Saya ingin menangis
Supaya dapat melupakan segala masalah yang terpendam
Supaya dapat meluahkan segala perasaan yang terbuku dalam hati ini
Supaya dapat kutemui semula kekuatan diri untuk menghadapi hidup ini
Supaya dapat kulupakan segala yang menyedihkan dan ceria setiap hari
Saya ingin bersama kawan2 saya
Supaya saya gembira sentiasa
Supaya saya dapat melupakan segala kekusutan jiwa
Supaya saya dapat menggembirakan hidup kawan2 saya juga
Supaya saya tidak kesunyian
Saya ingin bersama keluarga saya
Kerana merekalah punca kekuatan saya
Merekalah yang setia di sisi saya disaat saya bersedih
Mereka sentiasa menerima saya seadanya diwaktu yang lain tidak endah
Saya perlu bekerja keras
Supaya dapat menghindari diri terasa bosan
Supaya masa saya terisi
Supaya saya dapat hidup di dunia ini dengan gembira
Supaya saya puas dengan apa yang sudah saya lakukan
Pokoknya.. saya perlu sentiasa ingat pada Allah
Kerana sebetulnya padaNya sahajalah kita bergantung
Bukan kepada manusia
Manusia yang sentiasa mengingkari apa yang telah dilafazkan
Berpegang teguh kepada cinta kepada Allah
Kerana Dia tidak akan mengecewakan kamu
Dia tidak pernah jauh dari kamu
Sedangkan kamu yang semakin jauh dariNya
Menangislah kamu kerana takutkan Allah
Bukan kerana putus cinta
Bukan kerana tidak dapat apa yang kamu inginkan
Bukan kerana kecewa ditinggalkan kekasih hati
Kerana semua itu hanya sementara
Bercintalah dengan Allah
Kerana Dia tidak akan mengecewakan kamu
Bermesralah dengan Allah
Kerana redhaNya lah yang sepatutnya kamu dambakan
Setialah hanya pada Allah
Kerana hasilnya akan kamu perolehi di akhirnya nanti...
p/s: sesekali jiwa kene dilayan gak hehehe
xoxoxo
***YaMie***