Monday, June 20, 2011

Respon

Found this article few days back but only have a chance to read it just now. Beautiful article. One way want of 'dakwah'. Sure i may not a prefect person to preach people about this but this is one way for me to tell people what i think that's true. In fact this is what Islam ask us, ladies to do. 


Cerita pembukaan tu pun memang kalau baca pun akan terkena pada sesiapa pun. Bukan dalam bab pakai tudung je tapi semua perkara. Ambil contoh tak nak solat or lewatkan solat. So i qoute the sentences from the article,

......Jawapannya mudah, Allah adalah Rabbul ‘Alamin (Pemilik Sekalian Alam), lantas DIA Yang Maha Berkuasa menciptakan manusia dan makhluk untuk menjadi isi alam ini. Lantas untuk mengimbang tara alam dan isinya, DIA telah menetapkan hukum dan batasan yang mesti dipatuhi oleh semua makhluk terutama manusia selaku khalifah di bumi ini.

Jika masih ada yang membantah dan mempertikai, memadailah kisah di atas yang dijadikan iktibar untuk kita sama-sama berfikir sejenak . Allah adalah pemilik alam ini, DIA lah yang menetapkan hukum-hakam diatasa muka bumi, manusia sebagai penumpang alam ini mestilah mematuhi segala hukum hakam yang telah ditetapkan Nya. Jika masih ada yang terfikir untuk mempertikai dan membantah, adalah dicadangkan untuk mereka mencari satu dunia atau alam yang baru, yang mana Pemiliknya membenarkan sepenuhnya penghuninya tidak memakai tudung, sebagaimana pelajar tadi disarankan mencari satu sekolah baru yang tiada peraturan berkenaan datang lewat.

Oh ayat tu untuk kes pakai tudung, tapi contoh saya ialah tak solat or lewatkan solat. Penyelesaiannya sama sahaja, carilah planet lain yang pemilik nya benarkan anda tak solat / lewatkan solat. Fahamkan :D 

Saya akui saya pun banyak buat silap dalam hal ni. Kadang solat awal kadang lewat, dah nak abis waktu barulah terhegeh-hegeh amik wudu' (nak-nak time maghrib T_T ). Jadi kita amik iktibar dari artikel ni untk kita apply kan pada tuntutan Islam yang lain.

Kes kedua pula memang relevan dengan keadaan semasa. 

"Okay aku dah tutup aurat, pakai tudung semua. Kira aku tak termasuk dalam golongan orang tak pakai tudung. Who say that bertudung tak boleh berfesyen. Itu semua tak betul. Aku pakai tudung pun nak nampak cantik jugak"

Trend sekarang ialah semua gadis-gadis berlumba-lumba nak cantik dan bergaya memakai shawls. 

"Tudung bawal tak 'in', dah lapuk"

Tapi kalau kita tengok tudung bawal tu akan cover bahagian depan dan belakang kita, kalau shawl/ pashmina bentuknya panjang semata-mata, lain dengan tudung bawal. Kalau kena gaya memang shawl/ pashmina tu boleh cover depan dan belakang kita. Tapi apa yang saya perhatikan, sebab nak ikut gaya semasa supaya barulah orang kata kita ni sentiasa up-to-date, ada sesetengah gaya ikatan tudung tu macam tak kena. Sebetulnya saya pun memang suka amat pakai shawl/ pashmina. Tapi sekarang saya lebih suka pashmina sebab ianya panjang. Tapi saya kan pastikan pashmina tu akan cover depan dan belakang saya. Depan for sure untuk tutup dada kita tapi belakang pun kita kena tutup juga.


Namun, pelbagai alasan pula timbul dari kalangan wanita yang sudah bertudung, tetapi dek kerana fesyen semasa dengan pelbagai jenis tudung di pasaran yang mampu merambang mata mereka, bahkan mampu menggugat iman mereka, ditambah bisikan dari musuh nyata seluruh anak adam iaitu Iblis dan konco-konconya yang mengenakan slogan. “Islam tidak menyekat untuk berfesyen, asalkan bertudung sudah memadai!”
 Ada seorang sahabat menghantar SMS meminta untuk menjawab satu soalan cepu emas yang diutarakan oleh kaum wanita berkenaan tudung. Persoalannya tidak mempertikai, tetapi berbaur unsur mencari alasan, (wallahu’alam…) : “Tudung bagi wanita adalah labuh ke dada, jadi..labuh kat depan je la, setakat dada, belakang takpe kut kalau tak labuh?” 
Serius ayat ni menjawab soalan dalam kepala saya selama ini. Memang kalau perhatikan banyak tutorial cara nak pakai shawl supaya jadi bergaya habis. Saya memang selalu tertanya-tanya.
"Takpe ke kalau belakang ni pendek je?"
"Ok, dada dah tutup, belakang ni takpe lah bukan ada pape pun hikhikhik. Ok nnt akan cuba gaya ini"

Akhirnya, Alhamdulillah, jawapannya telah saya jumpai sebagaimana yang tertulis di dalam ayat 31, Surah An-Nur yang didatangkan sebelum ini.
 “Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya”.
Dalam ayat ini, Allah tidak menggunakan perkataan Sudur (dada), tetapi Allah menggunakan perkataan Juyub (paras dada/poket), justeru, secara bahasanya Allah telah menjawab dengan jelas persoalan yang baru sahaja muncul di kurun moden ini, yang mana bermaksud apa sahaja yang se”paras” dengan dada mesti ditutup/dilabuhkan ke tahap itu.
Sebab itu pashmina menjadi pilihan saya sekarang. Jadi rakan-rakan sekalian (ceh macam rancangan kanak-kanak pulak), kalau nak keterangan lebih lanjut boleh la klik kat link yang saya sertakan tu. Seronok juga baca. Artikel dalam ILuvIslam memang semua best2 (once again it's my ignorance for not reading all of it huhuhu) 
Tak tahu kenapa tapi saya gak teruja bagi respon pada artikel ni. Mungkin ianya dekat dengan hati saya. Saya pernah baca, kalau kita nak tunggu hidayah atau seru barulah kita nak lakukan apa yang Allah dah suruh, it won't happen babe. It will happen but when? Who know, in between korang nak tunggu hidayah tu ada malapetaka yang berlaku ke kan dah terlambat jadinya. Ini juga sebagai pengajaran bagi saya juga. Saya pun memang ada buat salah. Contoh yang saya ceritakan memang contoh yang saya juga buat, tapi kita cuba muhasabah diri sendiri dan orang lain. Kalau orang nak kata saya cakap tak serupa bikin, saya tahu saya memang macam tu, tapi saya akan usaha. Insya Allah akan ada pertolongan dari Allah. Yang penting kita usaha ke arah kebaikkan. Kalau kita tolong Allah, Allah akan tolong kita.
Fuh panjang la pulak. Banyak pulak idea nak membebel. 
 Akhir sekali, sebagai kesimpulan, kaum hawa amat dipelihara sepenuhnya oleh Islam kerana mereka merupakan mutiara berharga, lagi ditutup dan tidak terdedah, lagi berharga lah wanita itu.

Suka ayat tu!!! Jadi pakailah tudung ye.




p/s: ayat kaler merah tu copy dari artikel asal di iluvislam.
p/s2: okay entry sebelum ni memang agak menyimpang dari entri yang baru ni. Sila abaikan. Itu cuma kemerepekan dari saya hehehehe

Sunday, June 19, 2011

New boyfy

Seth Tan?
Aaron Aziz?
Fahrin Ahmad?
Edward Cullen?

Dont give a damn.

I got mine

HUGH GRANT!!!!!! AAAAAA!!!!!


p/s: baru lepas tengok 'Love Actually'( yeah YaMie memang ketinggalan). Pasni tunggu lagi 6 bulan n tengok balik sambil pura2 tak ingat camne cite ni ehhehehe

Tuesday, April 5, 2011

Pelabuhan (Port) Baru

Setelah didesak dan dipaksa (hahaha) Saya pun ikut Cik Anis kita gi diner hehehe 
Kami cuba tempat baru. Aktiviti ini penting kerana Cik Amalina kita selalu tanya tempat mana yang bes untuk rilex2 makan2 kat Kuantan.
Jadi kami berdua menyabut sahutan Cik Amalina dan mencuba tempat baru ni.

Mula-mula park tempat restoran ni pun rasa teruja nak tangkap gambar hahaha Bukan teruja nak makan hehehehe
Okey kita arahkan pula gambar untuk beraksi supaya ia bisa berkata-kata.


Ape-apehal bergambar dahulu. Ada mende bling-bling hehehe Gambar tuan empunya blog perlu kasi BESAR punya


Tukang paksa hehe

 

Lagi gambar tuan punya blog versi besar hehehe


Harga makanannya lebih kurang je macam tempat-tempat lain tapi portionnya kecil je huhuhu 



Jadi kat mana kami melantak ni?


Anis sila jadi model yang tidak berbayar. Nampak tak nampak tak katne?

Specialty kat sini kalau tak silap ialah Nasi Ayam Istana. Tapi kami xcuba pun sebab sekarang malam-malam kalau boleh tak nak makan nasi hohoho Next time boleh cuba. Tempat macam happening sebab ada stage untuk karaoke kat tingkat 2. Disusuli dengan bunyi orang bertukang ahahah Xda la, masa kami pergi tu ada renovation sket. Anis dah berangan-angan nak menyanyi kat ctu hehehe Cool place.

Kat mana restoran ni? Ala korang tengok sendiri la kat Fesbuk ni: Monrods Kitchen Boleh tengok stage tempat Anis teringin nak menyanyi tu hehehe

So Ema, pasni kita boleh try kat sini pula ye. Dengan syarat ko belanja hahahaha


Friday, April 1, 2011

Mood sekarang

1. My comelest kitten ever gone :'(
2. Kenapa Dumbledore kena mati???? (sesi tak puas hati & tak dapat terima kenyataan)


sedih kot baca episod ni huhuhu

3. Dah lama tak minum air panas.
4. Kepala dah kurang serabut

Jadi ape perasaan sekarang? Perlu bercuti untuk melepaskan lelah. Tiba-tiba teringat dah lama tak bercuti sorang-sorang :D Tapi masih sedih sebab my comelest kitten sudah hilang wawawawawaww

Saturday, March 26, 2011

Typical Malay or Typical Malaysian

  1. Inilah tipikal Melayu, asal bersuara je takut ada yang terasa hati or gaduh. Ini dinamakan konfrontasi, nak menyelesaikan masalah. Kalau tak beritau camne nak selesaikan masalah. Dalam hal ni komunikasi penting. 
  2. Konsep restoran layan diri. Nak makan gi beratur kat kaunter untuk order. Cari meja yang sesuai untuk makan. Habis makan tinggalkan saja sampah sarap lebihan makan untuk pekerja restoran kemaskan. Kebetulan ternampak sekeluarga Mat Saleh makan di restoran yang sama. Tapi selesai makan sampah semua kemas sendiri dan buang dalam tempah disediakan. Salah tak kalau kita pun tiru dan buat perkara yang sama since nama pun restoran layan diri, kita la kena layan diri sendiri dari beli makanan sampai habis makan. Pepatah Melayu, "Pandai makan, pandailah simpan balik" Ok ini pepatah Melayu ye bukan Mat Saleh yang cakap.
  3. Berjoging sewaktu hujan sambil memegang payung. Wah pemandangan yang agak baru bagi saya!!Semangat kesukanan ehhehe

Thursday, March 24, 2011

Es Ai Si, Bi Yu Kay Buk...SiBuk

Iye mmg sibuk kebelankangan ini. So just a quick update:
  1. Ema!!! Aku dh try macarons kat Cik Min. Macarons memang rasa manis macam tu ek. Manis yang teramat !!!!! huhuhuhu
  2. Rutin sekarang, balik rumah lepas keje terus landing atas katil. Hasilnya keseronokan tidur yang teramat sangat!!!!
Ok dah. Byeeeeee. Quick sungguh kamu hehehehe

    Monday, February 28, 2011

    Surat untuk Qaiser

    Berlalu sudah 1 lagi hari minggu. Hoh puitis macam nak tulis puisi cess... Oh ini merupakan post istimewa dan khas untuk Qaiser Zahrin a.k.a QZ (okay mule2 dulu salah sebut nama anak ko Qast hehe). Jadi entri ini akan diceritakan seolah-olah saya bercerita kepada QZ okay.

    Diberitakan Akak (hoh perasan), okay la 'Makcik' telah dijemput oleh Mak Qaiser ni ke majlis hari jadi Qaiser. Okay xpenah lagi g majlis hari jadi budak sebab kawan2 xda pun yang ada anak lagi huhuhu Serius memang setiap hari ingat pasal majlis tu. Sebaik sahaja tgk diri sendiri kena tag (hahaha perasan kena tag) dalam post Qast, terus sahaja emel dengan harapan dapat la alamat rumahnye. Agaknya sebab gune outlook sebab tu emel tu xlepas ek. Ntah xtau la ape jadi. Nasib Qast pun sms alamatnya. Hoyeah!!!! boleh g (kalau ada teman :-):-))

    Hari kejadian, paginya makcik ada appointment dengan Akak yang makcik segan nak jumpe. Hoh segan2 dengan harapan Akak tu xdalah, alasan? Sebab segan tahap gaban huhuhuhu Akhirnya Akak tu memang xda, jadi set appointment lain. Dudududu ok masih awal lepak rumah sudah sementara tunggu petang, Mak Qaiser ajak petang.

    Sementalahan keberadaan makcik di rumah, membuat segala kerja rumah, tengok tv, tenung laptop sampai pening.....pukul 3 lebih makcik dikejutkan dengan pertanyaan....."G tak umah Qast?" Aiyo, wa manyak lupa lor. Sementara tunggu partner bersiap-siap habis kursus, makcik lepak-lepak la dulu ye sampai tunggu panggilan seterusnya.

    Pukul 6 petang.... "Ada mana? Kata nak jumpa kat umah Qast?" Adoi!!!! Terlupa sudaaaaa. Dah pukul 6 lebih, tuan rumah ajak sampai kul6 jek. Sudah tertido rupenya!!!

    Jadi itulah sebenarnya yang terjadi yang membuatkan makcik tidak berkesempatan nak join majlis QZ. Bukan sengaja, tapi memang dah tertido tanpa niat huhuhu Takpe2 tahun depan panjang umur makcik join lagi ye birthday bash QZ, itu pun kalau mak QZ ajak makcik lagi hehehe

    So Qast, harap-harap ko boleh terima la kemaafan aku yang tak sempat join majlis birthday QZ aritu. Nanti ko jangan lupa bacakan entri ni ke QZ plak ye. Bacakan sampai dia faham kekeke Akhir kata

    SELAMAT HARI JADI BIRTHDAY BOY!!!!!


    (Qast, aku copy dari blog ko ni, sori yek ehhehe)