Wednesday, September 1, 2010

Kalau sanggup nak baca, bacalah hehehe

Okay ini mungkin entri perasan dan syok sendiri. Tapi korang pernah tak berada dalam situasi ini.

"Eh muke awak ni macam kenal la, biasa keluar tv ke?"

"Eh macam pernah jumpa la, tapi tak ingat kat mana. Betul memang familiar muka awak ni" (sambil tenung tak kelip2 mata)

"Eh awak ni bukan kawan si polan tu ke?"

Orang 1: Eh, aku nak ngorat awek ko bleh tak?
Orang 2: Eh mana boleh, kalau ko nak ada sorang budak kat tempat aku ni muke sama macam dia. Ko nak tak?

Ini memang situasi yang biasa saya lalui. Bukan takat pompuan yang cakap ayat camtu, laki pun ada ( ahahaha bajet fames n cun). Tapi nak dijadikan cerita, semalam masa tengah makan2 lepas berbuka tiba2 nampak sorang minah ni memang muka dia serupa dengan saya!!! Tapi sayang, tak boleh nak snap gambar takut dia perasan dan syok sendiri jugak hahaha Dari segi cara dia senyum, pipi dia, mulut dia serba serbi serupa. Pandang dari depan ke, sisi ke, atas ke bawah ke semua memang sama hohohoho Nak tahu apa yang saya rasa? SAYA RASA TAKJUB!!! Yela sebab selama ni orang kata muka macam seseorang la tapi ini memang kenyataan, bukan cobaan. Tengok dengan mata kepala sendiri baru tahu apa perasaannya. Saya pun apa lagi tak melepaskan peluang untuk skodeng dia dari jauh sambil berangan, agak2 pakwe dia hensem tak macam pakwe saya ahahahaha ehem2 nanti ada orang muntah hijau :-D. Memang kalau ada orang perasan tingkah laku saya masa tu mesti dia agak saya ni lesbian sebab usah awek lain hehehe Tapi sesungguhnya memang saya berasa kagum. Inilah yang orang kata pelanduk 2 serupa. Tapi saya  tak nak pelanduk, saya nak panggil 'Kembar YaMie' hehehe Oh kalau la saya dapat berjumpa dengan kamu lagi wahai gadis rupawan (rupawan la sebab muka macam saya hahahaha)

Ok sekarang bandingkan ye


Ada gaya tak hahahaha Ini orang yang cakap ye muka saya seperti mereka, saya tak cakap apa hahaha
Oh ya kalau ada lagi gambar gadis2 cun yang seiras muka saya korang boleh la emelkan iye. Ingat yang cun sahaja hehehe

2 comments:

a.m.n.i.n.a said...

T_T Yamie, ko demam ke Yamie? Cerita palsu mana ko buat ni...

YaMie said...

mana ada palsu, ini betol2