Found this article few days back but only have a chance to read it just now. Beautiful article. One way want of 'dakwah'. Sure i may not a prefect person to preach people about this but this is one way for me to tell people what i think that's true. In fact this is what Islam ask us, ladies to do.
Cerita pembukaan tu pun memang kalau baca pun akan terkena pada sesiapa pun. Bukan dalam bab pakai tudung je tapi semua perkara. Ambil contoh tak nak solat or lewatkan solat. So i qoute the sentences from the article,
......Jawapannya mudah, Allah adalah Rabbul ‘Alamin (Pemilik Sekalian Alam), lantas DIA Yang Maha Berkuasa menciptakan manusia dan makhluk untuk menjadi isi alam ini. Lantas untuk mengimbang tara alam dan isinya, DIA telah menetapkan hukum dan batasan yang mesti dipatuhi oleh semua makhluk terutama manusia selaku khalifah di bumi ini.
Jika masih ada yang membantah dan mempertikai, memadailah kisah di atas yang dijadikan iktibar untuk kita sama-sama berfikir sejenak . Allah adalah pemilik alam ini, DIA lah yang menetapkan hukum-hakam diatasa muka bumi, manusia sebagai penumpang alam ini mestilah mematuhi segala hukum hakam yang telah ditetapkan Nya. Jika masih ada yang terfikir untuk mempertikai dan membantah, adalah dicadangkan untuk mereka mencari satu dunia atau alam yang baru, yang mana Pemiliknya membenarkan sepenuhnya penghuninya tidak memakai tudung, sebagaimana pelajar tadi disarankan mencari satu sekolah baru yang tiada peraturan berkenaan datang lewat.
Oh ayat tu untuk kes pakai tudung, tapi contoh saya ialah tak solat or lewatkan solat. Penyelesaiannya sama sahaja, carilah planet lain yang pemilik nya benarkan anda tak solat / lewatkan solat. Fahamkan :D
Saya akui saya pun banyak buat silap dalam hal ni. Kadang solat awal kadang lewat, dah nak abis waktu barulah terhegeh-hegeh amik wudu' (nak-nak time maghrib T_T ). Jadi kita amik iktibar dari artikel ni untk kita apply kan pada tuntutan Islam yang lain.
Kes kedua pula memang relevan dengan keadaan semasa.
"Okay aku dah tutup aurat, pakai tudung semua. Kira aku tak termasuk dalam golongan orang tak pakai tudung. Who say that bertudung tak boleh berfesyen. Itu semua tak betul. Aku pakai tudung pun nak nampak cantik jugak"
Trend sekarang ialah semua gadis-gadis berlumba-lumba nak cantik dan bergaya memakai shawls.
"Tudung bawal tak 'in', dah lapuk"
Tapi kalau kita tengok tudung bawal tu akan cover bahagian depan dan belakang kita, kalau shawl/ pashmina bentuknya panjang semata-mata, lain dengan tudung bawal. Kalau kena gaya memang shawl/ pashmina tu boleh cover depan dan belakang kita. Tapi apa yang saya perhatikan, sebab nak ikut gaya semasa supaya barulah orang kata kita ni sentiasa up-to-date, ada sesetengah gaya ikatan tudung tu macam tak kena. Sebetulnya saya pun memang suka amat pakai shawl/ pashmina. Tapi sekarang saya lebih suka pashmina sebab ianya panjang. Tapi saya kan pastikan pashmina tu akan cover depan dan belakang saya. Depan for sure untuk tutup dada kita tapi belakang pun kita kena tutup juga.
Namun, pelbagai alasan pula timbul dari kalangan wanita yang sudah bertudung, tetapi dek kerana fesyen semasa dengan pelbagai jenis tudung di pasaran yang mampu merambang mata mereka, bahkan mampu menggugat iman mereka, ditambah bisikan dari musuh nyata seluruh anak adam iaitu Iblis dan konco-konconya yang mengenakan slogan. “Islam tidak menyekat untuk berfesyen, asalkan bertudung sudah memadai!”
Ada seorang sahabat menghantar SMS meminta untuk menjawab satu soalan cepu emas yang diutarakan oleh kaum wanita berkenaan tudung. Persoalannya tidak mempertikai, tetapi berbaur unsur mencari alasan, (wallahu’alam…) : “Tudung bagi wanita adalah labuh ke dada, jadi..labuh kat depan je la, setakat dada, belakang takpe kut kalau tak labuh?”
Serius ayat ni menjawab soalan dalam kepala saya selama ini. Memang kalau perhatikan banyak tutorial cara nak pakai shawl supaya jadi bergaya habis. Saya memang selalu tertanya-tanya.
"Takpe ke kalau belakang ni pendek je?"
"Ok, dada dah tutup, belakang ni takpe lah bukan ada pape pun hikhikhik. Ok nnt akan cuba gaya ini"
Akhirnya, Alhamdulillah, jawapannya telah saya jumpai sebagaimana yang tertulis di dalam ayat 31, Surah An-Nur yang didatangkan sebelum ini.
“Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya”.
Dalam ayat ini, Allah tidak menggunakan perkataan Sudur (dada), tetapi Allah menggunakan perkataan Juyub (paras dada/poket), justeru, secara bahasanya Allah telah menjawab dengan jelas persoalan yang baru sahaja muncul di kurun moden ini, yang mana bermaksud apa sahaja yang se”paras” dengan dada mesti ditutup/dilabuhkan ke tahap itu.
Sebab itu pashmina menjadi pilihan saya sekarang. Jadi rakan-rakan sekalian (ceh macam rancangan kanak-kanak pulak), kalau nak keterangan lebih lanjut boleh la klik kat link yang saya sertakan tu. Seronok juga baca. Artikel dalam ILuvIslam memang semua best2 (once again it's my ignorance for not reading all of it huhuhu)
Tak tahu kenapa tapi saya gak teruja bagi respon pada artikel ni. Mungkin ianya dekat dengan hati saya. Saya pernah baca, kalau kita nak tunggu hidayah atau seru barulah kita nak lakukan apa yang Allah dah suruh, it won't happen babe. It will happen but when? Who know, in between korang nak tunggu hidayah tu ada malapetaka yang berlaku ke kan dah terlambat jadinya. Ini juga sebagai pengajaran bagi saya juga. Saya pun memang ada buat salah. Contoh yang saya ceritakan memang contoh yang saya juga buat, tapi kita cuba muhasabah diri sendiri dan orang lain. Kalau orang nak kata saya cakap tak serupa bikin, saya tahu saya memang macam tu, tapi saya akan usaha. Insya Allah akan ada pertolongan dari Allah. Yang penting kita usaha ke arah kebaikkan. Kalau kita tolong Allah, Allah akan tolong kita.
Fuh panjang la pulak. Banyak pulak idea nak membebel.
Akhir sekali, sebagai kesimpulan, kaum hawa amat dipelihara sepenuhnya oleh Islam kerana mereka merupakan mutiara berharga, lagi ditutup dan tidak terdedah, lagi berharga lah wanita itu.Suka ayat tu!!! Jadi pakailah tudung ye.
p/s: ayat kaler merah tu copy dari artikel asal di iluvislam.
p/s2: okay entry sebelum ni memang agak menyimpang dari entri yang baru ni. Sila abaikan. Itu cuma kemerepekan dari saya hehehehe