Saturday, April 10, 2010

Sila buat laporan untuk hari ini

Pagi sabtu dimulakan dengan gerakan bangun dari anis arianti norman mengejut saya dengan mengajak bersarapan di McD teluk chempedak. Tapi sms darinya tidak meninggalkan kesan kepada efek mata saya untuk bingkas bangun dari katil. Sehinggalah mendapat panggilan dari 'my fruit heart' mengajak berjumpa di petang hari ( hoyeaahh mood merajuk selama seminggu terus hilang selepas mendapat panggilan darinya hahaha senang betol kamu ni termakan pujukan wahai YaMie)

Dipendekkan cerita yang saya tak sanggup menaip panjang2, jupe petang hari berjalan-jalan dan melayan cerita di dalam gelap (wayang la jgn kamu fikir bukan2), kami memilih untuk melihat cerita 'bagaimana mahu meng'keretapi' buah naga kamu' atau dalam bahasa internasionalnya How To Train Your Dragon. Well beyond expectation jugak la. Not like normal cartoon on cinema, oh tidak saya tak mahu bercerita ataupun menggalakkan kamu melihatnya tapi maksud saya mungkin interpretasi saya ianya seperti kartun2 yang biasa ditayangkan tapi sebenarnya bolehlah ceritanya. Padat dengan mesej dan penyampaian yang kemas barangkali ( hahaha bile masa aku amik kursus meng'review' filem plak ni huhuhu). Tapi ceritanya bes, saya xmahu kata kamu mesti tengok nanti kamu tengok tapi kamu kate "tipu lah YaMie ni, xbes pun cerita ni" tidak2 tapi bagi saya, saya suke cerita itu, terhibur jugak walaupun memilh cerita untuk dilihat secara mem'khinzir' yang buta kerana cerita yang mahu dilihat pada awalnya agak lambat masa tayangannya.

Ini antara karektor2 dalam kartun tu.

Photobucket


Photobucket

Nama die 'toothless'. Dia ialah dragon dalam filem ini dan die serius comel mcm kucing huhuhu

Photobucket

Dan die adalah heroin dalam filem ini

Kemudian kami pun pulang. Ape yang saya dapat darinya hari ini adalah ubat gatal hehehe Saya menghadapi masalah kegatalan di kaki sekarang ini dan kebetulan die pun pernah kene gatal2 sebelum ini. Gatal hama??? haha saya tak pernah dengar, tapi betul kaki saya memang sudah merah2 akibat dari kegatalan ini. Kan saya cakap betol kaki saya gatal, bukan saya yang gatal hehehe Amboi mentang2 bercinta, sakit pun nk sakit yang sama huhuhuhu Atau adakah kami berdua memang gatal orangnye hahahaha opsss behave please YaMie, 'cuba jadi lemah lembut sket YaMie' kata my fruit heart hehehe Je vous aime de plus en plus tous les jours. Main belasah je, ntah betol ntah tidak saya pun xtahu maknanye hehehe Sekian terima kasih repot saya untuk hari ini

xoxoxo
***YaMie***


p/s: agak2 korang rasa geli tak kalu selalu baca cerita jiwang hasil nukilan saya hehehe

4 comments:

shiela-suka-suki said...

memang geli pun.tak dapat nk disangkal lagi.haha.ampun kak yam.

YaMie said...

geli ek, baiklah selepas ini akan dikurangkan entri seperti itu, tapi kalu aku nk buat pun suke hati la hehehe

a.m.n.i.n.a said...

Asalkan kamu bahagia yamie.... ;)

Unknown said...

geli...geli dan geli.....tapi bak kata nina....asalkan ko bahagia yamie....huhu