Sunday, April 25, 2010

Cik 'Siti'

Dengan ini saya ingin mendeklamasikan sebuah sajak, khas untuk cik 'siti'

Cik 'Siti'
Nama yang diberi kepada anda
Wajahmu sungguh menarik dan mempesona
Body mu sungguh mantap
Sehingga membuatkan ku tersentap
Adakah ini yang dinamakan jatuh cinta pandang pertama

Cik 'Siti'
Kite sudah berjumpa siang hari tadi
Aku memang sungguh tertarik dengan kehadiranmu
Kamulah yg berjaya mencuri perhatianku dikalangan mereka yang lain
Walaupun selepas itu aku pergi berjumpa sahabatmu yg lain
Akhirnya aku kembali juga ke sisimu
Untuk menatapmu dengan lebih teliti
Aku gembira apabila dapat menyentuhmu buat pertama kali



cik 'siti' mana pilihan hati? yang ini?


Cik 'Siti'
Sudikah kiranya ko menerima pelawaanku
Aku sanggup melakukan ape sahaja demimu
Aku sanggup untuk mengikat perut ku untuk memenuhi segala kemahuanmu
Aku sanggup untuk tidak bersolek cantik-cantik demi untuk mu
Aku sanggup untuk tidak keluar berjumpa kekasih hatiku demi mu
Aku sanggup untuk menangguhkan kemahuanku untuk membina rumah yang bertangga demi mu

Namun cik 'Siti'
Aku dapat merasakan yang pintamu itu agak berat bagi ku
Sudilah kiranya kau turunkan sedikit harga dirimu untuk ku
Agar dapat diri ini menyunting dirimu menjadi milikku
Itulah sahaja pintaku untuk mu

Oh cik 'Siti'
Hadirlah kau ke dalam mimpi ku malam ini.
Hadirlah kau sehingga aku mampu memiliki mu
Sehingga kita dapat hidup bersama-sama


xoxoxo
***YaMie***

p/s: sekarang saya sudah angau sama cik 'city'. Angau saya sudah beralih kepadanya tidak lagi kepada awak. Kalau awak ada 'bini' putih gebu melepak bontot tonggek, saya pun boleh pasang kekasih gelap lain la hehehe

oh cik city kekasih gelapku

2 comments:

Unknown said...

modulo tuh....

YaMie said...

hahaha aku xtau pki cekau je gmbr dr intenet hehehe