Thursday, June 3, 2010

Apa saya dan mak saya buat dimalam hari

Photobucket

Menemani ibuku g cari barang2 untuk letak gula2 sebagai door gift orang datang kenduri nanti. Bukan calang2 tempat kami pegi. Ingat ibuku mahu ke kedai terus maju kat batu 3 tu rupe2nye sebelah je. Ada kedai baru buka. Wah boleh tahan la. Ada la jugak barang2 untuk orang kawin, tapi xda la banyak pilihan sangat sebab kedai ni pun bukan specialty dlm barang2 hantaran ni tapi at least ada la jugak. Tu dia ibuku sedang memborong barang2 kat sana. Rasa seronok plak sesekali kuar dengan mak sendiri. Dah lama xkuar sama2 since saya dah bekerja ni. Sebab ape seronok kerana mak saya akan bersetuju dengan idea saya!!! Kaler ape yang sesuai, bunga camne, corak ape. Yea saya boleh menjadi perunding majlis perkahwinan yang berjaya yeahhhhh!!!! ops behave YaMie, baru sekali sudah berangan lebih2.

Ha kedai ni namanye 'happy home' sebab saya pun baru lepas happy berangan hiasan untuk hantaran yang tidak mungkin dalam masa terdekat ini (-_-"). Berangan jela yang saya mampu setakat ini sobs2.

Itu la, lain kali jangan pandang kedai2 ni sebelah mata je. Nampak kedai tepi jalan macam nak roboh tapi bila masuk... ha amik kau semua barang ada, samapikan perabot2 IKEA pun ada. Itu tipu okaaayyyy.


xoxoxo
***YaMie***

p/s: terasa mahu tukar layout blog supaya dapat upload gambar2 yang besar macam gambar 1st itu

2 comments:

KePOchi LaTTe said...

yamie...kenduri apa? yang ungu bulat2 itu apa?

YaMie said...

itu bekas nak letak gula2 untuk kenduri makcik aku ek..bukan aku huhuhuhu