Wednesday, May 26, 2010

b4ch3w l4r s3ndi3ri3w

Persoalan ini dimulakan bersama driver ku a.k.a adikku semasa perjalanan balik ke rumah. Lantas dia mengepos imej di bawah. Serius boleh bercakap apa sahaja dengan dengan adikku seorang ni. Apa sahaja kecuali bab cinta cintun kerana selepas itu dia akan muntah hijau hahaha

Korang boleh tengok la gambar ini ek dan cuba translatekan. Target bukan nak menyatakan betapa romantiknya pasangan kekasih yang bergaduh ni. Tapi cuba korang tengok satu2 dan fahami budaya remaja sekarang. Sila klik pada imej di bawah untuk gambaran lebih jelas.



Boleh faham tak?? For the record saya rasa saya boleh tangkap apa yang mahu disampaikan dan juga boleh agak perkataan2 tersebut. Tapi kenapa tulis camtu dik oi. Cikgu kat sekolah xda pulak ajar camni dalam kelas. Tapi adakah cikgu sekarang sudah menuju alaf 31 terus lantas itu adalah bahasa untuk masa hadapan? Oh saya tidak sanggup menghadapi anjakan paradigma seperti itu lagi. Atau pemikiran saya masih lagi duduk di bawah tempurung kelapa untuk menerima perubahan seperti itu.

Apahal nak samakan nombor ngan bentuk huruf. Kalu camtu 2+2 = A la ek kekeke Bengap la kamu ni YaMie, 4 tu adalah A untuk zaman sekarang punya budaya. Ini kalau bagi pada kekasih yang sedang merajuk sumpah dia akan minta clash terus. Tengah merajuk 1 hal, nak memujuk hati menerima pujukan kekasih menggunakan bahasa seperti di atas 1 hal. Last2 hati yang sedang merajuk terus merajuk smpai bila2 hahaha

Ikut la budaya orang dulu2, tulis surat cinta memujuk kekasih guna bahasa puitis habis sampai kan kalu suruh anak kucing baca surat cintun tu memang akan jatuh cinta juga ohhh itu tipu.

Kepada sesiapa yang yang hantar sms kepada saya seperti ini saya sanggup tidak bercakap selama 2 jam dengan kamu hehehe

xoxoxo
***YaMie***

p/s: s4y3w m4hu ti3d03w
Posted by Picasa

Sunday, May 9, 2010

Sila jawab

Tum...tum...tum...

" Yamie, nape xkawin lagi?"

"erk.....?"

Terus bola masuk dalam longkang hahaha Soalan yang mampu membuatkan saya terkedu sebentar. Soalan edisi terjah. Dengan muka serius tiba-tiba soalan tu kuar dari mulut tukang penanya. Berfikir sebentar, perlukah saya menjawabnya dengan jawapan yang serius atau jawapan main-main memandangkan semasa itu kami sedang berlatih bermain bola tampar. Nasib tidak ada yang kene penangan bola yang ditampar hehehe

Tapi ape-ape pun soalan sebegitu akan saya ke tengahkan kepada yang mereka yang berkenaan yang ada jawapan bagi soalan seperti itu hehehe

xoxoxo
***YaMie***

Kemaskini minggu ini

Hari minggu dimulakan dengan azam mahu berjogging di waktu pagi. Untuk stamina. Memang dah set dalam kepala. Jadi pagi bangun awal selepas subuh tidak sambung tido. Sementara menunggu masa yang sesuai bermain-main2 dahulu bersama anak2 kucing. Bukan anak2 ikan. Hahaha sungguh comel kalian semua.
Posted by Picasa

Jadinya masa yang ditunggu telah tiba. Tepat jam 830 pagi saya pun bersiap-siap mahu berjogging. Memandu di pagi hari memang mendamaikan. Tetapi memandu di pagi hari ke pejabat memang tak mendamaikan kerana mengantuk huhuhu huish YaMie merepek akibat banyak makan kerepek.

Hmm hari sudah agak panas, matahari sudah naik sedikit. Sampai ke destinasi kelihatan kebanyakan orang sudah mahu beredar. Berfikir berkali-kali. Patutkah saya meneruskan hajat di hati? Setelah melakukan segala kira-kira dalam kepala, baik batalkan sahaja kerana, giler mahu jogging tengah2 panas!!!! Iye mak saya akan gelakkan saya kerana tidak jadi untuk jogging huh. Takpelah kasut sukanku, kite sambung semula minggu depan ye (-_-")

Jadi saya habiskan masa dengan berurusan di atas talian dari pagi sampai... sekarang jam 8.43 malam. Memuat turun cerita, sehingga sekarang 1 movie sudah di tonton. Iye sila gelakkan saya kerana saya baru je tengok Twilight: New Moon. Sila gelak sekarang huhuhu Oh adakah wujud lelaki yang protective seperti Edward Cullen? Kalau ada saya sanggup jadi vampire. Iya merepek lagi!!!! 1 movie sedang di download dan 2 lagi on the way. Seronok la plak kumpul byk2 koleksi ni. Boleh jadi addicted huhuhu

Waaaahhhh esok hari kerja bermakna minggu berkerja bermakna saya akan melupakan buah hati buat seketika, bermakna saya suka kerana saya tidak sanggup terlalu memikirkan pasal dia bermakna saya sedih juga kerana perlu menunggu sehingga hari minggu untuk dating huhuhuhu Seksa kot kalu asyik fikir buah hati je hahahaha Maaf terjiwang seketika, mode berkelah di malam minggu bersama buah hati x abis lagi hehehe
ini semua dia yang makan, saya hanya mampu melihat :-)
Posted by Picasa

Dear, i miss you so much. Can't wait to meet you this weekends. Mahu menggelakkan kamu lagi. Mahu kikis duit kamu lagi opssss adakah saya terlalu berterus terang :-). Kata mahu bagi saya bawa itu kereta putih kan hehehe


xoxoxo
***YaMie***

Friday, May 7, 2010

singkat sahaja


Orang lain cuti hari ni sempena hari hol pahang tapi saya ke pejabat untuk menyiapkan beberapa keje ditemani sarapan pagi yang menyelerakan bertujuan untuk menaikkan semangat menyiapkan kerja yeaaaaahhhhh!!!!






akhirnye menghabiskan masa dalam sejam berfesbuk baru memulakan kerja (-_-")

xoxoxo
***YaMie***
Posted by Picasa

Saturday, May 1, 2010

Mari menyanyi untuk kesenangan hati sendiri


Sakit la, rasanye dah dua minggu berturut-turut g kenduri kawin kawan dan jupe kawan-kawan tapi tiba-tiba hati tak berapa nak ceria. Nak-nak sejak akhir-akhir ni. Mesti dah ada orang guna-gunakan saya ni hahaha Konfiden je padahal diri sendiri ada masalah hahahha

Pernah tak saya buat entri yang menunjukkan saya sedang dilanda masalah? Kurang kan, kalau banyak pun entri berlagak dan entri jiwang hehehe Baiklah tapi sekarang saya memang serius. Serius hati saya tak tenang. Kalau ada pakwe cari pakwe. Tapi sekejap je kot pastu akan resah balik. Pening la nape tiba-tiba rasa camni.

Rasa macam dipinggirkan. Dah berapa kali cuba nak nangis tapi air mata ni xnak kuar plak huhuhu (nangis dalam blog jela hehe)Tapi saya rasa saya tahu kenape (walaupun diri sendiri tak pasti jugak)

Dulu saya selalu dulukan perasaan orang lain dari perasaan diri sendiri. Tapi lama-lama takleh jadi gak. Akhirnya saya perlu bertindak untuk kebahagian diri sendiri. Tapi lama kelamaan saya rasa saya hanyut. Saya rasa saya menjadi semakin mementingkan diri sendiri. Mulut pun dah ringan je nak cakap buruk pasal orang lain. Arrgggghhh kenape jadi camni? Lebih baik diam je kan dari bercakap kalau perkataan yang kuar dari mulut merupakan sesuatu yang tidak baik. Dan bila terlalu diam terasa seperti dipinggirkan. Huh macam budak-budak je, sedih sebab xda orang nak kawan atau layan awak hehehe. Biarlah at least budak-budak pun ada perasaan jugak. Kate perempuan ada 9 nafsu 1 akal. Yang 9 nafsu tu nafsu shoping, makan, menangis dan lain lain lain lain.

Selingan sebentar. Apesal offline pulak, tadi tegur kite huh nak kene tumbuk ni. ehem ehem minta maaf, kite kembali ke agenda utama.

Saya pernah ada keinginan yang pelik. Saya pernah berangan nak rasa ditimpa malang atau bahasa klasiknya mengalami zaman kejatuhan. Macam zaman kejatuhan kesultanan melaka plak. Weh PMR sejarah skor A tuh. Kenape nak rasa camtu sebab saya tahu lepas kite dah merana akhirnya akan datang balik tuah kepada kite. Bukan Hang Tuah. Hang Tuah dah tak wujud. Apesal banyak cerita pasal melaka ni. Tahulah planning nak g melaka hehehe Ibaratnya kalu hari ni saya hilang RM5 nanti 2,3 hari nanti pasti saya akan dapat RM50 ribu wohooo ****berangan. Macam tu lah. Pelik kan. Biarlah pelik, baru lah lain dari orang lain.

Hahaha mesti korang rasa bosan kan entri saya kali ini. Xpelah kalu tak nak baca xpe, saya pun dah xda mood nak menaip lagi. Tido jugak yang sedap. Nanti la, pasni kalau ada ilham nak buat entri sedap saya akan buat. Kalau mahu lagi sedap pegi la beli aiskrim mahal baskins robbin. Eh apehal? YaMie sudah melalut. Jadi saya akhiri entri ini dengan ucapan selamat malam, saya mahu tido. Mahu lagi kedengaran sedap di telinga anda, silalah dengar lagu "Selamat malam" dari faizal tahir.

Nampak tak senyuman saya? Sungguh fake bukan. Itu tanda hati xtenang. Fake tahu, bukan another F word

****tumbuk dan tampar***

p/s: esok pasti saya tidak akan gembira lagi