belum siap =D
Selama ni tak pernah berharap pun akan earn ape-ape since my blog is not so famous compared to others yang ada ramai followers. Yela saya ni YaMie je, bukan Hanis Zalikha, Maria Elena or Hana Tajima ( juz some names that come across). Nak update pun malas, nak membebel lagi la malas. Sekali update mende jiwang-jiwang terus orang muntah hijau hahahaha No no no i keep my privacy only to myself :D
Tapi tadi tiba-tiba je terasa nak tengok kalau ada apa-apa yang menarik. Tiba-tiba.... tadaaaaaa
Ek eleh RM 0.69 je pun, itu pun nak kecoh. Yela kan saya dah kata tadi, i am no Hanis Zalikha or Maria Elena neither Hana Tajima sekalipun. Jadi memang la tak akan dapat sampai beribu-ribu hehehehehe
p/s: bestnye kalau dapat cuti dari g keje hari-hari :D
Kadang-saya boleh jadi orang yang tak sabar. Tak bersyukur dengan apa yang ada. Tak terfikir pun apa yang orang lain tak ada tapi saya ada. Lumrah manusia tak pernah puas dengan apa yang dah sedia ada. Inilah akibatnya bila selalunya sangat tengok kelebihan orang lain dan bandingkan dengan diri sendiri.
Air mata nak turun dah tapi saya kata jangan nanti mata jadi mata panda hohohoho I need my Hugh Grant!!!! Lepas mengucapkan kata-kata manis dia hilang pulak!!! Pandai betul kamu ye.
I think this is what happened to me previously. I never get satisfied. I always want more and more despite of all that i had.
Hugh Grant mana kamu!!!! (bahana layan Music n Lyric mlm tadi hehehe)
Sakitnya hati ini apabila mengetahui yang musang jahat ni ada kat Serdang. Sebab musang ni la semua pencinta buku menangis,tidur tak lena, sentisa berdebar2 dan boleh jadi tak nak makan la (hohoho ntah2 ko sorg je yg rasa camtu YaMie).
Yang jahatnya musang ni jual buku bapak la murah nye. Bayang kan buku ni saya beli dah lama, beli dalam RM 35.90 kat The Borders tapi si musang ni jual RM 8.00 je!!!! Nak nanges!!!
Peminat sudoku boleh beli buku ni dengan harga RM3.00. Nak marah!!!! Ko beli buku 3ringgit macam beli jajan je kan. Lagi murah dari beli jajan huhuhuhu
Ini pulak dijual dengan harga RM8.00!!! Makan hati.
Buku ni saya tengah baca dan musang tu dpt harga murah dan jual RM8.00 je!!!! Waaaaaa makan hati berulam kan jantung!!!!!
Dah2 tak nak cakap dah pasal musang ni. Musang ni jahat. Jual buku murah2, frust je. Bertambah marah sebab die ada kat MAEPS Serdang sampai 16Okt ni je huhhuhuhu. You bigbadwolf yang jahat!!!!!! You better come again next year tau wolf!!!!
p/s: Saya mengharapkan jasa baik Kak Shiela saya yang akan baca post ni untuk memborong buku-buku idaman saya nanti *wink*wink*wink*
p/s2: Saya juga mengharapkan jasa baik En. MYMY untuk bawa saya ke Serdang dan merestui pemergian saya ke sana ehehehe
Kotak rahsia yang saya akan bakar sampai jadi abu.
Kanak-kanak memang kelakar. Nak-nak bila membesar dan nak merasa semua yang tak boleh semasa masih kecil. Kalau betul tak ape. Kalau tak betul, bahana. Tapi bila difikir-fikir balik itu semua pengalaman nak membesar.
Sayang nak buang semuanya, tapi lagi sayang pada yang sekarang dan akan datang. Ingatkan boleh guna sampai bila-bila, tapi apakan daya hati senang berubah. Harap-harap bila dah bakar dan jadi abu semuanya akan hilang serta-merta dan boleh buat yang baru pulak.
Selamat tinggal yang lama. I'll cherish the new one without a single regret.
Fuh pertama kali bagi salam selama-lama tulis blog ni hehehe Takpe la bulan baik ni kita buat perkara-perkara baik jela ye.Dah lama tidak mengedate bersama-sama blog. Sekarang agak susah untuk update selalu. Internet di rumah problem huhuhu Masa pun tidak mengizinkan, banyak betul dalam hidup YaMie ni perkara-perkara yang perlu diselesaikan. (Tapi tak selesai-selesai pun, main game je lebih hehehe)
Found this article few days back but only have a chance to read it just now. Beautiful article. One way want of 'dakwah'. Sure i may not a prefect person to preach people about this but this is one way for me to tell people what i think that's true. In fact this is what Islam ask us, ladies to do.
Cerita pembukaan tu pun memang kalau baca pun akan terkena pada sesiapa pun. Bukan dalam bab pakai tudung je tapi semua perkara. Ambil contoh tak nak solat or lewatkan solat. So i qoute the sentences from the article,
......Jawapannya mudah, Allah adalah Rabbul ‘Alamin (Pemilik Sekalian Alam), lantas DIA Yang Maha Berkuasa menciptakan manusia dan makhluk untuk menjadi isi alam ini. Lantas untuk mengimbang tara alam dan isinya, DIA telah menetapkan hukum dan batasan yang mesti dipatuhi oleh semua makhluk terutama manusia selaku khalifah di bumi ini.
Jika masih ada yang membantah dan mempertikai, memadailah kisah di atas yang dijadikan iktibar untuk kita sama-sama berfikir sejenak . Allah adalah pemilik alam ini, DIA lah yang menetapkan hukum-hakam diatasa muka bumi, manusia sebagai penumpang alam ini mestilah mematuhi segala hukum hakam yang telah ditetapkan Nya. Jika masih ada yang terfikir untuk mempertikai dan membantah, adalah dicadangkan untuk mereka mencari satu dunia atau alam yang baru, yang mana Pemiliknya membenarkan sepenuhnya penghuninya tidak memakai tudung, sebagaimana pelajar tadi disarankan mencari satu sekolah baru yang tiada peraturan berkenaan datang lewat.
Oh ayat tu untuk kes pakai tudung, tapi contoh saya ialah tak solat or lewatkan solat. Penyelesaiannya sama sahaja, carilah planet lain yang pemilik nya benarkan anda tak solat / lewatkan solat. Fahamkan :D
Saya akui saya pun banyak buat silap dalam hal ni. Kadang solat awal kadang lewat, dah nak abis waktu barulah terhegeh-hegeh amik wudu' (nak-nak time maghrib T_T ). Jadi kita amik iktibar dari artikel ni untk kita apply kan pada tuntutan Islam yang lain.
Kes kedua pula memang relevan dengan keadaan semasa.
"Okay aku dah tutup aurat, pakai tudung semua. Kira aku tak termasuk dalam golongan orang tak pakai tudung. Who say that bertudung tak boleh berfesyen. Itu semua tak betul. Aku pakai tudung pun nak nampak cantik jugak"
Trend sekarang ialah semua gadis-gadis berlumba-lumba nak cantik dan bergaya memakai shawls.
"Tudung bawal tak 'in', dah lapuk"
Tapi kalau kita tengok tudung bawal tu akan cover bahagian depan dan belakang kita, kalau shawl/ pashmina bentuknya panjang semata-mata, lain dengan tudung bawal. Kalau kena gaya memang shawl/ pashmina tu boleh cover depan dan belakang kita. Tapi apa yang saya perhatikan, sebab nak ikut gaya semasa supaya barulah orang kata kita ni sentiasa up-to-date, ada sesetengah gaya ikatan tudung tu macam tak kena. Sebetulnya saya pun memang suka amat pakai shawl/ pashmina. Tapi sekarang saya lebih suka pashmina sebab ianya panjang. Tapi saya kan pastikan pashmina tu akan cover depan dan belakang saya. Depan for sure untuk tutup dada kita tapi belakang pun kita kena tutup juga.
Namun, pelbagai alasan pula timbul dari kalangan wanita yang sudah bertudung, tetapi dek kerana fesyen semasa dengan pelbagai jenis tudung di pasaran yang mampu merambang mata mereka, bahkan mampu menggugat iman mereka, ditambah bisikan dari musuh nyata seluruh anak adam iaitu Iblis dan konco-konconya yang mengenakan slogan. “Islam tidak menyekat untuk berfesyen, asalkan bertudung sudah memadai!”
Ada seorang sahabat menghantar SMS meminta untuk menjawab satu soalan cepu emas yang diutarakan oleh kaum wanita berkenaan tudung. Persoalannya tidak mempertikai, tetapi berbaur unsur mencari alasan, (wallahu’alam…) : “Tudung bagi wanita adalah labuh ke dada, jadi..labuh kat depan je la, setakat dada, belakang takpe kut kalau tak labuh?”
Serius ayat ni menjawab soalan dalam kepala saya selama ini. Memang kalau perhatikan banyak tutorial cara nak pakai shawl supaya jadi bergaya habis. Saya memang selalu tertanya-tanya.
"Takpe ke kalau belakang ni pendek je?"
"Ok, dada dah tutup, belakang ni takpe lah bukan ada pape pun hikhikhik. Ok nnt akan cuba gaya ini"
Akhirnya, Alhamdulillah, jawapannya telah saya jumpai sebagaimana yang tertulis di dalam ayat 31, Surah An-Nur yang didatangkan sebelum ini.
“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya”.
Dalam ayat ini, Allah tidak menggunakan perkataan Sudur (dada), tetapi Allah menggunakan perkataan Juyub (paras dada/poket), justeru, secara bahasanya Allah telah menjawab dengan jelas persoalan yang baru sahaja muncul di kurun moden ini, yang mana bermaksud apa sahaja yang se”paras” dengan dada mesti ditutup/dilabuhkan ke tahap itu.
Sebab itu pashmina menjadi pilihan saya sekarang. Jadi rakan-rakan sekalian (ceh macam rancangan kanak-kanak pulak), kalau nak keterangan lebih lanjut boleh la klik kat link yang saya sertakan tu. Seronok juga baca. Artikel dalam ILuvIslam memang semua best2 (once again it's my ignorance for not reading all of it huhuhu)
Tak tahu kenapa tapi saya gak teruja bagi respon pada artikel ni. Mungkin ianya dekat dengan hati saya. Saya pernah baca, kalau kita nak tunggu hidayah atau seru barulah kita nak lakukan apa yang Allah dah suruh, it won't happen babe. It will happen but when? Who know, in between korang nak tunggu hidayah tu ada malapetaka yang berlaku ke kan dah terlambat jadinya. Ini juga sebagai pengajaran bagi saya juga. Saya pun memang ada buat salah. Contoh yang saya ceritakan memang contoh yang saya juga buat, tapi kita cuba muhasabah diri sendiri dan orang lain. Kalau orang nak kata saya cakap tak serupa bikin, saya tahu saya memang macam tu, tapi saya akan usaha. Insya Allah akan ada pertolongan dari Allah. Yang penting kita usaha ke arah kebaikkan. Kalau kita tolong Allah, Allah akan tolong kita.
Fuh panjang la pulak. Banyak pulak idea nak membebel.
Akhir sekali, sebagai kesimpulan, kaum hawa amat dipelihara sepenuhnya oleh Islam kerana mereka merupakan mutiara berharga, lagi ditutup dan tidak terdedah, lagi berharga lah wanita itu.
Suka ayat tu!!! Jadi pakailah tudung ye.
p/s: ayat kaler merah tu copy dari artikel asal di iluvislam.
p/s2: okay entry sebelum ni memang agak menyimpang dari entri yang baru ni. Sila abaikan. Itu cuma kemerepekan dari saya hehehehe
p/s: baru lepas tengok 'Love Actually'( yeah YaMie memang ketinggalan). Pasni tunggu lagi 6 bulan n tengok balik sambil pura2 tak ingat camne cite ni ehhehehe
Setelah didesak dan dipaksa (hahaha) Saya pun ikut Cik Anis kita gi diner hehehe
Kami cuba tempat baru. Aktiviti ini penting kerana Cik Amalina kita selalu tanya tempat mana yang bes untuk rilex2 makan2 kat Kuantan.
Jadi kami berdua menyabut sahutan Cik Amalina dan mencuba tempat baru ni.
Mula-mula park tempat restoran ni pun rasa teruja nak tangkap gambar hahaha Bukan teruja nak makan hehehehe
Okey kita arahkan pula gambar untuk beraksi supaya ia bisa berkata-kata.
Ape-apehal bergambar dahulu. Ada mende bling-bling hehehe Gambar tuan empunya blog perlu kasi BESAR punya
Tukang paksa hehe
Lagi gambar tuan punya blog versi besar hehehe
Harga makanannya lebih kurang je macam tempat-tempat lain tapi portionnya kecil je huhuhu
Jadi kat mana kami melantak ni?
Anis sila jadi model yang tidak berbayar. Nampak tak nampak tak katne?
Specialty kat sini kalau tak silap ialah Nasi Ayam Istana. Tapi kami xcuba pun sebab sekarang malam-malam kalau boleh tak nak makan nasi hohoho Next time boleh cuba. Tempat macam happening sebab ada stage untuk karaoke kat tingkat 2. Disusuli dengan bunyi orang bertukang ahahah Xda la, masa kami pergi tu ada renovation sket. Anis dah berangan-angan nak menyanyi kat ctu hehehe Cool place.
Kat mana restoran ni? Ala korang tengok sendiri la kat Fesbuk ni: Monrods Kitchen Boleh tengok stage tempat Anis teringin nak menyanyi tu hehehe
So Ema, pasni kita boleh try kat sini pula ye. Dengan syarat ko belanja hahahaha
1. My comelest kitten ever gone :'(
2. Kenapa Dumbledore kena mati???? (sesi tak puas hati & tak dapat terima kenyataan)
sedih kot baca episod ni huhuhu
3. Dah lama tak minum air panas.
4. Kepala dah kurang serabut
Jadi ape perasaan sekarang? Perlu bercuti untuk melepaskan lelah. Tiba-tiba teringat dah lama tak bercuti sorang-sorang :D Tapi masih sedih sebab my comelest kitten sudah hilang wawawawawaww
Inilah tipikal Melayu, asal bersuara je takut ada yang terasa hati or gaduh. Ini dinamakan konfrontasi, nak menyelesaikan masalah. Kalau tak beritau camne nak selesaikan masalah. Dalam hal ni komunikasi penting.
Konsep restoran layan diri. Nak makan gi beratur kat kaunter untuk order. Cari meja yang sesuai untuk makan. Habis makan tinggalkan saja sampah sarap lebihan makan untuk pekerja restoran kemaskan. Kebetulan ternampak sekeluarga Mat Saleh makan di restoran yang sama. Tapi selesai makan sampah semua kemas sendiri dan buang dalam tempah disediakan. Salah tak kalau kita pun tiru dan buat perkara yang sama since nama pun restoran layan diri, kita la kena layan diri sendiri dari beli makanan sampai habis makan. Pepatah Melayu, "Pandai makan, pandailah simpan balik" Ok ini pepatah Melayu ye bukan Mat Saleh yang cakap.
Berjoging sewaktu hujan sambil memegang payung. Wah pemandangan yang agak baru bagi saya!!Semangat kesukanan ehhehe
Berlalu sudah 1 lagi hari minggu. Hoh puitis macam nak tulis puisi cess... Oh ini merupakan post istimewa dan khas untuk Qaiser Zahrin a.k.a QZ (okay mule2 dulu salah sebut nama anak ko Qast hehe). Jadi entri ini akan diceritakan seolah-olah saya bercerita kepada QZ okay.
Diberitakan Akak (hoh perasan), okay la 'Makcik' telah dijemput oleh Mak Qaiser ni ke majlis hari jadi Qaiser. Okay xpenah lagi g majlis hari jadi budak sebab kawan2 xda pun yang ada anak lagi huhuhu Serius memang setiap hari ingat pasal majlis tu. Sebaik sahaja tgk diri sendiri kena tag (hahaha perasan kena tag) dalam post Qast, terus sahaja emel dengan harapan dapat la alamat rumahnye. Agaknya sebab gune outlook sebab tu emel tu xlepas ek. Ntah xtau la ape jadi. Nasib Qast pun sms alamatnya. Hoyeah!!!! boleh g (kalau ada teman :-):-))
Hari kejadian, paginya makcik ada appointment dengan Akak yang makcik segan nak jumpe. Hoh segan2 dengan harapan Akak tu xdalah, alasan? Sebab segan tahap gaban huhuhuhu Akhirnya Akak tu memang xda, jadi set appointment lain. Dudududu ok masih awal lepak rumah sudah sementara tunggu petang, Mak Qaiser ajak petang.
Sementalahan keberadaan makcik di rumah, membuat segala kerja rumah, tengok tv, tenung laptop sampai pening.....pukul 3 lebih makcik dikejutkan dengan pertanyaan....."G tak umah Qast?" Aiyo, wa manyak lupa lor. Sementara tunggu partner bersiap-siap habis kursus, makcik lepak-lepak la dulu ye sampai tunggu panggilan seterusnya.
Pukul 6 petang.... "Ada mana? Kata nak jumpa kat umah Qast?" Adoi!!!! Terlupa sudaaaaa. Dah pukul 6 lebih, tuan rumah ajak sampai kul6 jek. Sudah tertido rupenya!!!
Jadi itulah sebenarnya yang terjadi yang membuatkan makcik tidak berkesempatan nak join majlis QZ. Bukan sengaja, tapi memang dah tertido tanpa niat huhuhu Takpe2 tahun depan panjang umur makcik join lagi ye birthday bash QZ, itu pun kalau mak QZ ajak makcik lagi hehehe
So Qast, harap-harap ko boleh terima la kemaafan aku yang tak sempat join majlis birthday QZ aritu. Nanti ko jangan lupa bacakan entri ni ke QZ plak ye. Bacakan sampai dia faham kekeke Akhir kata
Baiklah, maafkan saya kerana sudah lama tidak menngemaskini blog ni. Fuh gune Bahasa Malaysia baku sepenuhnya hehehe Okay, cerita ni sebenarnya dah lama berlalu, boleh kata sudah 2 minggu tapi baru sekarang saya mahu update T_T. Ini berkenaan penceritaan perkahwinan salah seorang sahabat The Kaki's iaitu Puan Aswa. Tengok gambar sudah.....
Kronologi persediaan perkahwinan Puan Nur Aswa
Pembelian hadiah amat perlu. WAJIB
Iya barang yang diingini sudah ditemui. Btw, aku suka expression ko Shila hehehe
Parti bujang yang diadakan beberapa hari sebelum menjadi pengantin baru. Okay sebut parti tidak bermakna ada strip dance or anything ok. Makan-makan sudaaa
Ini Puan Aswa kita
Selingan: Dikala Anis mendapat sms yang menggegar jiwa dan raganya hehehe
Hari kejadian.
Oh saya nampak gemuk memakai baju ini T_T
Last but not least, Selamat Pengantin Baru kepada Puan Nur Aswa Yusof. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Dah tak boleh hang out dengan ko selalu. Aku pun dah takda advisor di saat-sata diperlukan apabila mengahadapi masalah. Ko tau kan Aswa, aku selalu refer kat ko bila ada problem pape (biasanya masalah cinta je hahaha)
I never dream of this to happen to me coz i considering myself of being not so lucky all the time( Cabutan bertuah pun susah nak menang ape2). But to receive such an email reply like this, for my memorable event in my life was like a gift that i can't describe!! Yelah manalah orang macam ni nak layan orang seperti saya hehehe
Alhamdulillah, it seems like there won't be any difficulty for me to handle such thing. I hope it went well. It make me more excited to proceed for the next step!!!!
Arrgghhh!!!! I don't know what to do, where to begin.