Tuesday, July 21, 2009

Saya nak nangis...

Saya ingin menangis
Supaya dapat melupakan segala masalah yang terpendam
Supaya dapat meluahkan segala perasaan yang terbuku dalam hati ini
Supaya dapat kutemui semula kekuatan diri untuk menghadapi hidup ini
Supaya dapat kulupakan segala yang menyedihkan dan ceria setiap hari

Saya ingin bersama kawan2 saya
Supaya saya gembira sentiasa
Supaya saya dapat melupakan segala kekusutan jiwa
Supaya saya dapat menggembirakan hidup kawan2 saya juga
Supaya saya tidak kesunyian

Saya ingin bersama keluarga saya
Kerana merekalah punca kekuatan saya
Merekalah yang setia di sisi saya disaat saya bersedih
Mereka sentiasa menerima saya seadanya diwaktu yang lain tidak endah

Saya perlu bekerja keras
Supaya dapat menghindari diri terasa bosan
Supaya masa saya terisi
Supaya saya dapat hidup di dunia ini dengan gembira
Supaya saya puas dengan apa yang sudah saya lakukan

Pokoknya.. saya perlu sentiasa ingat pada Allah
Kerana sebetulnya padaNya sahajalah kita bergantung
Bukan kepada manusia
Manusia yang sentiasa mengingkari apa yang telah dilafazkan

Berpegang teguh kepada cinta kepada Allah
Kerana Dia tidak akan mengecewakan kamu
Dia tidak pernah jauh dari kamu
Sedangkan kamu yang semakin jauh dariNya

Menangislah kamu kerana takutkan Allah
Bukan kerana putus cinta
Bukan kerana tidak dapat apa yang kamu inginkan
Bukan kerana kecewa ditinggalkan kekasih hati
Kerana semua itu hanya sementara

Bercintalah dengan Allah
Kerana Dia tidak akan mengecewakan kamu
Bermesralah dengan Allah
Kerana redhaNya lah yang sepatutnya kamu dambakan
Setialah hanya pada Allah
Kerana hasilnya akan kamu perolehi di akhirnya nanti...

p/s: sesekali jiwa kene dilayan gak hehehe

xoxoxo
***YaMie***

4 comments:

SIKAKITULIS said...

wei yamie ko ni mmg jiwang la..ehehehe.awat ni?meh cite kt aku

KePOchi LaTTe said...

hehe yamie...aku faham..ko kena cepat cari penawar di bukit pelindung...

shiela-suka-suki said...

awat nie yamie..cuba story sket kat aku..tak salah nangis sekali sekala..terlepas sket beban..aku dh rembes dh last week..dh tu terembes kat big boss plak..tak tahan dgn pe yg berlaku..huhu

YaMie said...

giler shiela ko btau bos ko ke hehehe xpe la biarku rembeskan pada diriku sahaja hehehe