Wednesday, May 26, 2010

b4ch3w l4r s3ndi3ri3w

Persoalan ini dimulakan bersama driver ku a.k.a adikku semasa perjalanan balik ke rumah. Lantas dia mengepos imej di bawah. Serius boleh bercakap apa sahaja dengan dengan adikku seorang ni. Apa sahaja kecuali bab cinta cintun kerana selepas itu dia akan muntah hijau hahaha

Korang boleh tengok la gambar ini ek dan cuba translatekan. Target bukan nak menyatakan betapa romantiknya pasangan kekasih yang bergaduh ni. Tapi cuba korang tengok satu2 dan fahami budaya remaja sekarang. Sila klik pada imej di bawah untuk gambaran lebih jelas.



Boleh faham tak?? For the record saya rasa saya boleh tangkap apa yang mahu disampaikan dan juga boleh agak perkataan2 tersebut. Tapi kenapa tulis camtu dik oi. Cikgu kat sekolah xda pulak ajar camni dalam kelas. Tapi adakah cikgu sekarang sudah menuju alaf 31 terus lantas itu adalah bahasa untuk masa hadapan? Oh saya tidak sanggup menghadapi anjakan paradigma seperti itu lagi. Atau pemikiran saya masih lagi duduk di bawah tempurung kelapa untuk menerima perubahan seperti itu.

Apahal nak samakan nombor ngan bentuk huruf. Kalu camtu 2+2 = A la ek kekeke Bengap la kamu ni YaMie, 4 tu adalah A untuk zaman sekarang punya budaya. Ini kalau bagi pada kekasih yang sedang merajuk sumpah dia akan minta clash terus. Tengah merajuk 1 hal, nak memujuk hati menerima pujukan kekasih menggunakan bahasa seperti di atas 1 hal. Last2 hati yang sedang merajuk terus merajuk smpai bila2 hahaha

Ikut la budaya orang dulu2, tulis surat cinta memujuk kekasih guna bahasa puitis habis sampai kan kalu suruh anak kucing baca surat cintun tu memang akan jatuh cinta juga ohhh itu tipu.

Kepada sesiapa yang yang hantar sms kepada saya seperti ini saya sanggup tidak bercakap selama 2 jam dengan kamu hehehe

xoxoxo
***YaMie***

p/s: s4y3w m4hu ti3d03w
Posted by Picasa

3 comments:

Shahira said...

nak muntah boleh?
hihihi mintak permission nak copy gmbr ni :D

YaMie said...

sile2

shiela-suka-suki said...

aik,dua jam je mau boikot?apa brg beb?seminggu, amacam?hehe
mereka ni terlebuh advance.bnda lain terlebih advance dari kita.=P