Wednesday, January 26, 2011

Ucapan ulang tahun




Dengan ini saya ingin menjadi orang yang paling rajin dan yang terakhir untuk mengucapkan 'Selamat Hari Jadi' kepada Encek Bz.
Semoga panjang umur, murah rezeki dan jangan nakal-nakal.
Hujung minggu ini kita sambung bergosip lagi :-D

p/s: kepada The Kaki's, korang jangan macam-macam dengan aku. Aku tak bawa gi kenduri Aswa karang hahaha

Sunday, January 23, 2011

10 sebab

Kenapa orang perempuan suka shopping (baju)


  1. Nak tambah koleksi baju
  2. Nak suai padankan baju dengan tudung/ kasut/ handbag etc
  3. Dah rasa bosan dengan baju yang ada
  4. Sebab ada sale yang gila-gila sampai ngigau-ngigau tak boleh tahan tahap angau dalam tido
  5. Sebab ada kemudahan untuk pilih baju di hujung jari sahaja dalam keadaan yang santai kat rumah sendiri (online shopping)
  6. Nafsu membeli belah memang hebat.
  7. Duit banyak sangat sampai tak tahu nak buat apa
  8. Sebab dah tak ada baju nak pakai time dating sebab asyik-asyik pakai baju yang sama je

 Saya jatuh dalam kategori yang terakhir tu T_T

Lagi 2 sebab dah tak bleh pikir sebab apa

Friday, December 31, 2010

Entri terakhir

Sejak akhir-akhir ni kerap pulak pos entri kat blog. Nampak sangat tak ada kerja ye hehehe Okay, hari ini hari Jumaat 31 Disember 2010. Hari terakhir dalam tahun ini. Kerajaan bagi cuti untuk semua rakyat Malaysia, tapi saya pilih untuk masuk pejabat, sekejap je pun hehehe Banyak lagi kerja yang tak  sempat nak settle. Yela tak bajet pun hari ni nak cuti, memang la ada kerja yang tak sempat nak siap. (Ayat panjang-panjang semua ni sebenarnya alasan semata-mata hahaha)

Sempena nak masuk tahun baru ni, dah dapat hadiah, see...


Yeah diary/ planner baru untuk tahun 2011!!!!


Diharapkan masuk tahun baru ni kamu akan lebih rajin ye YaMie!!!

Jadi nak masuk tahun baru, soalan sama yang akan ditanya pada semua orang adalah " Apa azam tahun baru?" . Azam tahun baru saya.....


Nak 'clearkan' hatta siapkan semua kerja-kerja saya yang telah tersusun kemas atas meja ni. Okay ini memang nampak kemas. Dah siap 'plan' apa yang mahu dibuat bila datang kerja Isnin nanti. Kita tunggu jelah apa kesudahannya hehehe

Selamat Tahun Baru!!!!! 

Malam ini mahu keluar sama itu geng The Kaki's + sorang budak lelaki yang suka dikerumuni oleh wanita-wanita cantik seperti kami :-):-)

Thursday, December 30, 2010

Cerita hari khamis pula

Hahaha kalau sesiapa yang penah baca entri yang ini mesti confuse sebab sepatutnya hari khamis, bukan jumaat hehehe tapi sudah tukar tajuk.

Jadi bagi mereka yang baru baca mesti tak faham apa yang berlaku hehehe

Itula sebab jumaat hari cuti umum sebab Malaysia menang bola

Hari ini duduk dalam bilik ofis sahaja, mengadap PC, siapkan kerja nak closing sebelum tahun baru.

huhuhuhu macam la berat sangat kerja kira-kira yang ko buat :-(

Duduk dalam bilik tak perlu buka aircond langsung.

Sebab kat luar hujan turun lebat amat!!!!!


Ini payung saya. Jangan curi nanti saya sedih hehehe

Wednesday, December 29, 2010

Cerita petang maghrib

Di suatu tempat pada petang yang hening di perkarangan masjid....

Wahhhh tiba-tiba kereta tak nak start, camne nak jalan, dah la maghrib sorang-sorang pulak, mana nak cari orang yang dikenali untuk tolong!!!( walaupun sebenarnya ada je orang dekat2 situ :-P)

Brader : "Nape, tak boleh start ke?"

YaMie Chumel : "A'ah, bateri problem kot, biasa dah jadi camni", sambil cuba untuk 'menyetatkan' jugak enjin kereta.

Brader : " Ni masalah starter kot sebab memang tak ada bunyi pape pun ni. Saya baru je kena camni"

YaMie Chumel : "Yeke, tapi selalu masalah bateri kot"

Setelah dikuis-kuis oleh brader tersebut, akhirnya kereta pun 'menyetatkan' diri

Brader : "Ha nanti sampi rumah suruh la abang ke suami ke, dah kawin kan, ketatkan sket skru ni"

YaMie Chumel : "Ha? Yela baiklah" (Iyekan ajelah kata dah kawin)

Muka aku ni ada iras-iras tanda dah kawin ke, cetttt


Monday, December 27, 2010

Akhirnya!!!!!

Hahaha entri ini sepatutnya lepas teaser tapi sebab hati dan kepala agak x synchronized so jadi tunggang langgang hehehe Okay la, kali ni mahu cerita saya dah jalan-jalan di Bandaraya Singapura!!!! Okay seloks kot baru sampai Singapore je pun bukan Europe ke Australia ke US ke huhuhuhu Ala saya bukan orang yang banyak duit nak jalan sejauh itu, saya pun belajar tak tinggi nak belajar sampi oversea, tapi kalau over the sea kat Penang boleh la. Kamu ada? hehehe Okay YaMie teruskan niat suci anda untuk bercerita. :-P

Jadi dalam entri ni saya nak selok sorang-sorang kalau korang benci atau menyampah boleh la baca blog lain ye, saya tak paksa. Tapi nak cerita perjalanan ke Singapura merupakan persinggahan pertama saya sebelum saya tak balik rumah hampir 3 minggu dulu ( Hahaha bajet ko best la macam nak gi jauh ek YaMie) sebab kemudian saya ada kursus selama 2 minggu berturut-turut


Adoi bile nak start bercerita ni

So basically kita tend to fikir bila sampai Singapore kena cakap omputih. Well in some condition yes tapi kalau korang cakap malay pun dorang boleh faham la, tak payah malu-malu. Memang dah ada cop kat dahi kot tulis 'Made in Malaysia' hehehe 


Ini gambar di Bugis street. Macam kat Petaling Street kot. Kat sini ada banyak kedai yang jual macam-macam. Souvenior, makanan, baju, beg dan adult shop ehhehe Serius banyak, tak payah pelik la sebab kat Malaysia tak ada kedai-kedai camtu yang buka secara terang-terangan. 


Makan di Restoran Zam zam. (Bukan Zam zam Kuantan tau, sia-sia i buang duit g Singapore kalu korang kate aku g kat Kuantan je T_T) Makan nasi beriani yang orang kata femes dan sedap. Okay la kot sebab portion nya amat banyak dan hanya $5 Singapura harganya tapi kamu boleh makan banyak dan saya tidak habis makan huhuhu 


Kat restoran ni juga femes dengan murtabaknya. Bile tengok balik gambar ini rasa rindu pulak nak makan murtabak singapore lagi hehehe Amat besar!!!! Gambar bajet skil ko snap gambar bes la tuh hehehe


Inilah harga yang kami perlu bayar untuk makan seramai tiga orang. Tiga nasi beriani sama air masing-masing dan 1 murtabak ayam dari singapore yang besar. Bayangkan makan tiga orang kat Malaysia menu yang sama dan harga yang sama macam ni. Boleh dapat ke? hehehe Rasa macam murah tapi tak tahu la ape pandangan korang. (Maafkan gambar ini kerana dia tak larat nak duduk betul-betul :-D)


Ini di China Town. Oh kalau mahu beli souvenier macam keychain ke, baik korang beli kat sini sebab lagi murah. 7 keychain or fridge magnet boleh dapat dengan harga $10 Singapura. Murah tak??? Dan keychain dan fridge nya besar-besar. Memang berbaloi.




 Okay gambar buruk dalam tren hehehe


Yang ini nampak macam makcik-makcik dengan gaya tangan seperti itu dan bergambar di depan kedai LV. Okay seloksssss


Hoh mahu masuk LV kene beratur tunggu giliran???


Deretan shopping mall di Orchard Road yang sebelah menyebelah yang ada terlalu ramai orang. Orang Singapura memang banyak duit untuk shopping sakan. I Like hehehe


Sedang berusaha gigih untuk menang loteri. Opss silap main Monopoly McDonald Singapura yang hadiahnya saya cuma boleh claim Jasmine Tea. Terima kasih jela




Yeah bergambar dengan tuan empunya bandar ni hehehe Merlion. Ramai orang yang snap gambar as if minum air dari Merlion tu. Saya tak mahu!!!! Cuma snap gambar posing bajet model jela kekeke Aik macam kenal je baju ni? Hahaha Mind you yang saya kata tadi kan i was away for nearly 3 weeks jadi baju tu mungkin ada sama dengan entri-entri yang lepas hehehe


Oh sepatutnya saya g conference di bangunan itu tapi sebab otak saya ni memang ada 2,3 skru yang loose so hajat tak kesampaian. Darling,  nanti mahu naik atas bangunan tu tau :-p


Gambar yang hanya mahu memenuhkan memori fon. Siapa kata saya comel sila emel saya hehehe


Singapura!!!!!!


Oh gambar ni hanya nak cerita yang saya berterima kasih dengan sandal comel saya ni sebab teman saya berjalan-jalan sampai Singapura. Kamu memang banyak berjasa dengan saya yang teramat. Kamulah yang saya bawa g kerja, g dating dan sebagai-sebagai nya. 

Basically the trip was so much fun. Tapi lagi fun kalau duit korang banyak gila sampai tak tahu nak buat ape T_T . So bye for now. Rasanya saya dah tak hutang entri apa-apa dah dengan pembaca blog saya. (Bajet ramai la baca blog ko ye YaMie)

I'm okay, i'm okay

Okay, bukan i'm gay i'm okay tahu kekeke Selamat pagi!! Hoh hari ini Isnin 27 Disember 2010. Pagi ini hati saya rasa tidak bes. Tak tahu kenape samapikan tidak boleh buat kerja yang tergendala walaupun telah diberi time-off oleh bos huhuhuhu. Serius penangan dengki sampai boleh buat saya jadi camni. Dulu penah jugak alami perkara yang sama sebab melibatkan main-main hati dan memang teruk yang amat kot, kerja semua tak boleh consentrate T_T. Tetapi setelah mendapatkan kekuatan untuk berfikir untuk kebaikan diri sendiri, jadi saya mahu buat kerja sekarang. Tolong pergi jauh-jauh ye perasaan DENGKI. Saya tak nak kamu singgah lagi dalam hati saya!! Setakat ni saya tak perlukan kamu. I'm happy with my life right now. This is what i choose and i have to be responsible with myself. And yes kawan saya cakap it's normal to be jealous sebab saya memang manusia :-) Okey hati sudah happy. Terima kasih kawan-kawan, walaupun korang tak faham ape yang aku cakap ni dan tak tahu hujung pangkalnya tapi aku nak ucap terima kasih jugak Iye saya kuat bekerja dan saya boleh achieve apa sahaja yang saya mahu sebagai ganjaran kuat bekerja! And to you my darling, happy to be with you, gossiping others, drive furiously together, laugh together and recently cucuk jarum kat badan sama-sama hehehe