Monday, December 27, 2010

Akhirnya!!!!!

Hahaha entri ini sepatutnya lepas teaser tapi sebab hati dan kepala agak x synchronized so jadi tunggang langgang hehehe Okay la, kali ni mahu cerita saya dah jalan-jalan di Bandaraya Singapura!!!! Okay seloks kot baru sampai Singapore je pun bukan Europe ke Australia ke US ke huhuhuhu Ala saya bukan orang yang banyak duit nak jalan sejauh itu, saya pun belajar tak tinggi nak belajar sampi oversea, tapi kalau over the sea kat Penang boleh la. Kamu ada? hehehe Okay YaMie teruskan niat suci anda untuk bercerita. :-P

Jadi dalam entri ni saya nak selok sorang-sorang kalau korang benci atau menyampah boleh la baca blog lain ye, saya tak paksa. Tapi nak cerita perjalanan ke Singapura merupakan persinggahan pertama saya sebelum saya tak balik rumah hampir 3 minggu dulu ( Hahaha bajet ko best la macam nak gi jauh ek YaMie) sebab kemudian saya ada kursus selama 2 minggu berturut-turut


Adoi bile nak start bercerita ni

So basically kita tend to fikir bila sampai Singapore kena cakap omputih. Well in some condition yes tapi kalau korang cakap malay pun dorang boleh faham la, tak payah malu-malu. Memang dah ada cop kat dahi kot tulis 'Made in Malaysia' hehehe 


Ini gambar di Bugis street. Macam kat Petaling Street kot. Kat sini ada banyak kedai yang jual macam-macam. Souvenior, makanan, baju, beg dan adult shop ehhehe Serius banyak, tak payah pelik la sebab kat Malaysia tak ada kedai-kedai camtu yang buka secara terang-terangan. 


Makan di Restoran Zam zam. (Bukan Zam zam Kuantan tau, sia-sia i buang duit g Singapore kalu korang kate aku g kat Kuantan je T_T) Makan nasi beriani yang orang kata femes dan sedap. Okay la kot sebab portion nya amat banyak dan hanya $5 Singapura harganya tapi kamu boleh makan banyak dan saya tidak habis makan huhuhu 


Kat restoran ni juga femes dengan murtabaknya. Bile tengok balik gambar ini rasa rindu pulak nak makan murtabak singapore lagi hehehe Amat besar!!!! Gambar bajet skil ko snap gambar bes la tuh hehehe


Inilah harga yang kami perlu bayar untuk makan seramai tiga orang. Tiga nasi beriani sama air masing-masing dan 1 murtabak ayam dari singapore yang besar. Bayangkan makan tiga orang kat Malaysia menu yang sama dan harga yang sama macam ni. Boleh dapat ke? hehehe Rasa macam murah tapi tak tahu la ape pandangan korang. (Maafkan gambar ini kerana dia tak larat nak duduk betul-betul :-D)


Ini di China Town. Oh kalau mahu beli souvenier macam keychain ke, baik korang beli kat sini sebab lagi murah. 7 keychain or fridge magnet boleh dapat dengan harga $10 Singapura. Murah tak??? Dan keychain dan fridge nya besar-besar. Memang berbaloi.




 Okay gambar buruk dalam tren hehehe


Yang ini nampak macam makcik-makcik dengan gaya tangan seperti itu dan bergambar di depan kedai LV. Okay seloksssss


Hoh mahu masuk LV kene beratur tunggu giliran???


Deretan shopping mall di Orchard Road yang sebelah menyebelah yang ada terlalu ramai orang. Orang Singapura memang banyak duit untuk shopping sakan. I Like hehehe


Sedang berusaha gigih untuk menang loteri. Opss silap main Monopoly McDonald Singapura yang hadiahnya saya cuma boleh claim Jasmine Tea. Terima kasih jela




Yeah bergambar dengan tuan empunya bandar ni hehehe Merlion. Ramai orang yang snap gambar as if minum air dari Merlion tu. Saya tak mahu!!!! Cuma snap gambar posing bajet model jela kekeke Aik macam kenal je baju ni? Hahaha Mind you yang saya kata tadi kan i was away for nearly 3 weeks jadi baju tu mungkin ada sama dengan entri-entri yang lepas hehehe


Oh sepatutnya saya g conference di bangunan itu tapi sebab otak saya ni memang ada 2,3 skru yang loose so hajat tak kesampaian. Darling,  nanti mahu naik atas bangunan tu tau :-p


Gambar yang hanya mahu memenuhkan memori fon. Siapa kata saya comel sila emel saya hehehe


Singapura!!!!!!


Oh gambar ni hanya nak cerita yang saya berterima kasih dengan sandal comel saya ni sebab teman saya berjalan-jalan sampai Singapura. Kamu memang banyak berjasa dengan saya yang teramat. Kamulah yang saya bawa g kerja, g dating dan sebagai-sebagai nya. 

Basically the trip was so much fun. Tapi lagi fun kalau duit korang banyak gila sampai tak tahu nak buat ape T_T . So bye for now. Rasanya saya dah tak hutang entri apa-apa dah dengan pembaca blog saya. (Bajet ramai la baca blog ko ye YaMie)

3 comments:

Unknown said...

oo..marah aku xbg souvenier bandung...souvenier singapore mana??? huh

YaMie said...

hahaha sori la cik anis, next meeting aku bagi ek, jgn marah nnt kene jual

amy tulips said...

yamie poyo..hahahahah