Friday, December 31, 2010

Entri terakhir

Sejak akhir-akhir ni kerap pulak pos entri kat blog. Nampak sangat tak ada kerja ye hehehe Okay, hari ini hari Jumaat 31 Disember 2010. Hari terakhir dalam tahun ini. Kerajaan bagi cuti untuk semua rakyat Malaysia, tapi saya pilih untuk masuk pejabat, sekejap je pun hehehe Banyak lagi kerja yang tak  sempat nak settle. Yela tak bajet pun hari ni nak cuti, memang la ada kerja yang tak sempat nak siap. (Ayat panjang-panjang semua ni sebenarnya alasan semata-mata hahaha)

Sempena nak masuk tahun baru ni, dah dapat hadiah, see...


Yeah diary/ planner baru untuk tahun 2011!!!!


Diharapkan masuk tahun baru ni kamu akan lebih rajin ye YaMie!!!

Jadi nak masuk tahun baru, soalan sama yang akan ditanya pada semua orang adalah " Apa azam tahun baru?" . Azam tahun baru saya.....


Nak 'clearkan' hatta siapkan semua kerja-kerja saya yang telah tersusun kemas atas meja ni. Okay ini memang nampak kemas. Dah siap 'plan' apa yang mahu dibuat bila datang kerja Isnin nanti. Kita tunggu jelah apa kesudahannya hehehe

Selamat Tahun Baru!!!!! 

Malam ini mahu keluar sama itu geng The Kaki's + sorang budak lelaki yang suka dikerumuni oleh wanita-wanita cantik seperti kami :-):-)

Thursday, December 30, 2010

Cerita hari khamis pula

Hahaha kalau sesiapa yang penah baca entri yang ini mesti confuse sebab sepatutnya hari khamis, bukan jumaat hehehe tapi sudah tukar tajuk.

Jadi bagi mereka yang baru baca mesti tak faham apa yang berlaku hehehe

Itula sebab jumaat hari cuti umum sebab Malaysia menang bola

Hari ini duduk dalam bilik ofis sahaja, mengadap PC, siapkan kerja nak closing sebelum tahun baru.

huhuhuhu macam la berat sangat kerja kira-kira yang ko buat :-(

Duduk dalam bilik tak perlu buka aircond langsung.

Sebab kat luar hujan turun lebat amat!!!!!


Ini payung saya. Jangan curi nanti saya sedih hehehe

Wednesday, December 29, 2010

Cerita petang maghrib

Di suatu tempat pada petang yang hening di perkarangan masjid....

Wahhhh tiba-tiba kereta tak nak start, camne nak jalan, dah la maghrib sorang-sorang pulak, mana nak cari orang yang dikenali untuk tolong!!!( walaupun sebenarnya ada je orang dekat2 situ :-P)

Brader : "Nape, tak boleh start ke?"

YaMie Chumel : "A'ah, bateri problem kot, biasa dah jadi camni", sambil cuba untuk 'menyetatkan' jugak enjin kereta.

Brader : " Ni masalah starter kot sebab memang tak ada bunyi pape pun ni. Saya baru je kena camni"

YaMie Chumel : "Yeke, tapi selalu masalah bateri kot"

Setelah dikuis-kuis oleh brader tersebut, akhirnya kereta pun 'menyetatkan' diri

Brader : "Ha nanti sampi rumah suruh la abang ke suami ke, dah kawin kan, ketatkan sket skru ni"

YaMie Chumel : "Ha? Yela baiklah" (Iyekan ajelah kata dah kawin)

Muka aku ni ada iras-iras tanda dah kawin ke, cetttt


Monday, December 27, 2010

Akhirnya!!!!!

Hahaha entri ini sepatutnya lepas teaser tapi sebab hati dan kepala agak x synchronized so jadi tunggang langgang hehehe Okay la, kali ni mahu cerita saya dah jalan-jalan di Bandaraya Singapura!!!! Okay seloks kot baru sampai Singapore je pun bukan Europe ke Australia ke US ke huhuhuhu Ala saya bukan orang yang banyak duit nak jalan sejauh itu, saya pun belajar tak tinggi nak belajar sampi oversea, tapi kalau over the sea kat Penang boleh la. Kamu ada? hehehe Okay YaMie teruskan niat suci anda untuk bercerita. :-P

Jadi dalam entri ni saya nak selok sorang-sorang kalau korang benci atau menyampah boleh la baca blog lain ye, saya tak paksa. Tapi nak cerita perjalanan ke Singapura merupakan persinggahan pertama saya sebelum saya tak balik rumah hampir 3 minggu dulu ( Hahaha bajet ko best la macam nak gi jauh ek YaMie) sebab kemudian saya ada kursus selama 2 minggu berturut-turut


Adoi bile nak start bercerita ni

So basically kita tend to fikir bila sampai Singapore kena cakap omputih. Well in some condition yes tapi kalau korang cakap malay pun dorang boleh faham la, tak payah malu-malu. Memang dah ada cop kat dahi kot tulis 'Made in Malaysia' hehehe 


Ini gambar di Bugis street. Macam kat Petaling Street kot. Kat sini ada banyak kedai yang jual macam-macam. Souvenior, makanan, baju, beg dan adult shop ehhehe Serius banyak, tak payah pelik la sebab kat Malaysia tak ada kedai-kedai camtu yang buka secara terang-terangan. 


Makan di Restoran Zam zam. (Bukan Zam zam Kuantan tau, sia-sia i buang duit g Singapore kalu korang kate aku g kat Kuantan je T_T) Makan nasi beriani yang orang kata femes dan sedap. Okay la kot sebab portion nya amat banyak dan hanya $5 Singapura harganya tapi kamu boleh makan banyak dan saya tidak habis makan huhuhu 


Kat restoran ni juga femes dengan murtabaknya. Bile tengok balik gambar ini rasa rindu pulak nak makan murtabak singapore lagi hehehe Amat besar!!!! Gambar bajet skil ko snap gambar bes la tuh hehehe


Inilah harga yang kami perlu bayar untuk makan seramai tiga orang. Tiga nasi beriani sama air masing-masing dan 1 murtabak ayam dari singapore yang besar. Bayangkan makan tiga orang kat Malaysia menu yang sama dan harga yang sama macam ni. Boleh dapat ke? hehehe Rasa macam murah tapi tak tahu la ape pandangan korang. (Maafkan gambar ini kerana dia tak larat nak duduk betul-betul :-D)


Ini di China Town. Oh kalau mahu beli souvenier macam keychain ke, baik korang beli kat sini sebab lagi murah. 7 keychain or fridge magnet boleh dapat dengan harga $10 Singapura. Murah tak??? Dan keychain dan fridge nya besar-besar. Memang berbaloi.




 Okay gambar buruk dalam tren hehehe


Yang ini nampak macam makcik-makcik dengan gaya tangan seperti itu dan bergambar di depan kedai LV. Okay seloksssss


Hoh mahu masuk LV kene beratur tunggu giliran???


Deretan shopping mall di Orchard Road yang sebelah menyebelah yang ada terlalu ramai orang. Orang Singapura memang banyak duit untuk shopping sakan. I Like hehehe


Sedang berusaha gigih untuk menang loteri. Opss silap main Monopoly McDonald Singapura yang hadiahnya saya cuma boleh claim Jasmine Tea. Terima kasih jela




Yeah bergambar dengan tuan empunya bandar ni hehehe Merlion. Ramai orang yang snap gambar as if minum air dari Merlion tu. Saya tak mahu!!!! Cuma snap gambar posing bajet model jela kekeke Aik macam kenal je baju ni? Hahaha Mind you yang saya kata tadi kan i was away for nearly 3 weeks jadi baju tu mungkin ada sama dengan entri-entri yang lepas hehehe


Oh sepatutnya saya g conference di bangunan itu tapi sebab otak saya ni memang ada 2,3 skru yang loose so hajat tak kesampaian. Darling,  nanti mahu naik atas bangunan tu tau :-p


Gambar yang hanya mahu memenuhkan memori fon. Siapa kata saya comel sila emel saya hehehe


Singapura!!!!!!


Oh gambar ni hanya nak cerita yang saya berterima kasih dengan sandal comel saya ni sebab teman saya berjalan-jalan sampai Singapura. Kamu memang banyak berjasa dengan saya yang teramat. Kamulah yang saya bawa g kerja, g dating dan sebagai-sebagai nya. 

Basically the trip was so much fun. Tapi lagi fun kalau duit korang banyak gila sampai tak tahu nak buat ape T_T . So bye for now. Rasanya saya dah tak hutang entri apa-apa dah dengan pembaca blog saya. (Bajet ramai la baca blog ko ye YaMie)

I'm okay, i'm okay

Okay, bukan i'm gay i'm okay tahu kekeke Selamat pagi!! Hoh hari ini Isnin 27 Disember 2010. Pagi ini hati saya rasa tidak bes. Tak tahu kenape samapikan tidak boleh buat kerja yang tergendala walaupun telah diberi time-off oleh bos huhuhuhu. Serius penangan dengki sampai boleh buat saya jadi camni. Dulu penah jugak alami perkara yang sama sebab melibatkan main-main hati dan memang teruk yang amat kot, kerja semua tak boleh consentrate T_T. Tetapi setelah mendapatkan kekuatan untuk berfikir untuk kebaikan diri sendiri, jadi saya mahu buat kerja sekarang. Tolong pergi jauh-jauh ye perasaan DENGKI. Saya tak nak kamu singgah lagi dalam hati saya!! Setakat ni saya tak perlukan kamu. I'm happy with my life right now. This is what i choose and i have to be responsible with myself. And yes kawan saya cakap it's normal to be jealous sebab saya memang manusia :-) Okey hati sudah happy. Terima kasih kawan-kawan, walaupun korang tak faham ape yang aku cakap ni dan tak tahu hujung pangkalnya tapi aku nak ucap terima kasih jugak Iye saya kuat bekerja dan saya boleh achieve apa sahaja yang saya mahu sebagai ganjaran kuat bekerja! And to you my darling, happy to be with you, gossiping others, drive furiously together, laugh together and recently cucuk jarum kat badan sama-sama hehehe



Thursday, December 23, 2010

Teaser


Orang selalu buat teaser post kan, so saya pun bleh buat 
hahahaha
Nantikan kemunculannya

Tuesday, December 21, 2010

Aktiviti mengecilkan badan





yes inilah segala gambar yang menjadi bukti kehilangan saya selama 2 minggu dahulu hohoho (sila perasan, xda orang pun yang cari ko la YaMie T_T)

Ok rasa entri memang dah basi jadi semangat nak bercerita tu memang dah kurang la. Kejadian ni berlaku di Jeram Besu Raub Pahang. Serius memang syok gila. Bagi yang sukakan sukan extreme you'll be amaze how that little place like Raub will leave a sweetest memory in you. 

Paling saya suka is water rafting sebab boleh lalu kat jeram yang amat dalam dengan selamba dan berlagak sebab tak jatuh dalam air langsung hahaha (ada life jacket lagi mahu berlagak huh)

Anyway inilah cabaran saya kepada The Kaki's sekalian for our next trip. Tu pun kalau korang berani la nak buat semua ni hahaha Bagi yang berlagak kat Perhentian hari tu sebab boleh snorkelling, kat sini kita tengok plak sape yang takut tinggi hahahaha

More info boleh surf this website countryview recreaction park 

Serius seronok!!!!!

Sunday, December 5, 2010

Re-meeting

Setelah hampir 3 minggu tidak bersua muka
Masih lagi tidak berkesempatan untuk snap gambar diri sendiri dan kekasih gelapku yang cerah tu.....haish
Asyik sangat tengok muka kamu sampai lupa nak snap gambar hahaha
Aktiviti kami....

Movie movie movie 
(maraton 2 movie jek yang sempat)



(baru nak tengok?????)


(movie yang worth tengok sebab bleh tengok kamu gelak sakan :-D)

Makan makan makan 
(perut makin gemok huhuhuhu)

Jalan jalan jalan 
(nak jalan lama2 lagi dengan kamu)

Gosip gosip gosip
(sesi kutuk orang hahahaha)

Shopping shopping shopping 
(ape kejadah nye shopping popcorn kombo 3 sampai 2x semata-mata nak buku nota Narnia ni)


Jadi selepas ini perlu tunggu lagi 2 minggu untuk ketemu kembali :-(

Perhubungan-jarak-jauh-yang-tak-berapa-jauh tapi berlaku seolah2 terlalu jauh untuk bertemu :-(:-(


oo entri selepas ini, saya mahu mencabar The Kaki's :-D

Wednesday, November 3, 2010

Hari lama



Rutin wajib sebelum tidur. Jangan lupa vaseline di tumit kaki.

Rindu nak baca novel sebelum tidur
Rindu nak lepak depan tv lepas makan malam
Rindu nak joging petang-petang balik dari kerja
Rindu nak main game sampai lebam :-)


Plants vs Zombie: tengoklah pokok saya semua tak cukup air hehe

Rindu kat awak jugak :-D


Semua di atas tak menjadi kenyataan sebab timbunan kerja makin meninggi. Kecuali yang terakhir, semakin hari semakin sayang (auuuwww, The Kaki's, sila lempang aku hahaha)

Tuesday, October 26, 2010

Bu bu bu bulan



Entri ini saya dedikasi kan kepada Cik Nur Amalina Bahtiar a.k.a Ema. Ko kan selalu tanya aku kat mana tempat bes nak makan2 n lepak2 kat kuantan ni. Aku tau taste ko nak tempat yang kelas2 jek ehhehe ampun Ema. So tempat ni saya discover secara tidak sengaja dikala mencari kedai lain terjumpa la kedai ni dikalangan betapa banyaknya kedai yang memang tidak akan sesekali saya masuk huh. Siapa sangka tiba2 je nampak kedai camni. Konsep pun dah cun apa lagi interior design nye nama pun comel jek ehehehe


Dikala malam "Bulan" mengambang. Itulah nama tempat ini. Saya makan ikan dan chip chip chip chip n dale eh eh bukan Ikan dan spaceship? coklat chip? hahaha apa nye chip dalam BM weh!!!


Dan ini adalah peneman saya malam itu


Auwwww ayu tak. Nurul Shielawati Rosli. Oh kami tak banyak tangkap gambar sebab saya memenuhi masa saya dengan makan-cakap-makan-cakap-makan-cakap-minum-air-2-gelas hohohoho

Jadi amatlah digalakkan selepas ini supaya banyak lagi kedai2/ cafe2 seumpama ini diwujudkan di Kuantan Bandar Palma ni. Bukan sebab apa kalau kita tengok ownernye dah melayu jadi kita takkan was was lagi sebab menggunakan sabun 'Zaitun' ahhaha melalut lagi. Dan untuk kaki2 bola hatta awek2 yang mengaku minat bola bukan hanya kerana minat pemain yang hensem sahaja juga boleh lepak sini sebab ada skrin besaaaaaarrr punya. Ema pasni boleh la kite lepak sini pulak. Dekat dengan ngan rumah aku jek hehehe Oh lokasinya di sebelah je SABS area kawasan perumahan. Ada juga fb nye. Korang tengok sendiri la ek, klik kat link atas tuh daaaaa

Tuesday, October 5, 2010

Mahu semua ini

 +
 +
+
+


Encik Google je yang boleh bagi saya semua ini

Sweet Talk


I am a tree and you are the root
Without the root I've already fallen
=)=)=)

Tuesday, September 28, 2010

Rajin tak kenal mangsa

Posted by Picasa
tengok, itu adalah gambar kek dari blog cik arni

Saya memang amat setuju dengan tajuk di atas. Buktinya, semalam terjadilah Cheesecake pertama saya \(0_0)/ hahaha xjadi nak buat simbol tu. Tengok jenuhkan nak salin resepi. Resepi ni dapat dari blog Cik Arni. Time kasih cik Arni!!! Dia nak kawin dah tahun baru nanti. Okay jeles hehehe Tapi saya ada ubah sikit dan kesimpulannya resepi ni ikut rasa korang la nak manis lagi ke masam lagi ke, kata cheesecake kan. Yang pasti orang umah saya  tak ramai yang minat cheesecake T_T. 

Resepi kite malam ini, OREO BLUEBERRY CHEESECAKE

Okay bahan-bahannye cik sekalian

250 gm cream cheese (saya guna seperti pengarang asal iaitu guna Philadelphia)  RM 10.99
1 sudu besar jus lemon (kerat 2 potong lemon dah cukup, nak lagi masam korang bedal la sebiji lemon terus hehehe)   RM 1 sebiji
200 ml plain yogurt (oh kalau nak lagi sedap boleh letak yogurt berperisa ada la crunch2 sket kan, tapi saya tak letak sebab xda hehehe)  RM 2.30
3 sudu besar tepung naik sendiri (tepung gandum pun boleh. saya masuk 1 senduk boleh tak hehehe) 
2 biji telur (okay telur ayam ye jangan sebab seronok sangat nak ubah2 letak telur itik pulak)
90 gm gula 
Biskut Oreo 2 bungkus (sila asingkan krim & biskut siap2. Kalau nak lagi sedap rasanya bleh masukkan sekali krim tu bila nak bancuh nanti. Boleh cube kot)   RM 3.99
Mentega secukup rasa

Mari mula bersilat di dapur!!!!!

1. Kisar biskut ---> gaul dengan butter sampai biskut tu agak melekat
2. Loyang boleh oles dengan mentega kalau tak ada baking paper. Tapi jangan banyak tau nanti berminyak sangat kek korang.
3. Sejukkan dalam peti sejuk dalam 30 minit.
4. Cream cheese + gula ----> pukul sampai sebati
5. + telur + yogurt + jus lemon + tepung ----> pukul lagi sampai sebati
6. Tuang adunan dalam loyang yg dh dilapisi biskut sebagai base kek.
7. Bakar selama 40 min, 150 darjah celcius. Tak pun kalau dalam masa yang dicadangkan tu kek korang lembik lagi boleh la bakar lagi lama ikut kesukaan korang kalau nak kek tu rangup sikit. Saya bakar adalah dalam sejam huhuhuhu (ko overbeat la tu nak salahkan resepi pulak)

Okay sekarang nak buat topping plak

Bahan-bahan

1. Blueberi / strawberi jem ( ataupun ikut kreativiti sendiri)
2. Air masak
3. Buah-buahan ikut kreativiti juga. 

Cara nak buat

1. Jem + air------> panaskan sampai pekat
2. Kemudian boleh simpan dalam peti sejuk. Boleh hias ikut kreativiti masing2

Cheesecake sedap kalau makan sejuk2 kan. Baiklah kite tunggukan sahaja reaksi orang yang akan merasa kek saya ini esok. Kite tengok muke2 mereka ye hehehe Saya juga sudah sediakan harga untuk setiap barang2 yang digunakan supaya korang boleh bajet kot2 nak jual ke. Kalau yang tidak disertakan harga tu sebab amik stok kat umah je hehehe 

Jadi kalau korang percayakan saya boleh la cube resepi ni ek. Kalau tak percaya boleh la ikut resepi asal Cik Arni hehehe



hasilnya untuk diberi kepada orang2 di pejabat. Patutnya letak jem tapi saya xda stok jem :-D

p/s: sudah berangan mahu buat rancangan 'YaMie bites' hahahaha

Thursday, September 9, 2010

Senarai lengkap

Korang dah buat semua perkara di bawah?

1. Puasa penuh 30 hari dalam bulan Ramadhan
2. Dah siap baju raya nak pakai pagi raya
3. Dah shopping sakan untuk bergaya di hari raya
4. Dah siap2 tukar duit raya untuk bagi pada budak2/ sedara2
5. Dah siap buat kuih raya berjenis2
6. Dah sampai kg halaman jumpe sedara mara
7. Dah minta cuti berhari2 atau berminggu2 sempena cuti raya

Okay banyak la tu. Kalau semua perkara di atas korang dah buat jadi boleh la korang Sambut Hari Raya iye!!! Hari Raya nanti jangan lupe,

1. Semayang raya dulu la sebelum pape
2. Melawat kubur sedara mara yang dah tiada
3. Minta maaf dengan semua sedara mara esp mak ayah korang n adik beradik jgn lupe
4. Makan segala jenis kuih raya yg terhidang depan mata korang
5. Gi beraya rumah sedara mara

Oh saya masih berada di ofis. Biasala orang yang kampung dekat2 & tak banyak komitmen ni selalu kena buli tapi lepas raya saya cuti panjang dan mahu memenuhkan cuti tu dengan orang2 yang tersayang dan jarang jumpa. Ema, Aswa, Shiela jangan lupa janji kita, aku dah xsabar nak membaham n gelak besar2 ngan korang. Make it the best date we ever had ok. And to you Encik Mohd Bz kita pun boleh date jugak :))



SELAMAT HARI RAYA!!!!!!

Wednesday, September 1, 2010

Kalau sanggup nak baca, bacalah hehehe

Okay ini mungkin entri perasan dan syok sendiri. Tapi korang pernah tak berada dalam situasi ini.

"Eh muke awak ni macam kenal la, biasa keluar tv ke?"

"Eh macam pernah jumpa la, tapi tak ingat kat mana. Betul memang familiar muka awak ni" (sambil tenung tak kelip2 mata)

"Eh awak ni bukan kawan si polan tu ke?"

Orang 1: Eh, aku nak ngorat awek ko bleh tak?
Orang 2: Eh mana boleh, kalau ko nak ada sorang budak kat tempat aku ni muke sama macam dia. Ko nak tak?

Ini memang situasi yang biasa saya lalui. Bukan takat pompuan yang cakap ayat camtu, laki pun ada ( ahahaha bajet fames n cun). Tapi nak dijadikan cerita, semalam masa tengah makan2 lepas berbuka tiba2 nampak sorang minah ni memang muka dia serupa dengan saya!!! Tapi sayang, tak boleh nak snap gambar takut dia perasan dan syok sendiri jugak hahaha Dari segi cara dia senyum, pipi dia, mulut dia serba serbi serupa. Pandang dari depan ke, sisi ke, atas ke bawah ke semua memang sama hohohoho Nak tahu apa yang saya rasa? SAYA RASA TAKJUB!!! Yela sebab selama ni orang kata muka macam seseorang la tapi ini memang kenyataan, bukan cobaan. Tengok dengan mata kepala sendiri baru tahu apa perasaannya. Saya pun apa lagi tak melepaskan peluang untuk skodeng dia dari jauh sambil berangan, agak2 pakwe dia hensem tak macam pakwe saya ahahahaha ehem2 nanti ada orang muntah hijau :-D. Memang kalau ada orang perasan tingkah laku saya masa tu mesti dia agak saya ni lesbian sebab usah awek lain hehehe Tapi sesungguhnya memang saya berasa kagum. Inilah yang orang kata pelanduk 2 serupa. Tapi saya  tak nak pelanduk, saya nak panggil 'Kembar YaMie' hehehe Oh kalau la saya dapat berjumpa dengan kamu lagi wahai gadis rupawan (rupawan la sebab muka macam saya hahahaha)

Ok sekarang bandingkan ye


Ada gaya tak hahahaha Ini orang yang cakap ye muka saya seperti mereka, saya tak cakap apa hahaha
Oh ya kalau ada lagi gambar gadis2 cun yang seiras muka saya korang boleh la emelkan iye. Ingat yang cun sahaja hehehe

Status terkini

Nak update sgt kan, ok

1.Dating is the best therapy rite now :-D (xagak2 nak letak yg 1st skali hehehe)
2. Esok akan berbau wangi hehehe
3. Malas dah mahu berkerja / berkerjaya (tipooooo)
4. Tahun ni xkan bagi duit raya hohohoho
5. Tahun ni juga tiada kad raya untuk sahabat handai
6. Bakal menjadi anak tunggal selama 2 minggu hehehe
7. Memang seorang yang cuai/serabut/gabra, wallet n handset pun bleh tertinggal ("-_-)
8. Waaaa awak, terlupa nak beli aiskrim bes tadi sempena 31st huhuhuhuhu
9. Tak tahu dah bersedia atau tidak untuk berhadapan orang ramai


Sekian terima kasih.

Hahhaha entri tiada arah tujuan

Saturday, August 28, 2010

YaMie dah lain ke??



Sesungguhnya saya bukanlah dari golongan yang tahu serba serbi tahu tentang Islam, banyak lagi lompong2 pengetahuan yang perlu saya penuhkan untuk mengatakan saya betol2 orang Islam yang mengamalkan ajaran Islam itu sendiri. Tapi apa yang saya cuba sampaikan ini sekadar teguran dan jika tidak senang ditegur amiklah ianya sebagai renungan. Tak tahu kenapa tapi saya rasa saya perlu kongsikan dengan semua orang dan dengan cara ini melalui entri ini mungkin kamu semua boleh muhasabah diri sendiri untuk menjadi baik. Ikhlasnya jadi baik itu memang baik tapi kalau kita boleh buat untuk menjadi lebih baik itu lagi bagus sebenarnya. Mungkin kita tak boleh berubah sekelip mata tapi kita boleh usaha. Memang Islam itu tidak memaksa umatnya tapi tolonglah jangan salah intepretasi pernyataan tersebut dengan mengatakan itu adalah hak diri sendiri. Sesungguhnya kita yang dilahirkan sebagai Islam dan MELAYU perlu bersyukur kerana kita dilahirkan dalam keluarga Islam dan sesungguhnya kita perlu menjalani hidup sebagai umat Islam dan melakukan segala yang diperintahkan oleh Allah. Bagi sesiapa yang mengenali saya, saya tahu kadang2 saya juga boleh lalai dan mungkin tak buat seperti apa yang cuba disampaikan. Tapi sempena Ramadhan ini kita perlu amik peluang untuk muhasabah diri sendiri sebab mungkin kita tak berkesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan lagi pada tahun depan. Jangan hanya berpuasa tapi dalam masa yang sama kita terlupa atau tak solat langsung dan juga buat dosa2 lain. Ingat, kita umat Islam dan MELAYU. (lainlah kalau korang ada darah 'mix' kan). Wallahualam. 

Boleh klik kat link ni ek amik dari www.saifulislam.com

Tuesday, July 20, 2010

Tiba-tiba terfikir

Tidak berniat untuk mengutuk, menyindir atau menghentam sesiapa. Hanya kebetulan tiba-tiba terfikir

Adegan sepasang kekasih.

Lelaki: Bie jom kite g makan nak. Bie lapar la.

Perempuan: Nak2. Bie nak makan ape. Bie rasa nak makan chicken chop la. Bie belanja ek.

Lelaki: Ok. Jom kite g makan ek Bie.

Soalan kuiz :

Siapakah Bie sebenarnya. Lelaki atau perempuan?

Lepas ni sure kalau saya ckp camtu depan korang msti korang pelangkung saya kan hehehe Panggilan nama antara pasangan kekasih kadang2 boleh buat kite jadi mual kalau mendengarnye. Sebab ape? Sebab jeles ke? Kalau saya kutuk pun ntah2 nanti saya pun akan cakap serupa tu jugak. Cuma mahu mencari kepastian  permasalahan yang tak seberapa besar nak dibandingkan dengan permasalahan kenaikan harga petrol.

p/s: Saya bukan anti-jiwang dan saya juga tidak seromantik mana. Kesian kamu :-p

Wednesday, July 14, 2010

Lebih senang begini

Lebih senang jadi diri sendiri
Lebih senang hidup cara sendiri
Lebih senang layan kepala sendiri
Lebih senang memerhati dari menghakimi
Lebih senang menghadapi kesusahan
Kerana selepas itu akan muncul kesenangan yang indah
Lebih senang berdiam diri dari mencari salah
Lebih senang bersabar
Lebih senang jadi Nur Azyyati Bohary


Saya pernah buat macam ala2 sajak la
Masa itu memang penuh dengan emosi
Entri tu memang datang dari hati sendiri
Dan mungkin disebabkan itu orang pun kata "copy paste dari mana sajak tu"
Heh tak ada ambil dari mana2, memang datang dari hati yang satu ni
Tapi saya anggapnya sebagai tanda penghargaan
Sebab bukan senang untuk jujur pada diri sendiri
Dan bukan senang untuk menyatakan hasrat hati sendiri tanpa orang sekeliling salah faham
Setiap manusia di dunia ni mempunyai fahaman tersendiri
Dan pemikiran sendiri

Pengajaran yang penting di sini
Janganlah menghukum atau menghakimi seseorang tu hanya dari mata kasar
Mungkin dia ada sebab tersendiri melakukan sesuatu cara mengikut caranya sendiri


p/s:
Lebih senang tersenyum dari menangis
So make me smile everyday honey :-)

Monday, July 5, 2010

Menghitung




Tak tido lagi sebab mata xngantuk lagi sebab mengadap lappie lagi hehehe
Rekod malam ini, 30 smses with him
Weeeee!!!
Esok bagaimana?
Mesti lagi kurang
:-D

Goodnite...
Eh Good Morning
Yeah saya bangun awal dari semua orang dalam rumah ni :-P

Saturday, July 3, 2010

Hari sabtu yang.....



Hari ni saya duduk umah je
Menjadi anak dara yang betul2 solehah hehehe
Sebab tak ada orang nak ajak saya kuar huhuhu
Penah juga jadi kejadian
Bila saya realize yang sebenarnye memang xda kawan saya kat kuantan ni
Kecuali Anis Arianti Norman hehehe

Ibu: Ajak la kawan kak ngah g dinner tu

Saya: Mana ada kawan kat kuantan ni (sambil berfikir kerana anis tiada di kuantan semasa kejadian ini)

Ibu: Ajak jela sape2

Saya: Memang xda kawan pun, boifren pun xda hehehehe

Hahaha sadis tak. Jadi Anis, ko jela harapan aku kat kuantan ni hehehe

Dan petang tadi saya berasa marah+frust+bengang+merajuk dengan seseorang
Sebab die lupe janji die pada saya :-P
Selepas saya bermimpi tumbuk die semasa tido
Saya pun jadi YaMie yang normal kembali :-D
Walau pun ada sedikit marah, tapi abaikan jela

Encik tu memang sentiasa busy :-(
Oh sometimes I do hate weekends
Coz i'll be thinking of him a lot

Dan sekarang selepas layan mukabuku, tiba2 saya rasa annoy tgk ada orang update status every minutes
Argggh ko xda keje lain ke
Bayangkan every 2 minutes the status keeps changing!!!!!
Jangan sampai saya delete sudah
Xkot abis kuat pun off notification

Move on to the next topic....
Hahaha tak ada ape pun nak update
Saja2 je nak bagi kamu semua baca entri kali ni
At least kamu membaca kan
Kire pasni bilangan purata rakyat malaysia ni membaca makin meningkat hehehe
Jadi entri kali ini hanya untuk mengisi masa lapang kamu semua
Nanti kalau otak saya boleh berfikir sesuatu yang ajaib mungkin kamu akan baca entri yang boleh buat kamu semua pandai :-P



Esok mahu buat apa pula........
Dalam otak terfikir kek coklat lagi sluurrrrp yummy

Tuesday, June 29, 2010

Ketinggalan kereta api atau kapal terbang


Tapi rasa2nye takat tertinggal kereta api ok lagi kot.


Korang tau tak ape mende kat atas tu. Baru-baru ni jalan2 kat k.l banyak nampak mende ni kat jalan TAR kot kalu xsilap. Mula2 tengok mmg comel. Just assume mende ni adalah botol air yang comel yang menjadi trend sekarang. Tak terasa nak beli sbb memang dah banyak botol air kat umah. Tapi agak wonder apesal banyak btol kedai yang jual mende ni. Takat botol air je kot. Tapi baru2 ni jugak lepas blogwalk terjumpa la gambar yang menunjukkan rupa2 nya ianya adalah DECO UMBRELLA!!!! Dan apabila di 'google' mende ni mmg dah banyak jual merata2 tempat!!!! Yaaa memang comel dan yaaa YaMie kamu memang dah ketinggalan hehehe