Friday, December 31, 2010

Entri terakhir

Sejak akhir-akhir ni kerap pulak pos entri kat blog. Nampak sangat tak ada kerja ye hehehe Okay, hari ini hari Jumaat 31 Disember 2010. Hari terakhir dalam tahun ini. Kerajaan bagi cuti untuk semua rakyat Malaysia, tapi saya pilih untuk masuk pejabat, sekejap je pun hehehe Banyak lagi kerja yang tak  sempat nak settle. Yela tak bajet pun hari ni nak cuti, memang la ada kerja yang tak sempat nak siap. (Ayat panjang-panjang semua ni sebenarnya alasan semata-mata hahaha)

Sempena nak masuk tahun baru ni, dah dapat hadiah, see...


Yeah diary/ planner baru untuk tahun 2011!!!!


Diharapkan masuk tahun baru ni kamu akan lebih rajin ye YaMie!!!

Jadi nak masuk tahun baru, soalan sama yang akan ditanya pada semua orang adalah " Apa azam tahun baru?" . Azam tahun baru saya.....


Nak 'clearkan' hatta siapkan semua kerja-kerja saya yang telah tersusun kemas atas meja ni. Okay ini memang nampak kemas. Dah siap 'plan' apa yang mahu dibuat bila datang kerja Isnin nanti. Kita tunggu jelah apa kesudahannya hehehe

Selamat Tahun Baru!!!!! 

Malam ini mahu keluar sama itu geng The Kaki's + sorang budak lelaki yang suka dikerumuni oleh wanita-wanita cantik seperti kami :-):-)

No comments: