Wednesday, March 28, 2012

Masa untuk mengajar

Hahaha kenape hari ni boleh pos sampai 2 entri hehehe Dah xda keje ye YaMie. 

Ok saya ada tabiat yang apabila menaip dalam english. Esp kalau nak reply emel or letter ngan bos huhuhu. Dapat bos yang english dh macam mother tongue die so kita pun kena la seiring dan sejalan dengan die huhuhu. Saya memang tak berapa fasih berbahasa inggeris jadi kalau nak bercakap kadang-kadang terkulat-kulat jugak memikirkan what the rite words to complete my sentence hahahaha So what i did is:

Gune aja google translate
Oo ini saya tak galakkan sangat sebab nanti ayat yang keluar adalah sebiji-biji translate ikut perkataan, bukan ikut kesesuaian ayat. Dan kita boleh tahu  kalau orang tu translate sebiji gune google. Kebiasaanya saya akan gune untuk cari perkataan sahaja. Saya takkan translate the whole sentence, hanya perkataan ye.

Microsoft words!!!!
Ye ini salah satu aplikasi yang selalu saya guna. Contohnye nak tengok ayat tu betul ke tak, kena ke tak. Jadi saya akan taip ayat yang dikehendaki pastu tengok la kalau ada kuar garis-garis merah bawah ayat tu. Kalau ada biasanya dia akan bagitahu samaada ayat tu grammarnye tunggang terbalik. Kan senang situ.

Kalau untuk perkataan pula, biasanya saya nak cari perkataan yang mempunyai maksud yang sama,apa yang saya buat ialah, Right klik pada perkataan yang dikehendaki then cari options synonyms, akan keluarkan segala perkataan yang sesuai. Kan senang gitu.

Itula cara yang biasa saya gunakan. Apesal tiba-tiba rasa macam mengajar orang pulak huhuhu Tidak2 saya hanya bercerita. Mungkin lain orang lain caranya. Untuk orang macam saya yang tak berapa reti ni ini la caranya hehehe 

Tapi ada satu lagi cara yang saya akan buat. Tapi yang bergantung kepada ke'free'an masa manusia itula. Saya akan guna kamus bergerak saya, Cik Amnina Azmi!!!!! Iye kalau dia-free-xda-keje-main-fesbuk-update-blog-je bolehla saya mintak tolong die hehehe

Sekian terima kasih

Selepas dah berpunya

Assalamualaikum, saya tahu dah lama blog ni diabaikan. Update pun dh malas, mungkin sebab dulu sibuk dengan segala persiapan, nak update pun xda mood tp nak setakat nak blogwalk tu boleh lagi hehehe

Jadi sekarang saya sudah pun bersuami huhuhu  masih menyesuaikan diri dengan sebut perkataan itu. Agak pelik sebenarnya bila tahu kita dah ada suami hehehe Kelakar pun ada malu lagi la, nak pulak inai merah lagi kat jari. Pasni nak tambah inai lagi, kasi lagi merah jari ni hohohoho (bajet pengantin baru sentiasa). Tak salah pun sebab dah kahwin, kalau dulu iye lah, orang kata jangan pakai inai awal2 sgt nanti hilang seri masa kahwin. Serius masa mula-mula pakai inai rasa malu nak kuar rumah, nanti orang tahu kita baru kahwin huhuhu Oooo jangan contohi sikap saya ini, saya sepatutnya berbangga sebab baru kahwin. Tapi sebenarnya saya malu sebab orang akan layan pengantin baru dengan begitu baik sekali. 

" Ala pengantin baru jangan la buat kerja2 berat ni".

Yang pasti pengantin baru memang akan selalu kena usik atau sakat oleh orang sekeliling huhuhu Tapi takpe, itu menunjukkan yang kita ni femes hahahaha

Tidak2 kamu tak boleh riak ye YaMie. Jadi pasni camne kehidupan kamu? masih lagi menyesuaikan diri tapi ada beberapa perkara yang dulu masa masih bujang yang saya tak rajin/ rasa malas nak buat tapi sekarang saya perlu berlajar untuk buat. Kalau dulu balik kerja mesti terperap dalam bilik, layan internet sampai ngantuk Stop pun untuk solat. Mandi pun ntah kemana. Kadang-kadang tidur sekali dengan baju pakai waktu siang .Iyeee dulu saya memang malas dan teruk huhuhu Tapi sekarang tidak lagi heehehe. Saya perlu rajin untuk suami saya =) (tiba2 bila sebut perkataan suami jadi rindu plak kat suami sendiri hehehe) Rutin sekarang balik kerja siap-siap bersihkan diri, tolong-tolong ape yang boleh tolong di dapur, kemudian boleh la layan suami, teman dia makan ke, tengok tv sama2 ke dan juga aktiviti romantik2 yang lain ahahah (ok statement ini tiada unsur 18SX ye)

Tapi nak cakapnye apa yang kita buat adalah untuk seseorang sebagai tanda kita taat padanya. Memang kita buat semuanya kerana Allah dan perlu taat kepadanya tapi melalui suami kita la. Sebab kalau dulu redha kita semua bergantung pada kedua ibubapa kita, tapi sekarang semuanya terserah pada suami kita.

Saya memang insan yang lemah dan banyak kekurangannya. Tapi saya akan sentisa berusaha untuk menghiburkan hati suami. Kalau dulu segala tindak-tanduk saya banyak dipengaruhi oleh fikiran saya sendiri tapi sekarang saya perlu menjaga hati suami dan maruahnya. Itu tak masuk lagi keluarga mertua. Sebab kita dah ada 2 ayah dan 2 ibu jadi perlulah menjaga hati mereka juga. Apa yang saya boleh kata, lepas berkahwin kita akan berusaha menjadi orang yang terbaik untuk suami dan keluarga kita. Fikir dulu sebelum buat apa-apa perkara. 

Saya harap saya akan berterusan menjadi orang yang lebih baik dari sebelumnya. Semoga saya akan kekal rajin seperti masa mula-mula kahwin hehehe

Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.

InsyaAllah

p/s: buat masa ni entri tiada gambar lagi, gambar masih belum siap =D

Tuesday, March 20, 2012

Mood happy



Updating status hohohoho koya nak tutup tarikh lahir . Perasaan sekarang???? Bes sebab ada teman g mana2 pun hehehe