Monday, March 15, 2010

nasi goreng xda rupe

Posted by Picasa

If missing him is like eating my own home-made nasi goreng,
then i'll be fat coz missing him a lotssssss (iya saya tau xleh letak 's' byk2 tu tapi mahu menunjukkan saya rindu die sgt9)



xoxoxo
***YaMie***

p/s: iya saya tau grammar saya salah. tapi saya orang melayu

Friday, March 12, 2010

cerita pendek

what's the point of me texting u when there's no reply from u?

Wednesday, March 10, 2010

Berita Terkini



Kerja banyak, mata mengantuk. Mari pekena nescafe sat. Mai secawan!!!!

Target mahu ada 40 slaid untuk dipersembahkan.
Status terkini.....baru 12 slaid.
Sekarang sudah pukul 11 malam
Bile kamu mahu tido ni YaMie

Arrgggggh kamu amat perlahan YaMie
Perlu tingkatkan kelajuan!!!!!!
Tukar gear 5 trus, xpun pakai honda civic type-r ( i guess that's a hint for u dear *wink*wink*)

xoxoxo
***YaMie***

p/s: bila dh dgr lagu ni makin layu pulak mata
Posted by Picasa

Monday, March 8, 2010

Sisi buruk saya

Posted by Picasa

Hahaha selamba membuka pekung di dada sendiri. Pekung tu ape? ehhehe Itu adalah stok baju untuk seminggu yang perlu dilipat/digantung. Ini belum tambah baju yang dah lipat dan perlu disusun secantik-cantiknya dalam almari huhuhu Serius minggu ini agak sibuk bagi saya. Setiap hari ada je aktiviti. Ditambah pula memikirkan ada kerja penting yang perlu diselesaikan lagi 2 minggu saya bertambah STRESS!!!!!!!!!

xoxoxo
***YaMie***

p/s: sibuk2 pun sempat lagi dating 3 hari berturut-turut hahaha YaMie dah kronik

Sunday, March 7, 2010

Ape ek 'terharu' dalam english hehehe


Meet Mr Teddy. He got a new necklace. Lovely huh
Thanx darling, really terharu (sila terjemahkan untuk saya) when u gave it to me. Honestly, i nearly cry huhuhu (Tapi disebabkan mahu menunjukkan bahawa saya berhati waja, saya tahan sahaja jatuhnya air mataku hahahaha) U made my day or shud i say nite hehehe
Want to spend my life with you *wink*wink*wink*

To all the ladies on dat nite, thanx a lots for understanding walaupun saya xda cakap pape pun, korang memang pandai nak mengenakan saya hahahaha
Posted by Picasa

xoxoxo
***YaMie***

p/s: maaf, entri geli lagi, tapi jiwa saya memang tengah berbahagia. lalalalalalala

Thursday, March 4, 2010

Hajat dihati sungguh besar

Hajat di hati mahu berpuasa hari isnin itu. Yah semangat waja kerana saya bangun kul 530 untuk bersahur. Wah minum susu sahaja. Boleh tahan laparkah. Eh boleh kerana saya sekarang sudah kurang makan wahahaha mahu jadi kurus hehehe Jadinye sebagai merayakan kejayaan saya berpuasa (cet baru pose 1 hari sudah mahu raya) saya mahu membeli donat Big Apple untuk diri sendiri

Sesampai saya di gerai yang dimaksudkan, saya hanya mahu makan untuk donut yang banyaknya tidak lah banyak sangat sekadar ala kadar tapi tiba-tiba je mulut ni sebut " 12 ketul ek" hahahahaha YaMie kamu memang nafsu buas sungguh hehehe Jadinya selepas barangan pun sudah dimiliki dan berpuas hati makanya saya pun balik ke rumah dengan hati yang riang dan muka tersenyum sampai ke telinga ( bohong sungguh senyum boleh sampai ke telinga).

Balik rumah tengok-tengok ibubapa saya tidak minat sama itu donat, kata mereka manis sangat. Hehehe jadinya sayalah yang kena habiskan semua sekali yes yes taktik menjadi hehehehe Saya pun berpesan kepada ibu saya " boleh tak kak ngah xnak makan malam ni" ( kerana mahu berdiet keh3) Ibu saya berkata " boleh anakku sayang" ( hahaha bohong ibu saya akan buat ayat camtu) Jadinya selepas solat isyak saya pun landing2 dikatil untuk melepaskan lelah setelah penat seharian bekerja di pejabat. Oh saya tidak bekerja sampai lelah ek

Dah landing tu ape lagi tido la jawabnye. Saya tido dari lepas isyak sehingga lah ke pukul 3 pagi. Itupun terjaga lepas dapat SMS dari buah hati, kalu tidak mmg sampai subuh saya baru jaga. Kuat tido sungguh. Tapi memang puas beb, xpenah tido sepuas itu hehehe Oh jadi ape jadi pada donat yang sudah dibeli petang tadi?

Posted by Picasa

Inilah kesudahannya. Hebat bukan, saya makan sehingga akhirnya tinggal beberapa ketul sahaja. Sah lepas ni ko dapat kencing manis YaMie. (T_T)

xoxoxo
***YaMie***

Monday, March 1, 2010

I'm a heart breaker

Entry di pagi hari, di permulaan minggu bekerja. Selamba ko escape morning meeting pastu lepak dlm bilik post entry ek. Mana ada la, saya sakit perut pagi tadi so g toilet, nak masuk meeting pun msti dh lmbat kan hehehe So quick update.

Berdasarkan tajuk di atas, semalam, ahad, 28 februari 2010, dalam masa sejam saya telah menghampakan 2 hati orang dalam hidup saya. So sorry mmg xsengaja. Semua disebabkan miscommunication dan juga kerana saya tak nak kecewa sendiri. Tapi percayalah mengecewakan hati orang lagi parah sebenarnya huhuhuhu Jadi nya kerana tidak mahu ada rasa bersalah lagi saya pun ajak my kazen untuk kuar malam tadi sebagai menebus kembali janji saya.

Menonton Valentine's Day Movie. Oh saya tidak menyokong sambut hari valentine tu tapi ini semata-mata filem sahaja. Agak ok bagi mereka yang sedang bercinta. Nasib saya tidak tengok bersama si dia, jika tidak saya akan menjadi menggatal untuk melakukan beberapa aksi .........hahaha giler ke ape. Tunggu kawin la.


Selepas menonton cerita itu, tiba-tiba je rasa admire ngan body jenifer garner. Hah betol ke eja tu.


Badannye memamg cantik wpun agak berketul-ketul sedikit. Macam laki pun ada. Tapi itu semata-mata otot sahaja. Ingat entry yang baru sudah? Saya mahu kaki yang berotot hehehe Azam yang ntah pape. Tapi based on this gambar pehanya agak besar kan huhuhu


Ha lagi satu gambar. Tengoklah betapa sasanya lengan die huhuhu Jangan tengok part lain. saya hanya fokus tang lengan je ek. Nasib xgoogle Beyonce, lagi seksa mata kot hohohoho

Habis tengok movie ingat nak buat surprise untuk empunya hati lagi 1, tapi tidak menjadi kerana kedai yang mahu dituju sudah tutup huhuhuhu Later la k dear. Jadi dalam perjalanan balik menghantar kazen saya, di tepi-tepi jalan ada macam perarakan kot. Tengah malam berarak? Ape hal? Kemudian tiba-tiba ternampak macam orang tayang muvie kat tepi jalan dan di project kan ke bahagian tepi lori yang background nye putih. Wah menarik sungguh idea yang cuba diketengahkan. Pertama kali kot saya tengok, memang kreatif, inovatif dan progresif hehehe

Aik kate quik update. Mcam ni punye panjang pun !@#$%^&* Jangan sampai bos tahu sudah hehehe Baiklah sampai disini sahaja. Saya rasa entri kali ini tidak ada feel. Kalu korang rasa macam xbes abaikan sahaja asalkan tajuknye bes hahahaha

So dear, i'm planning for sumthing to cheer you up sebagai balasan untuk menebus kembali ur heart hehehe Ape yang saya mengarut pun xtahu huhuhuhu daaaaaaa

xoxoxo
***YaMie***

p/s: minggu ini pun rasa memerlukan graviti yang banyak. Xtau kenape dalam hati ini rasa teruja giler nak menghadapi hari minggu ini