Tuesday, January 26, 2010

Kerja-duduk-rumah

Pernahkah anda merasa mahu 'membuang' atau perkataan yang lebih sopan menggunakan duit anda untuk membeli belah tetapi anda tidak tahu mahu beli apa? Saya sedang mengalami sindrom seperti itu huhuhu Baru balik dari kuar bandar sat tadi. Yeahh saya cuti arini sebab tu boleh jalan-jalan di bandar waktu waktu seperti ini. Seronok betul. Tika orang lain bekerja di pejabat, saya bersuka-ria di rumah, bergolek-golek atas katil hehehehe Pagi tadi sudah bangun lambat. Kalau hari kerja jangan harap nak bangun lambat. Terpaksa juga gagahi diri sendiri untuk bangun pagi walaupun waktu tu memang dah bangun lambat.

Baiklah berbalik kepada persoalan utama saya tadi. Tadi saya kuar bukan pegi mana-mana tau. Semalam gaji baru masuk, jadi saya pun menjalankan tanggungjawab mulia saya dengan men'setel'kan semua hutang piutang. Oooh selesai semua urusan, saya dah kelam-kelibut memikirkan apa yang mahu dibuat alang-alang dah ada kat bandar ni. Nak dating, giler, nak dating ngan sape, cik abang ko bukan ada kat kuantan pun sekarang. Nak ajak anis kuar tapi saya nak balik cepat sebab banyak mende nak buat kat umah. Tengok padahal banyak keje kat umah tapi masih mahu bersuka ria di bandar. (-_-")

senarai tugas utk hari ini, fuh 'majoriti' dh selesai hehehe

Bukanlah nak kata saya ni banyak duit, tidak tidak saya tidak banyak duit. Kalau nak ikutkan sebenarnye, kalau tengok nombor dalam akaun bank saya, nombor tu xbertambah-tambah banyak pun. Makin kurang adalah. Hai macam mana mahu menyimpan duit ni YaMie. Dah la tahun ni kamu mahu pakai banyak duit. Mungkin saya memerlukan khidmat penasihat kewangan untuk memantau perbelanjaan saya. Ada sesape yang sudi? Kalau kamu boleh menghalang saya dari melabur duit saya kepada barang-barang yang tidak diperlukan, sila hantar resume kepada saya ye!!!!

On second thought, kepada sesape yang banyak duit dan mahu melabur kepada saya(supaya saya dapat membeli belah dengan jayanya =)=)) boleh juga hantar resume kepada saya. Yang ini saya lagi suke hehehehe

Tadi masa jalan-jalan kat megamall sorang-sorang pun terasa mahu singgah kedai-pakcik-kepada-mc donald-yang-bes untuk beli nugget pun boleh juga tahan nafsu memikirkan "takpe takpe kat umah ada nasi,kamu perlu simpan duit kamu untuk mende lain". Ha bagus tak. Itu adalah permulaan bagi saya untuk berjimat cermat!!!!!

nugget hasil air tangan YaMie. Lagi nikmat tau

xoxoxo
***YaMie***

1 comment:

Unknown said...

kata nk ajak aku kuar...bila??? hehe