Tuesday, September 28, 2010

Rajin tak kenal mangsa

Posted by Picasa
tengok, itu adalah gambar kek dari blog cik arni

Saya memang amat setuju dengan tajuk di atas. Buktinya, semalam terjadilah Cheesecake pertama saya \(0_0)/ hahaha xjadi nak buat simbol tu. Tengok jenuhkan nak salin resepi. Resepi ni dapat dari blog Cik Arni. Time kasih cik Arni!!! Dia nak kawin dah tahun baru nanti. Okay jeles hehehe Tapi saya ada ubah sikit dan kesimpulannya resepi ni ikut rasa korang la nak manis lagi ke masam lagi ke, kata cheesecake kan. Yang pasti orang umah saya  tak ramai yang minat cheesecake T_T. 

Resepi kite malam ini, OREO BLUEBERRY CHEESECAKE

Okay bahan-bahannye cik sekalian

250 gm cream cheese (saya guna seperti pengarang asal iaitu guna Philadelphia)  RM 10.99
1 sudu besar jus lemon (kerat 2 potong lemon dah cukup, nak lagi masam korang bedal la sebiji lemon terus hehehe)   RM 1 sebiji
200 ml plain yogurt (oh kalau nak lagi sedap boleh letak yogurt berperisa ada la crunch2 sket kan, tapi saya tak letak sebab xda hehehe)  RM 2.30
3 sudu besar tepung naik sendiri (tepung gandum pun boleh. saya masuk 1 senduk boleh tak hehehe) 
2 biji telur (okay telur ayam ye jangan sebab seronok sangat nak ubah2 letak telur itik pulak)
90 gm gula 
Biskut Oreo 2 bungkus (sila asingkan krim & biskut siap2. Kalau nak lagi sedap rasanya bleh masukkan sekali krim tu bila nak bancuh nanti. Boleh cube kot)   RM 3.99
Mentega secukup rasa

Mari mula bersilat di dapur!!!!!

1. Kisar biskut ---> gaul dengan butter sampai biskut tu agak melekat
2. Loyang boleh oles dengan mentega kalau tak ada baking paper. Tapi jangan banyak tau nanti berminyak sangat kek korang.
3. Sejukkan dalam peti sejuk dalam 30 minit.
4. Cream cheese + gula ----> pukul sampai sebati
5. + telur + yogurt + jus lemon + tepung ----> pukul lagi sampai sebati
6. Tuang adunan dalam loyang yg dh dilapisi biskut sebagai base kek.
7. Bakar selama 40 min, 150 darjah celcius. Tak pun kalau dalam masa yang dicadangkan tu kek korang lembik lagi boleh la bakar lagi lama ikut kesukaan korang kalau nak kek tu rangup sikit. Saya bakar adalah dalam sejam huhuhuhu (ko overbeat la tu nak salahkan resepi pulak)

Okay sekarang nak buat topping plak

Bahan-bahan

1. Blueberi / strawberi jem ( ataupun ikut kreativiti sendiri)
2. Air masak
3. Buah-buahan ikut kreativiti juga. 

Cara nak buat

1. Jem + air------> panaskan sampai pekat
2. Kemudian boleh simpan dalam peti sejuk. Boleh hias ikut kreativiti masing2

Cheesecake sedap kalau makan sejuk2 kan. Baiklah kite tunggukan sahaja reaksi orang yang akan merasa kek saya ini esok. Kite tengok muke2 mereka ye hehehe Saya juga sudah sediakan harga untuk setiap barang2 yang digunakan supaya korang boleh bajet kot2 nak jual ke. Kalau yang tidak disertakan harga tu sebab amik stok kat umah je hehehe 

Jadi kalau korang percayakan saya boleh la cube resepi ni ek. Kalau tak percaya boleh la ikut resepi asal Cik Arni hehehe



hasilnya untuk diberi kepada orang2 di pejabat. Patutnya letak jem tapi saya xda stok jem :-D

p/s: sudah berangan mahu buat rancangan 'YaMie bites' hahahaha

Thursday, September 9, 2010

Senarai lengkap

Korang dah buat semua perkara di bawah?

1. Puasa penuh 30 hari dalam bulan Ramadhan
2. Dah siap baju raya nak pakai pagi raya
3. Dah shopping sakan untuk bergaya di hari raya
4. Dah siap2 tukar duit raya untuk bagi pada budak2/ sedara2
5. Dah siap buat kuih raya berjenis2
6. Dah sampai kg halaman jumpe sedara mara
7. Dah minta cuti berhari2 atau berminggu2 sempena cuti raya

Okay banyak la tu. Kalau semua perkara di atas korang dah buat jadi boleh la korang Sambut Hari Raya iye!!! Hari Raya nanti jangan lupe,

1. Semayang raya dulu la sebelum pape
2. Melawat kubur sedara mara yang dah tiada
3. Minta maaf dengan semua sedara mara esp mak ayah korang n adik beradik jgn lupe
4. Makan segala jenis kuih raya yg terhidang depan mata korang
5. Gi beraya rumah sedara mara

Oh saya masih berada di ofis. Biasala orang yang kampung dekat2 & tak banyak komitmen ni selalu kena buli tapi lepas raya saya cuti panjang dan mahu memenuhkan cuti tu dengan orang2 yang tersayang dan jarang jumpa. Ema, Aswa, Shiela jangan lupa janji kita, aku dah xsabar nak membaham n gelak besar2 ngan korang. Make it the best date we ever had ok. And to you Encik Mohd Bz kita pun boleh date jugak :))



SELAMAT HARI RAYA!!!!!!

Wednesday, September 1, 2010

Kalau sanggup nak baca, bacalah hehehe

Okay ini mungkin entri perasan dan syok sendiri. Tapi korang pernah tak berada dalam situasi ini.

"Eh muke awak ni macam kenal la, biasa keluar tv ke?"

"Eh macam pernah jumpa la, tapi tak ingat kat mana. Betul memang familiar muka awak ni" (sambil tenung tak kelip2 mata)

"Eh awak ni bukan kawan si polan tu ke?"

Orang 1: Eh, aku nak ngorat awek ko bleh tak?
Orang 2: Eh mana boleh, kalau ko nak ada sorang budak kat tempat aku ni muke sama macam dia. Ko nak tak?

Ini memang situasi yang biasa saya lalui. Bukan takat pompuan yang cakap ayat camtu, laki pun ada ( ahahaha bajet fames n cun). Tapi nak dijadikan cerita, semalam masa tengah makan2 lepas berbuka tiba2 nampak sorang minah ni memang muka dia serupa dengan saya!!! Tapi sayang, tak boleh nak snap gambar takut dia perasan dan syok sendiri jugak hahaha Dari segi cara dia senyum, pipi dia, mulut dia serba serbi serupa. Pandang dari depan ke, sisi ke, atas ke bawah ke semua memang sama hohohoho Nak tahu apa yang saya rasa? SAYA RASA TAKJUB!!! Yela sebab selama ni orang kata muka macam seseorang la tapi ini memang kenyataan, bukan cobaan. Tengok dengan mata kepala sendiri baru tahu apa perasaannya. Saya pun apa lagi tak melepaskan peluang untuk skodeng dia dari jauh sambil berangan, agak2 pakwe dia hensem tak macam pakwe saya ahahahaha ehem2 nanti ada orang muntah hijau :-D. Memang kalau ada orang perasan tingkah laku saya masa tu mesti dia agak saya ni lesbian sebab usah awek lain hehehe Tapi sesungguhnya memang saya berasa kagum. Inilah yang orang kata pelanduk 2 serupa. Tapi saya  tak nak pelanduk, saya nak panggil 'Kembar YaMie' hehehe Oh kalau la saya dapat berjumpa dengan kamu lagi wahai gadis rupawan (rupawan la sebab muka macam saya hahahaha)

Ok sekarang bandingkan ye


Ada gaya tak hahahaha Ini orang yang cakap ye muka saya seperti mereka, saya tak cakap apa hahaha
Oh ya kalau ada lagi gambar gadis2 cun yang seiras muka saya korang boleh la emelkan iye. Ingat yang cun sahaja hehehe

Status terkini

Nak update sgt kan, ok

1.Dating is the best therapy rite now :-D (xagak2 nak letak yg 1st skali hehehe)
2. Esok akan berbau wangi hehehe
3. Malas dah mahu berkerja / berkerjaya (tipooooo)
4. Tahun ni xkan bagi duit raya hohohoho
5. Tahun ni juga tiada kad raya untuk sahabat handai
6. Bakal menjadi anak tunggal selama 2 minggu hehehe
7. Memang seorang yang cuai/serabut/gabra, wallet n handset pun bleh tertinggal ("-_-)
8. Waaaa awak, terlupa nak beli aiskrim bes tadi sempena 31st huhuhuhuhu
9. Tak tahu dah bersedia atau tidak untuk berhadapan orang ramai


Sekian terima kasih.

Hahhaha entri tiada arah tujuan