Tuesday, September 28, 2010

Rajin tak kenal mangsa

Posted by Picasa
tengok, itu adalah gambar kek dari blog cik arni

Saya memang amat setuju dengan tajuk di atas. Buktinya, semalam terjadilah Cheesecake pertama saya \(0_0)/ hahaha xjadi nak buat simbol tu. Tengok jenuhkan nak salin resepi. Resepi ni dapat dari blog Cik Arni. Time kasih cik Arni!!! Dia nak kawin dah tahun baru nanti. Okay jeles hehehe Tapi saya ada ubah sikit dan kesimpulannya resepi ni ikut rasa korang la nak manis lagi ke masam lagi ke, kata cheesecake kan. Yang pasti orang umah saya  tak ramai yang minat cheesecake T_T. 

Resepi kite malam ini, OREO BLUEBERRY CHEESECAKE

Okay bahan-bahannye cik sekalian

250 gm cream cheese (saya guna seperti pengarang asal iaitu guna Philadelphia)  RM 10.99
1 sudu besar jus lemon (kerat 2 potong lemon dah cukup, nak lagi masam korang bedal la sebiji lemon terus hehehe)   RM 1 sebiji
200 ml plain yogurt (oh kalau nak lagi sedap boleh letak yogurt berperisa ada la crunch2 sket kan, tapi saya tak letak sebab xda hehehe)  RM 2.30
3 sudu besar tepung naik sendiri (tepung gandum pun boleh. saya masuk 1 senduk boleh tak hehehe) 
2 biji telur (okay telur ayam ye jangan sebab seronok sangat nak ubah2 letak telur itik pulak)
90 gm gula 
Biskut Oreo 2 bungkus (sila asingkan krim & biskut siap2. Kalau nak lagi sedap rasanya bleh masukkan sekali krim tu bila nak bancuh nanti. Boleh cube kot)   RM 3.99
Mentega secukup rasa

Mari mula bersilat di dapur!!!!!

1. Kisar biskut ---> gaul dengan butter sampai biskut tu agak melekat
2. Loyang boleh oles dengan mentega kalau tak ada baking paper. Tapi jangan banyak tau nanti berminyak sangat kek korang.
3. Sejukkan dalam peti sejuk dalam 30 minit.
4. Cream cheese + gula ----> pukul sampai sebati
5. + telur + yogurt + jus lemon + tepung ----> pukul lagi sampai sebati
6. Tuang adunan dalam loyang yg dh dilapisi biskut sebagai base kek.
7. Bakar selama 40 min, 150 darjah celcius. Tak pun kalau dalam masa yang dicadangkan tu kek korang lembik lagi boleh la bakar lagi lama ikut kesukaan korang kalau nak kek tu rangup sikit. Saya bakar adalah dalam sejam huhuhuhu (ko overbeat la tu nak salahkan resepi pulak)

Okay sekarang nak buat topping plak

Bahan-bahan

1. Blueberi / strawberi jem ( ataupun ikut kreativiti sendiri)
2. Air masak
3. Buah-buahan ikut kreativiti juga. 

Cara nak buat

1. Jem + air------> panaskan sampai pekat
2. Kemudian boleh simpan dalam peti sejuk. Boleh hias ikut kreativiti masing2

Cheesecake sedap kalau makan sejuk2 kan. Baiklah kite tunggukan sahaja reaksi orang yang akan merasa kek saya ini esok. Kite tengok muke2 mereka ye hehehe Saya juga sudah sediakan harga untuk setiap barang2 yang digunakan supaya korang boleh bajet kot2 nak jual ke. Kalau yang tidak disertakan harga tu sebab amik stok kat umah je hehehe 

Jadi kalau korang percayakan saya boleh la cube resepi ni ek. Kalau tak percaya boleh la ikut resepi asal Cik Arni hehehe



hasilnya untuk diberi kepada orang2 di pejabat. Patutnya letak jem tapi saya xda stok jem :-D

p/s: sudah berangan mahu buat rancangan 'YaMie bites' hahahaha

2 comments:

Unknown said...

untuk aku???? huhu

YaMie said...

anis: tgu tahap kerajinan aku tgi baru ko dpt merasa hehehe

ema: sila balik kuantan