Thursday, March 4, 2010

Hajat dihati sungguh besar

Hajat di hati mahu berpuasa hari isnin itu. Yah semangat waja kerana saya bangun kul 530 untuk bersahur. Wah minum susu sahaja. Boleh tahan laparkah. Eh boleh kerana saya sekarang sudah kurang makan wahahaha mahu jadi kurus hehehe Jadinye sebagai merayakan kejayaan saya berpuasa (cet baru pose 1 hari sudah mahu raya) saya mahu membeli donat Big Apple untuk diri sendiri

Sesampai saya di gerai yang dimaksudkan, saya hanya mahu makan untuk donut yang banyaknya tidak lah banyak sangat sekadar ala kadar tapi tiba-tiba je mulut ni sebut " 12 ketul ek" hahahahaha YaMie kamu memang nafsu buas sungguh hehehe Jadinya selepas barangan pun sudah dimiliki dan berpuas hati makanya saya pun balik ke rumah dengan hati yang riang dan muka tersenyum sampai ke telinga ( bohong sungguh senyum boleh sampai ke telinga).

Balik rumah tengok-tengok ibubapa saya tidak minat sama itu donat, kata mereka manis sangat. Hehehe jadinya sayalah yang kena habiskan semua sekali yes yes taktik menjadi hehehehe Saya pun berpesan kepada ibu saya " boleh tak kak ngah xnak makan malam ni" ( kerana mahu berdiet keh3) Ibu saya berkata " boleh anakku sayang" ( hahaha bohong ibu saya akan buat ayat camtu) Jadinya selepas solat isyak saya pun landing2 dikatil untuk melepaskan lelah setelah penat seharian bekerja di pejabat. Oh saya tidak bekerja sampai lelah ek

Dah landing tu ape lagi tido la jawabnye. Saya tido dari lepas isyak sehingga lah ke pukul 3 pagi. Itupun terjaga lepas dapat SMS dari buah hati, kalu tidak mmg sampai subuh saya baru jaga. Kuat tido sungguh. Tapi memang puas beb, xpenah tido sepuas itu hehehe Oh jadi ape jadi pada donat yang sudah dibeli petang tadi?

Posted by Picasa

Inilah kesudahannya. Hebat bukan, saya makan sehingga akhirnya tinggal beberapa ketul sahaja. Sah lepas ni ko dapat kencing manis YaMie. (T_T)

xoxoxo
***YaMie***

No comments: