Orang lain cuti hari ni sempena hari hol pahang tapi saya ke pejabat untuk menyiapkan beberapa keje ditemani sarapan pagi yang menyelerakan bertujuan untuk menaikkan semangat menyiapkan kerja yeaaaaahhhhh!!!!
Friday, May 7, 2010
Saturday, May 1, 2010
Mari menyanyi untuk kesenangan hati sendiri
Sakit la, rasanye dah dua minggu berturut-turut g kenduri kawin kawan dan jupe kawan-kawan tapi tiba-tiba hati tak berapa nak ceria. Nak-nak sejak akhir-akhir ni. Mesti dah ada orang guna-gunakan saya ni hahaha Konfiden je padahal diri sendiri ada masalah hahahha
Pernah tak saya buat entri yang menunjukkan saya sedang dilanda masalah? Kurang kan, kalau banyak pun entri berlagak dan entri jiwang hehehe Baiklah tapi sekarang saya memang serius. Serius hati saya tak tenang. Kalau ada pakwe cari pakwe. Tapi sekejap je kot pastu akan resah balik. Pening la nape tiba-tiba rasa camni.
Rasa macam dipinggirkan. Dah berapa kali cuba nak nangis tapi air mata ni xnak kuar plak huhuhu (nangis dalam blog jela hehe)Tapi saya rasa saya tahu kenape (walaupun diri sendiri tak pasti jugak)
Dulu saya selalu dulukan perasaan orang lain dari perasaan diri sendiri. Tapi lama-lama takleh jadi gak. Akhirnya saya perlu bertindak untuk kebahagian diri sendiri. Tapi lama kelamaan saya rasa saya hanyut. Saya rasa saya menjadi semakin mementingkan diri sendiri. Mulut pun dah ringan je nak cakap buruk pasal orang lain. Arrgggghhh kenape jadi camni? Lebih baik diam je kan dari bercakap kalau perkataan yang kuar dari mulut merupakan sesuatu yang tidak baik. Dan bila terlalu diam terasa seperti dipinggirkan. Huh macam budak-budak je, sedih sebab xda orang nak kawan atau layan awak hehehe. Biarlah at least budak-budak pun ada perasaan jugak. Kate perempuan ada 9 nafsu 1 akal. Yang 9 nafsu tu nafsu shoping, makan, menangis dan lain lain lain lain.
Selingan sebentar. Apesal offline pulak, tadi tegur kite huh nak kene tumbuk ni. ehem ehem minta maaf, kite kembali ke agenda utama.
Saya pernah ada keinginan yang pelik. Saya pernah berangan nak rasa ditimpa malang atau bahasa klasiknya mengalami zaman kejatuhan. Macam zaman kejatuhan kesultanan melaka plak. Weh PMR sejarah skor A tuh. Kenape nak rasa camtu sebab saya tahu lepas kite dah merana akhirnya akan datang balik tuah kepada kite. Bukan Hang Tuah. Hang Tuah dah tak wujud. Apesal banyak cerita pasal melaka ni. Tahulah planning nak g melaka hehehe Ibaratnya kalu hari ni saya hilang RM5 nanti 2,3 hari nanti pasti saya akan dapat RM50 ribu wohooo ****berangan. Macam tu lah. Pelik kan. Biarlah pelik, baru lah lain dari orang lain.
Hahaha mesti korang rasa bosan kan entri saya kali ini. Xpelah kalu tak nak baca xpe, saya pun dah xda mood nak menaip lagi. Tido jugak yang sedap. Nanti la, pasni kalau ada ilham nak buat entri sedap saya akan buat. Kalau mahu lagi sedap pegi la beli aiskrim mahal baskins robbin. Eh apehal? YaMie sudah melalut. Jadi saya akhiri entri ini dengan ucapan selamat malam, saya mahu tido. Mahu lagi kedengaran sedap di telinga anda, silalah dengar lagu "Selamat malam" dari faizal tahir.
Nampak tak senyuman saya? Sungguh fake bukan. Itu tanda hati xtenang. Fake tahu, bukan another F word
****tumbuk dan tampar***
p/s: esok pasti saya tidak akan gembira lagi
Sunday, April 25, 2010
Pesanan untuk kamu
You are purrrrrrrrfect honey!!!!!
:-)
more xoxoxo for you
***YaMie***
p/s: saya pelat nak sebut seperti di atas jadi hanya mampu menulis di blog sahaja hehehe
Cik 'Siti'
Dengan ini saya ingin mendeklamasikan sebuah sajak, khas untuk cik 'siti'
Cik 'Siti'
Nama yang diberi kepada anda
Wajahmu sungguh menarik dan mempesona
Body mu sungguh mantap
Sehingga membuatkan ku tersentap
Adakah ini yang dinamakan jatuh cinta pandang pertama
Cik 'Siti'
Kite sudah berjumpa siang hari tadi
Aku memang sungguh tertarik dengan kehadiranmu
Kamulah yg berjaya mencuri perhatianku dikalangan mereka yang lain
Walaupun selepas itu aku pergi berjumpa sahabatmu yg lain
Akhirnya aku kembali juga ke sisimu
Untuk menatapmu dengan lebih teliti
Aku gembira apabila dapat menyentuhmu buat pertama kali

cik 'siti' mana pilihan hati? yang ini?
Cik 'Siti'
Sudikah kiranya ko menerima pelawaanku
Aku sanggup melakukan ape sahaja demimu
Aku sanggup untuk mengikat perut ku untuk memenuhi segala kemahuanmu
Aku sanggup untuk tidak bersolek cantik-cantik demi untuk mu
Aku sanggup untuk tidak keluar berjumpa kekasih hatiku demi mu
Aku sanggup untuk menangguhkan kemahuanku untuk membina rumah yang bertangga demi mu
Namun cik 'Siti'
Aku dapat merasakan yang pintamu itu agak berat bagi ku
Sudilah kiranya kau turunkan sedikit harga dirimu untuk ku
Agar dapat diri ini menyunting dirimu menjadi milikku
Itulah sahaja pintaku untuk mu
Oh cik 'Siti'
Hadirlah kau ke dalam mimpi ku malam ini.
Hadirlah kau sehingga aku mampu memiliki mu
Sehingga kita dapat hidup bersama-sama
xoxoxo
***YaMie***
p/s: sekarang saya sudah angau sama cik 'city'. Angau saya sudah beralih kepadanya tidak lagi kepada awak. Kalau awak ada 'bini' putih gebu melepak bontot tonggek, saya pun boleh pasang kekasih gelap lain la hehehe

oh cik city kekasih gelapku
Sunday, April 18, 2010
Perihal gaji masuk 22 april 2010
Hahahaha orang biasa buat azam tahun baru kan, saya pula mahu buat azam untuk gaji yang akan masuk 22 april ini hohohoho
- Bayar semua hutang piutang ( insurans, kakironggeng's travel fund, duit kutu, ASB, bil maxis, streamyx, zakat)
- Tidak mahu kuar dating selalu. Dah jimat dh duit makan, wayang, petrol etc, tapi kalau awak mahu kuar dating sama saya juga awak belanja setiap kali kite kuar ek hehehe
- Tidak lagi makan secara bermewah2. Anis lagi selalu makan mewah2 kot kalau kerap makan kat restoran resepi rahsia hehehe
- Tidak mahu shopping. Hahaha tidak pasti sama ada yang ini akan menjadi kenyataan.
Ini semua gara-gara saya tengok duit simpanan saya mengalir sederas air Terjun Panching Kuantan. Xteruk sangat la kalau nak banding ngan Niagara Falls kan hehehe Hari ini sahaja dah brape ratus Ringgit Malaysia terbang dari purse saya huhuhu (ini semua gara-gara belanja anis hahaha) Saya memang betul-betul memerlukan penasihat kewangan yang boleh menghalang saya dari berbelanja sakan. Camne nak simpan duit kalau gini gaya saya mengurus duit sendiri uhuhuh
Oh saya mahu minta pandangan anda semua. Kamu rasa kan orang yang baru dapat kerja baru patut tak belanja kawan2 makan besar. Makan besar tau bukan diner just makan ayam-yang-kene-chop dan air nescafe+ milo = neslo panas hehehe I do really hope that you know who you are =)=)=)
xoxoxo
***YaMie***
p/s: Anis aku sengaja nak glamerkan ko lagi hehehehe. Oh tiada cerita untuk aktiviti hari minggu saya.
Saturday, April 10, 2010
Sila buat laporan untuk hari ini
Pagi sabtu dimulakan dengan gerakan bangun dari anis arianti norman mengejut saya dengan mengajak bersarapan di McD teluk chempedak. Tapi sms darinya tidak meninggalkan kesan kepada efek mata saya untuk bingkas bangun dari katil. Sehinggalah mendapat panggilan dari 'my fruit heart' mengajak berjumpa di petang hari ( hoyeaahh mood merajuk selama seminggu terus hilang selepas mendapat panggilan darinya hahaha senang betol kamu ni termakan pujukan wahai YaMie)
Dipendekkan cerita yang saya tak sanggup menaip panjang2, jupe petang hari berjalan-jalan dan melayan cerita di dalam gelap (wayang la jgn kamu fikir bukan2), kami memilih untuk melihat cerita 'bagaimana mahu meng'keretapi' buah naga kamu' atau dalam bahasa internasionalnya How To Train Your Dragon. Well beyond expectation jugak la. Not like normal cartoon on cinema, oh tidak saya tak mahu bercerita ataupun menggalakkan kamu melihatnya tapi maksud saya mungkin interpretasi saya ianya seperti kartun2 yang biasa ditayangkan tapi sebenarnya bolehlah ceritanya. Padat dengan mesej dan penyampaian yang kemas barangkali ( hahaha bile masa aku amik kursus meng'review' filem plak ni huhuhu). Tapi ceritanya bes, saya xmahu kata kamu mesti tengok nanti kamu tengok tapi kamu kate "tipu lah YaMie ni, xbes pun cerita ni" tidak2 tapi bagi saya, saya suke cerita itu, terhibur jugak walaupun memilh cerita untuk dilihat secara mem'khinzir' yang buta kerana cerita yang mahu dilihat pada awalnya agak lambat masa tayangannya.
Ini antara karektor2 dalam kartun tu.

Nama die 'toothless'. Dia ialah dragon dalam filem ini dan die serius comel mcm kucing huhuhu

Dan die adalah heroin dalam filem ini


Dan die adalah heroin dalam filem ini
Kemudian kami pun pulang. Ape yang saya dapat darinya hari ini adalah ubat gatal hehehe Saya menghadapi masalah kegatalan di kaki sekarang ini dan kebetulan die pun pernah kene gatal2 sebelum ini. Gatal hama??? haha saya tak pernah dengar, tapi betul kaki saya memang sudah merah2 akibat dari kegatalan ini. Kan saya cakap betol kaki saya gatal, bukan saya yang gatal hehehe Amboi mentang2 bercinta, sakit pun nk sakit yang sama huhuhuhu Atau adakah kami berdua memang gatal orangnye hahahaha opsss behave please YaMie, 'cuba jadi lemah lembut sket YaMie' kata my fruit heart hehehe Je vous aime de plus en plus tous les jours. Main belasah je, ntah betol ntah tidak saya pun xtahu maknanye hehehe Sekian terima kasih repot saya untuk hari ini
xoxoxo
***YaMie***
p/s: agak2 korang rasa geli tak kalu selalu baca cerita jiwang hasil nukilan saya hehehe
Friday, April 9, 2010
Melepaskan geram
Saya sedang marah. Tiba-tiba sahaja ada yang tidak kena pada mata saya. Adakah saya mahu semua orang mengikut kehendak saya dan jika ianya tidak menjadi kenyataan sebab itu saya rasa marah. Patut ke saya rasa marah sedangkan orang seperti tidak mahu mengikut seperti apa yang saya harapkan. Tapi yang utamanya, perlu ke saya rasa marah? Bila marah macam-macam perkataan akan keluar dari mulut. Tapi saya lebih selesa melarikan diri untuk menenangkan diri sendiri.

Subscribe to:
Posts (Atom)

