Monday, November 14, 2011

Harta sepencarian

Selama ni tak pernah berharap pun akan earn ape-ape since my blog is not so famous compared to others yang ada ramai followers. Yela saya ni YaMie je, bukan Hanis Zalikha, Maria Elena or Hana Tajima ( juz some names that come across). Nak update pun malas, nak membebel lagi la malas. Sekali update mende jiwang-jiwang terus orang muntah hijau hahahaha No no no i keep my privacy only to myself :D

Tapi tadi tiba-tiba je terasa nak tengok kalau ada apa-apa yang menarik. Tiba-tiba.... tadaaaaaa



Ek eleh RM 0.69 je pun, itu pun nak kecoh. Yela kan saya dah kata tadi, i am no Hanis Zalikha or Maria Elena neither Hana Tajima sekalipun. Jadi memang la tak akan dapat sampai beribu-ribu hehehehehe

p/s: bestnye kalau dapat cuti dari g keje hari-hari :D

Tuesday, November 1, 2011

Emosi terlebih

Kadang-saya boleh jadi orang yang tak sabar. Tak bersyukur dengan apa yang ada. Tak terfikir pun apa yang orang lain tak ada tapi saya ada. Lumrah manusia tak pernah puas dengan apa yang dah sedia ada. Inilah akibatnya bila selalunya sangat tengok kelebihan orang lain dan bandingkan dengan diri sendiri. 

Air mata nak turun dah tapi saya kata jangan nanti mata jadi mata panda hohohoho I need my Hugh Grant!!!! Lepas mengucapkan kata-kata manis dia hilang pulak!!! Pandai betul kamu ye. 

I think this is what happened to me previously. I never get satisfied. I always want more and more despite of all that i had. 

Hugh Grant mana kamu!!!! (bahana layan Music n Lyric mlm tadi hehehe)


Hahaha sila menari gaya ini apabila stress

Monday, October 10, 2011

Bigbadwolf yang jahat!!!!

Sakitnya hati ini apabila mengetahui yang musang jahat ni ada kat Serdang. Sebab musang ni la semua pencinta buku menangis,tidur tak lena, sentisa berdebar2 dan boleh jadi tak nak makan la (hohoho ntah2 ko sorg je yg rasa camtu YaMie).

Yang jahatnya musang ni jual buku bapak la murah nye. Bayang kan buku ni saya beli dah lama, beli dalam RM 35.90 kat The Borders tapi si musang ni jual RM 8.00 je!!!! Nak nanges!!!



Peminat sudoku boleh beli buku ni dengan harga RM3.00. Nak marah!!!! Ko beli buku 3ringgit macam beli jajan je kan. Lagi murah dari beli jajan huhuhuhu

Ini pulak dijual dengan harga RM8.00!!! Makan hati.


Buku ni saya tengah baca dan musang tu dpt harga murah dan jual RM8.00 je!!!! Waaaaaa makan hati berulam kan jantung!!!!!

Dah2 tak nak cakap dah pasal musang ni. Musang ni jahat. Jual buku murah2, frust je. Bertambah marah sebab die ada kat MAEPS Serdang sampai 16Okt ni je huhhuhuhu.  You bigbadwolf yang jahat!!!!!! You better come again next year tau wolf!!!!


p/s: Saya mengharapkan jasa baik Kak Shiela saya yang akan baca post ni untuk memborong buku-buku idaman saya nanti *wink*wink*wink*

p/s2: Saya juga mengharapkan jasa baik En. MYMY untuk bawa saya ke Serdang dan merestui pemergian saya ke sana ehehehe

Friday, September 16, 2011

Semangat lama datang kembali

Suddenly feels like i want more of him. Being ungrateful i am.


Bila boleh mula ni????

Monday, August 29, 2011

Kapsul 10 tahun


Kotak rahsia yang saya akan bakar sampai jadi abu. 

Kanak-kanak memang kelakar. Nak-nak bila membesar dan nak merasa semua yang tak boleh semasa masih kecil. Kalau betul tak ape. Kalau tak betul, bahana. Tapi bila difikir-fikir balik itu semua pengalaman nak membesar. 

Sayang nak buang semuanya, tapi lagi sayang pada yang sekarang dan akan datang. Ingatkan boleh guna sampai bila-bila, tapi apakan daya hati senang berubah. Harap-harap bila dah bakar dan jadi abu semuanya akan hilang serta-merta dan boleh buat yang baru pulak.

Selamat tinggal yang lama. I'll cherish the new one without a single regret.

Tuesday, August 23, 2011

Oh yeah!!!


Tahun depan mahu nyanyi lagu ini masa raya!!!! :):):)

Tuesday, August 16, 2011

Monday, August 8, 2011

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum

Fuh pertama kali bagi salam selama-lama tulis blog ni hehehe Takpe la bulan baik ni kita buat perkara-perkara baik jela ye.Dah lama tidak mengedate bersama-sama blog. Sekarang agak susah untuk update selalu. Internet di rumah problem huhuhu Masa pun tidak mengizinkan, banyak betul dalam hidup YaMie ni perkara-perkara yang perlu diselesaikan. (Tapi tak selesai-selesai pun, main game je lebih hehehe) 

Tak ada apa nak cakap,cuma

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK 


Inilah entry paling malas eheheh

Monday, June 20, 2011

Respon

Found this article few days back but only have a chance to read it just now. Beautiful article. One way want of 'dakwah'. Sure i may not a prefect person to preach people about this but this is one way for me to tell people what i think that's true. In fact this is what Islam ask us, ladies to do. 


Cerita pembukaan tu pun memang kalau baca pun akan terkena pada sesiapa pun. Bukan dalam bab pakai tudung je tapi semua perkara. Ambil contoh tak nak solat or lewatkan solat. So i qoute the sentences from the article,

......Jawapannya mudah, Allah adalah Rabbul ‘Alamin (Pemilik Sekalian Alam), lantas DIA Yang Maha Berkuasa menciptakan manusia dan makhluk untuk menjadi isi alam ini. Lantas untuk mengimbang tara alam dan isinya, DIA telah menetapkan hukum dan batasan yang mesti dipatuhi oleh semua makhluk terutama manusia selaku khalifah di bumi ini.

Jika masih ada yang membantah dan mempertikai, memadailah kisah di atas yang dijadikan iktibar untuk kita sama-sama berfikir sejenak . Allah adalah pemilik alam ini, DIA lah yang menetapkan hukum-hakam diatasa muka bumi, manusia sebagai penumpang alam ini mestilah mematuhi segala hukum hakam yang telah ditetapkan Nya. Jika masih ada yang terfikir untuk mempertikai dan membantah, adalah dicadangkan untuk mereka mencari satu dunia atau alam yang baru, yang mana Pemiliknya membenarkan sepenuhnya penghuninya tidak memakai tudung, sebagaimana pelajar tadi disarankan mencari satu sekolah baru yang tiada peraturan berkenaan datang lewat.

Oh ayat tu untuk kes pakai tudung, tapi contoh saya ialah tak solat or lewatkan solat. Penyelesaiannya sama sahaja, carilah planet lain yang pemilik nya benarkan anda tak solat / lewatkan solat. Fahamkan :D 

Saya akui saya pun banyak buat silap dalam hal ni. Kadang solat awal kadang lewat, dah nak abis waktu barulah terhegeh-hegeh amik wudu' (nak-nak time maghrib T_T ). Jadi kita amik iktibar dari artikel ni untk kita apply kan pada tuntutan Islam yang lain.

Kes kedua pula memang relevan dengan keadaan semasa. 

"Okay aku dah tutup aurat, pakai tudung semua. Kira aku tak termasuk dalam golongan orang tak pakai tudung. Who say that bertudung tak boleh berfesyen. Itu semua tak betul. Aku pakai tudung pun nak nampak cantik jugak"

Trend sekarang ialah semua gadis-gadis berlumba-lumba nak cantik dan bergaya memakai shawls. 

"Tudung bawal tak 'in', dah lapuk"

Tapi kalau kita tengok tudung bawal tu akan cover bahagian depan dan belakang kita, kalau shawl/ pashmina bentuknya panjang semata-mata, lain dengan tudung bawal. Kalau kena gaya memang shawl/ pashmina tu boleh cover depan dan belakang kita. Tapi apa yang saya perhatikan, sebab nak ikut gaya semasa supaya barulah orang kata kita ni sentiasa up-to-date, ada sesetengah gaya ikatan tudung tu macam tak kena. Sebetulnya saya pun memang suka amat pakai shawl/ pashmina. Tapi sekarang saya lebih suka pashmina sebab ianya panjang. Tapi saya kan pastikan pashmina tu akan cover depan dan belakang saya. Depan for sure untuk tutup dada kita tapi belakang pun kita kena tutup juga.


Namun, pelbagai alasan pula timbul dari kalangan wanita yang sudah bertudung, tetapi dek kerana fesyen semasa dengan pelbagai jenis tudung di pasaran yang mampu merambang mata mereka, bahkan mampu menggugat iman mereka, ditambah bisikan dari musuh nyata seluruh anak adam iaitu Iblis dan konco-konconya yang mengenakan slogan. “Islam tidak menyekat untuk berfesyen, asalkan bertudung sudah memadai!”
 Ada seorang sahabat menghantar SMS meminta untuk menjawab satu soalan cepu emas yang diutarakan oleh kaum wanita berkenaan tudung. Persoalannya tidak mempertikai, tetapi berbaur unsur mencari alasan, (wallahu’alam…) : “Tudung bagi wanita adalah labuh ke dada, jadi..labuh kat depan je la, setakat dada, belakang takpe kut kalau tak labuh?” 
Serius ayat ni menjawab soalan dalam kepala saya selama ini. Memang kalau perhatikan banyak tutorial cara nak pakai shawl supaya jadi bergaya habis. Saya memang selalu tertanya-tanya.
"Takpe ke kalau belakang ni pendek je?"
"Ok, dada dah tutup, belakang ni takpe lah bukan ada pape pun hikhikhik. Ok nnt akan cuba gaya ini"

Akhirnya, Alhamdulillah, jawapannya telah saya jumpai sebagaimana yang tertulis di dalam ayat 31, Surah An-Nur yang didatangkan sebelum ini.
 “Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya”.
Dalam ayat ini, Allah tidak menggunakan perkataan Sudur (dada), tetapi Allah menggunakan perkataan Juyub (paras dada/poket), justeru, secara bahasanya Allah telah menjawab dengan jelas persoalan yang baru sahaja muncul di kurun moden ini, yang mana bermaksud apa sahaja yang se”paras” dengan dada mesti ditutup/dilabuhkan ke tahap itu.
Sebab itu pashmina menjadi pilihan saya sekarang. Jadi rakan-rakan sekalian (ceh macam rancangan kanak-kanak pulak), kalau nak keterangan lebih lanjut boleh la klik kat link yang saya sertakan tu. Seronok juga baca. Artikel dalam ILuvIslam memang semua best2 (once again it's my ignorance for not reading all of it huhuhu) 
Tak tahu kenapa tapi saya gak teruja bagi respon pada artikel ni. Mungkin ianya dekat dengan hati saya. Saya pernah baca, kalau kita nak tunggu hidayah atau seru barulah kita nak lakukan apa yang Allah dah suruh, it won't happen babe. It will happen but when? Who know, in between korang nak tunggu hidayah tu ada malapetaka yang berlaku ke kan dah terlambat jadinya. Ini juga sebagai pengajaran bagi saya juga. Saya pun memang ada buat salah. Contoh yang saya ceritakan memang contoh yang saya juga buat, tapi kita cuba muhasabah diri sendiri dan orang lain. Kalau orang nak kata saya cakap tak serupa bikin, saya tahu saya memang macam tu, tapi saya akan usaha. Insya Allah akan ada pertolongan dari Allah. Yang penting kita usaha ke arah kebaikkan. Kalau kita tolong Allah, Allah akan tolong kita.
Fuh panjang la pulak. Banyak pulak idea nak membebel. 
 Akhir sekali, sebagai kesimpulan, kaum hawa amat dipelihara sepenuhnya oleh Islam kerana mereka merupakan mutiara berharga, lagi ditutup dan tidak terdedah, lagi berharga lah wanita itu.

Suka ayat tu!!! Jadi pakailah tudung ye.




p/s: ayat kaler merah tu copy dari artikel asal di iluvislam.
p/s2: okay entry sebelum ni memang agak menyimpang dari entri yang baru ni. Sila abaikan. Itu cuma kemerepekan dari saya hehehehe

Sunday, June 19, 2011

New boyfy

Seth Tan?
Aaron Aziz?
Fahrin Ahmad?
Edward Cullen?

Dont give a damn.

I got mine

HUGH GRANT!!!!!! AAAAAA!!!!!


p/s: baru lepas tengok 'Love Actually'( yeah YaMie memang ketinggalan). Pasni tunggu lagi 6 bulan n tengok balik sambil pura2 tak ingat camne cite ni ehhehehe

Tuesday, April 5, 2011

Pelabuhan (Port) Baru

Setelah didesak dan dipaksa (hahaha) Saya pun ikut Cik Anis kita gi diner hehehe 
Kami cuba tempat baru. Aktiviti ini penting kerana Cik Amalina kita selalu tanya tempat mana yang bes untuk rilex2 makan2 kat Kuantan.
Jadi kami berdua menyabut sahutan Cik Amalina dan mencuba tempat baru ni.

Mula-mula park tempat restoran ni pun rasa teruja nak tangkap gambar hahaha Bukan teruja nak makan hehehehe
Okey kita arahkan pula gambar untuk beraksi supaya ia bisa berkata-kata.


Ape-apehal bergambar dahulu. Ada mende bling-bling hehehe Gambar tuan empunya blog perlu kasi BESAR punya


Tukang paksa hehe

 

Lagi gambar tuan punya blog versi besar hehehe


Harga makanannya lebih kurang je macam tempat-tempat lain tapi portionnya kecil je huhuhu 



Jadi kat mana kami melantak ni?


Anis sila jadi model yang tidak berbayar. Nampak tak nampak tak katne?

Specialty kat sini kalau tak silap ialah Nasi Ayam Istana. Tapi kami xcuba pun sebab sekarang malam-malam kalau boleh tak nak makan nasi hohoho Next time boleh cuba. Tempat macam happening sebab ada stage untuk karaoke kat tingkat 2. Disusuli dengan bunyi orang bertukang ahahah Xda la, masa kami pergi tu ada renovation sket. Anis dah berangan-angan nak menyanyi kat ctu hehehe Cool place.

Kat mana restoran ni? Ala korang tengok sendiri la kat Fesbuk ni: Monrods Kitchen Boleh tengok stage tempat Anis teringin nak menyanyi tu hehehe

So Ema, pasni kita boleh try kat sini pula ye. Dengan syarat ko belanja hahahaha


Friday, April 1, 2011

Mood sekarang

1. My comelest kitten ever gone :'(
2. Kenapa Dumbledore kena mati???? (sesi tak puas hati & tak dapat terima kenyataan)


sedih kot baca episod ni huhuhu

3. Dah lama tak minum air panas.
4. Kepala dah kurang serabut

Jadi ape perasaan sekarang? Perlu bercuti untuk melepaskan lelah. Tiba-tiba teringat dah lama tak bercuti sorang-sorang :D Tapi masih sedih sebab my comelest kitten sudah hilang wawawawawaww

Saturday, March 26, 2011

Typical Malay or Typical Malaysian

  1. Inilah tipikal Melayu, asal bersuara je takut ada yang terasa hati or gaduh. Ini dinamakan konfrontasi, nak menyelesaikan masalah. Kalau tak beritau camne nak selesaikan masalah. Dalam hal ni komunikasi penting. 
  2. Konsep restoran layan diri. Nak makan gi beratur kat kaunter untuk order. Cari meja yang sesuai untuk makan. Habis makan tinggalkan saja sampah sarap lebihan makan untuk pekerja restoran kemaskan. Kebetulan ternampak sekeluarga Mat Saleh makan di restoran yang sama. Tapi selesai makan sampah semua kemas sendiri dan buang dalam tempah disediakan. Salah tak kalau kita pun tiru dan buat perkara yang sama since nama pun restoran layan diri, kita la kena layan diri sendiri dari beli makanan sampai habis makan. Pepatah Melayu, "Pandai makan, pandailah simpan balik" Ok ini pepatah Melayu ye bukan Mat Saleh yang cakap.
  3. Berjoging sewaktu hujan sambil memegang payung. Wah pemandangan yang agak baru bagi saya!!Semangat kesukanan ehhehe

Thursday, March 24, 2011

Es Ai Si, Bi Yu Kay Buk...SiBuk

Iye mmg sibuk kebelankangan ini. So just a quick update:
  1. Ema!!! Aku dh try macarons kat Cik Min. Macarons memang rasa manis macam tu ek. Manis yang teramat !!!!! huhuhuhu
  2. Rutin sekarang, balik rumah lepas keje terus landing atas katil. Hasilnya keseronokan tidur yang teramat sangat!!!!
Ok dah. Byeeeeee. Quick sungguh kamu hehehehe

    Monday, February 28, 2011

    Surat untuk Qaiser

    Berlalu sudah 1 lagi hari minggu. Hoh puitis macam nak tulis puisi cess... Oh ini merupakan post istimewa dan khas untuk Qaiser Zahrin a.k.a QZ (okay mule2 dulu salah sebut nama anak ko Qast hehe). Jadi entri ini akan diceritakan seolah-olah saya bercerita kepada QZ okay.

    Diberitakan Akak (hoh perasan), okay la 'Makcik' telah dijemput oleh Mak Qaiser ni ke majlis hari jadi Qaiser. Okay xpenah lagi g majlis hari jadi budak sebab kawan2 xda pun yang ada anak lagi huhuhu Serius memang setiap hari ingat pasal majlis tu. Sebaik sahaja tgk diri sendiri kena tag (hahaha perasan kena tag) dalam post Qast, terus sahaja emel dengan harapan dapat la alamat rumahnye. Agaknya sebab gune outlook sebab tu emel tu xlepas ek. Ntah xtau la ape jadi. Nasib Qast pun sms alamatnya. Hoyeah!!!! boleh g (kalau ada teman :-):-))

    Hari kejadian, paginya makcik ada appointment dengan Akak yang makcik segan nak jumpe. Hoh segan2 dengan harapan Akak tu xdalah, alasan? Sebab segan tahap gaban huhuhuhu Akhirnya Akak tu memang xda, jadi set appointment lain. Dudududu ok masih awal lepak rumah sudah sementara tunggu petang, Mak Qaiser ajak petang.

    Sementalahan keberadaan makcik di rumah, membuat segala kerja rumah, tengok tv, tenung laptop sampai pening.....pukul 3 lebih makcik dikejutkan dengan pertanyaan....."G tak umah Qast?" Aiyo, wa manyak lupa lor. Sementara tunggu partner bersiap-siap habis kursus, makcik lepak-lepak la dulu ye sampai tunggu panggilan seterusnya.

    Pukul 6 petang.... "Ada mana? Kata nak jumpa kat umah Qast?" Adoi!!!! Terlupa sudaaaaa. Dah pukul 6 lebih, tuan rumah ajak sampai kul6 jek. Sudah tertido rupenya!!!

    Jadi itulah sebenarnya yang terjadi yang membuatkan makcik tidak berkesempatan nak join majlis QZ. Bukan sengaja, tapi memang dah tertido tanpa niat huhuhu Takpe2 tahun depan panjang umur makcik join lagi ye birthday bash QZ, itu pun kalau mak QZ ajak makcik lagi hehehe

    So Qast, harap-harap ko boleh terima la kemaafan aku yang tak sempat join majlis birthday QZ aritu. Nanti ko jangan lupa bacakan entri ni ke QZ plak ye. Bacakan sampai dia faham kekeke Akhir kata

    SELAMAT HARI JADI BIRTHDAY BOY!!!!!


    (Qast, aku copy dari blog ko ni, sori yek ehhehe)

    Sunday, February 20, 2011

    Journey to the south

    Baiklah, maafkan saya kerana sudah lama tidak menngemaskini blog ni. Fuh gune Bahasa Malaysia baku sepenuhnya hehehe Okay, cerita ni sebenarnya dah lama berlalu, boleh kata sudah 2 minggu tapi baru sekarang saya mahu update T_T. Ini berkenaan penceritaan perkahwinan salah seorang sahabat The Kaki's iaitu Puan Aswa. Tengok gambar sudah.....

    Kronologi persediaan perkahwinan Puan Nur Aswa


    Pembelian hadiah amat perlu. WAJIB


    Iya barang yang diingini sudah ditemui. Btw, aku suka expression ko Shila hehehe


    Parti bujang yang diadakan beberapa hari sebelum menjadi pengantin baru. Okay sebut parti tidak bermakna ada strip dance or anything ok. Makan-makan sudaaa



    Ini Puan Aswa kita


    Selingan: Dikala Anis mendapat sms yang menggegar jiwa dan raganya hehehe


    Hari kejadian.


    Oh saya nampak gemuk memakai baju ini T_T


    Last but not least, Selamat Pengantin Baru kepada Puan Nur Aswa Yusof. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Dah tak boleh hang out dengan ko selalu. Aku pun dah takda advisor di saat-sata diperlukan apabila mengahadapi masalah. Ko tau kan Aswa, aku selalu refer kat ko bila ada problem pape (biasanya masalah cinta je hahaha)

    Anyway

    SELAMAT PENGANTIN BARU

    Monday, February 7, 2011

    Dream comes true


    ***click the image to enlarge***

    I never dream of this to happen to me coz i considering myself of being not so lucky all the time( Cabutan bertuah pun susah nak menang ape2). But to receive such an email reply like this, for my memorable event in my life was like a gift that i can't describe!! Yelah manalah orang macam ni nak layan orang seperti saya hehehe

    Alhamdulillah, it seems like there won't be any difficulty for me to handle such thing. I hope it went well. It make me more excited to proceed for the next step!!!!

    Arrgghhh!!!! I don't know what to do, where to begin.

    Tuesday, February 1, 2011

    Tukar alamat

    ***Ini adalah entri yang akan melekat di atas ini dalam jangka masa yang agak lama. Entri baru sila lihat di bawah lagi***


    Okay, I'm thinking of changing my blog address to more appropriate and maybe easy to remember add since this blog name is in english but most of the entry was posted in malay hehehe

    Itula yang berlaku kalau koya London tapi tak pernah sampai hehehe

    Jadi alamat baru blog ialah:

    julajuliyamie.blogspot.com

    Ha senang kan nak ingat.

    So within this one month, that is from 1st Jan 2011 till 1st Feb 2011 this entry will remain here until 2nd of Feb, after that gua mahu pindah sudaaaahhh

    Terima kasih kepada sesiapa yang sudi melayan saya membebel sorang-sorang kat blog ini selama ini :-)

    Wednesday, January 26, 2011

    Ucapan ulang tahun




    Dengan ini saya ingin menjadi orang yang paling rajin dan yang terakhir untuk mengucapkan 'Selamat Hari Jadi' kepada Encek Bz.
    Semoga panjang umur, murah rezeki dan jangan nakal-nakal.
    Hujung minggu ini kita sambung bergosip lagi :-D

    p/s: kepada The Kaki's, korang jangan macam-macam dengan aku. Aku tak bawa gi kenduri Aswa karang hahaha

    Sunday, January 23, 2011

    10 sebab

    Kenapa orang perempuan suka shopping (baju)


    1. Nak tambah koleksi baju
    2. Nak suai padankan baju dengan tudung/ kasut/ handbag etc
    3. Dah rasa bosan dengan baju yang ada
    4. Sebab ada sale yang gila-gila sampai ngigau-ngigau tak boleh tahan tahap angau dalam tido
    5. Sebab ada kemudahan untuk pilih baju di hujung jari sahaja dalam keadaan yang santai kat rumah sendiri (online shopping)
    6. Nafsu membeli belah memang hebat.
    7. Duit banyak sangat sampai tak tahu nak buat apa
    8. Sebab dah tak ada baju nak pakai time dating sebab asyik-asyik pakai baju yang sama je

     Saya jatuh dalam kategori yang terakhir tu T_T

    Lagi 2 sebab dah tak bleh pikir sebab apa