Saturday, August 28, 2010

YaMie dah lain ke??



Sesungguhnya saya bukanlah dari golongan yang tahu serba serbi tahu tentang Islam, banyak lagi lompong2 pengetahuan yang perlu saya penuhkan untuk mengatakan saya betol2 orang Islam yang mengamalkan ajaran Islam itu sendiri. Tapi apa yang saya cuba sampaikan ini sekadar teguran dan jika tidak senang ditegur amiklah ianya sebagai renungan. Tak tahu kenapa tapi saya rasa saya perlu kongsikan dengan semua orang dan dengan cara ini melalui entri ini mungkin kamu semua boleh muhasabah diri sendiri untuk menjadi baik. Ikhlasnya jadi baik itu memang baik tapi kalau kita boleh buat untuk menjadi lebih baik itu lagi bagus sebenarnya. Mungkin kita tak boleh berubah sekelip mata tapi kita boleh usaha. Memang Islam itu tidak memaksa umatnya tapi tolonglah jangan salah intepretasi pernyataan tersebut dengan mengatakan itu adalah hak diri sendiri. Sesungguhnya kita yang dilahirkan sebagai Islam dan MELAYU perlu bersyukur kerana kita dilahirkan dalam keluarga Islam dan sesungguhnya kita perlu menjalani hidup sebagai umat Islam dan melakukan segala yang diperintahkan oleh Allah. Bagi sesiapa yang mengenali saya, saya tahu kadang2 saya juga boleh lalai dan mungkin tak buat seperti apa yang cuba disampaikan. Tapi sempena Ramadhan ini kita perlu amik peluang untuk muhasabah diri sendiri sebab mungkin kita tak berkesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan lagi pada tahun depan. Jangan hanya berpuasa tapi dalam masa yang sama kita terlupa atau tak solat langsung dan juga buat dosa2 lain. Ingat, kita umat Islam dan MELAYU. (lainlah kalau korang ada darah 'mix' kan). Wallahualam. 

Boleh klik kat link ni ek amik dari www.saifulislam.com

2 comments:

Nur Rawaidah Rahmat said...

hiii jenjalan sini.. good info =)

KePOchi LaTTe said...

yamie...x paham apa link isi n tajuknya...huhuhu aku juga selalu leka sebagai seorang islam n melayu...tengah berusaha untuk memperbaiki diri...